Umrah yes I've done it end January 2013 with my parents and my youngest sister. Tapi saya tak nak menceritakan perjalanan kami or dengan agensi mana yang kami ambik.
Apa yang cheq nak story sini adalah sekiranya kita menerima jemputan dari Nya maka pusing la ko ceruk dunia mana pun kita tetap akan sampai jugak sini. Key wordnya adalah "Jemputan".
Ada sebelum ini cheq menerima kritikan dari kaum keluarga sendiri sebab jalan merata tapi sini tak sampai-sampai gak. Ini adalah jawapan yang cheq dapat iaitu "Jemputan". Dan cheq amat bersyukur kerana jemputan itu diberikan pada kaum keluarga cheq yang lain-lain jugak.
Nervous of course la nervous sebab cheq manusia biasa yang penuh dengan dosa. Takut ya amat bila tiba masa untuk kita terbang ke sana perasaan takut itu menjadi-jadi. Tapi cheq actually pendekatan kalau Allah nak bagi masa cheq ada kat sana cheq kena redha dan terima maklum ler masa membuat dosa tak hingat kan. Madinah satu kota yang amat aman i felt so freedom. Kalau korang tanya ada masa tak nak tengok handphone, jawapannya "apa itu handphone"?. Itu lah yang cheq alami gambar pun kami tak capture banyak sangat. Ada memang ada cuma tak beria-ia untuk mengambil gambar.
Cheq boleh kata kan memang banyak berjalan. Taj Mahal pun cheq dah tengok but kota Kaabah itself something yang tak terungkap dengan kata-kata. Akhirnya iainya di depan mata hanya satu perkataan saja yang mampu ku kata kan "Alhamdullilah" cheq merasa berada di sini dan dalam keadaan sihat.
Satu perasaan yang lain dari lain susah untuk cheq ungkapkan betapa indahnya, tenangnya dan betapa cheq mengejar waktu yang ada untuk ibadat. Masa ini baru sedar yang cheq mengejar masa bukan macam kat KL biasa semua benda di lengah-lengakkan. Sana semua nya perlu cepat untuk beribadat if tak nanti tak dapat tempat sebab semua umat manusia berpusu-pusu untuk ke masjid.
Umrah juga dapat menyatukan beberapa family yang still cheq contact. Kami ada keluarga baru, sahabat baru dan anak-anak baru.
Jika ku di berikan peluang ingin sekali patah balik ke sana but kali ingin kebih lama lagi di Madinah dan Mekah.
Jika ada antara pembaca yang belum ke sana tetapi ada menerima kutukan seperti cheq tabah lah sebab once ada "Jemputan" macam mana cara sekali pun korang tetap akan tiba.