Followers

Thursday, October 09, 2014

Jogjakarta

25 September 2013


Jogja adalah aktiviti terancang dan redah, hahahahaha.  Sebab terancang Itinerary done, tempat tinggal done cuma Supir aje tak done done.

Jogja kali nie kami ber4.  My mom, bro and sis pegi sekali.  1st holiday for my bro with his sis and mom.

Kenapa pilihan Jogja sebab my mom suka sejarah, geografi and architecture.

Kami bertolak dari LCCT pukul 9.45am - drama di sini bas yang bawak kami lambat, we arrive LCCT memang 1 hour before depart, kesian my sis/bro sebab depa kena lari untuk beratur at kaunter, fuhhh sampai kaunter rupanya "q" memang panjang, and alhamdullilah everything ok.

Sampai aje Jogja selesai kastam ("q" yang panjang), kami keluar dari airport hurmm mula la mencari teksi, teksi kena ambik di kaunter ya.  Dalam bincang punya bincang kami di approach oleh sesorang, kata nya boleh hantar kami ke guesthouse, ok selamat dah sebab tak payah ambik teksi and harga ditawarkan murah dari teksi prepaid tu.

Dalam perjalanan dia pun jual diri untuk bawak kami around, well biasa la kami diam kan diri aje, lepas tu dia bagi kad dia eden pun ambik and simpan.  Dia kata kalau really kami nak dia please call dia tapi kalau boleh call dia malam nie la.

Sampai aje guesthouse kami letak beg, cari makan tengahari dulu lepas dah kenyang perut kami ambik keputusan untuk jalan-jalan sendiri area Maliboro. Wah rambang mata kot tengok batik kiri and kanan jalan.  Jogja memang terkenal dengan perusahaan batik.












After dah menjamu mata kat area Maliboro nie kami balik ke guesthouse kami untuk membersihkan diri and tido awal untuk esok pagi.  But sebelum itu kami mintak jasa baik guesthouse kami tolong call kan supir tu, yes kami jadi ambik dengan dia (malangnya I've lost his name card and tak ingat berapa charge nya).



26 September 2013

Tempat tuju pertama ke Kraton








And yes di sini memang masih kuat istiadatnya, and we still can see the "Javanese" in their blood.


Selepas Kraton kami ke Taman Sari and masa kat Taman Sari nie korang jangan lupa untuk pusing ke kampung yang terletak kat belakangnya.










Seterusnya kami ke Benteng Vredeburg.  If korang nak tau more about this place boleh la google and cari info.





Jangan la korang tanya berbaloi atau tak sebab dah sampai elok la singgah after all bukan nya mahal benor pun entrance fee nya.  Kalau nak berangan jadi student and bayar kadar student korang try la kalau berjaya bagi tau ya, hahahaha.  

Selesai untuk tour di Benteng Vredeburg kami terus ke Candi Prambanan.








Paling suka emak eden la sebab dia memang nak sangat tengok candi Prambanan.  At least cita-cita dia tercapai la.

After dah melawat kawasan candi nie kami pun berangkat ke Borobudur Park, untuk tengok sunset and dinner.  Should check out this place, memang menarik cuma masa kami pergi tu sunset malu-malu la.








27 September 2013

Pagi nie after simple breakfast kami meneruskan perjalanan ke Borobudur and perjalanan kami dalam 1 jam 1/2 sebab kami ada berhenti at Candi Mendut.

Baca dulu sejarah nya, hahahaha.





Tour kat sini settle kami teruskan perjalanan ke Borobudur.  Ini tempat yang penting untuk mak, nak sangat tengok.

Tapi sebab dia sakit lutut maka dia duduk kat bawah aje kami aje yang naik ke atas, tak per la janji dia dapat tengok depan mata dia.


  




Selepas saja acara site seeing Borobudur kami singgah untuk isi perut dulu at Sekar Kedhaton.




Ini muka dah kenyang tu sebab boleh ambik gambar dengan senyuman, cittt.


Memandangkan perut dah pun kenyang maka kami teruskan perjalanan ke Ullen Sentalu. Ullen Sentalu hak persendirian di mana tiada bantuan dari Kerajaan. Wang entrance fee kita di gunakan untuk maintenance plus untuk add in more lagi.


 








After tour kat sini di mana kami dilarang untuk mengambil gambar hanya tempat tertentu aje akan di beri peluang untuk mengambil gambar.  Tak payah nak berangan sebab memang kita di sediakan tour guide bersama kita dalam group yang kecil bagi penjelasan pada kita.

Selesai tour kami teruskan perjalanan ke perkampungan Merapi, tapi sayang masa kami sampai tu kabus supir kami kata "malu" kot.





Masa nie ntah eden pun tak ingat apa la yang eden merapu time nie, hahahaha. Ok we done for today kami balik ke sarang before that mintak supir kami turunkan kat Maliboro area aje sebab nak cari makan and balik buat apa yang patut and rest sebab esok ada lagi activity.


28 September 2013 

Pagi nie kami ke Puro Mangkunegaran di Solo.  






Kalau ditanya kan tempat nie menarik tak, hurmm personally eden rasa tak best.

Selesai sini kami ke Istana Surakarta




Dah lepak kat sini kami terus mintak supir kami hantar kan kami ke Pasar Klewer, maaf no photo sebab excited nak turun shopping camera semua dah simpan dalam beg, hahahaha.




Ini gambar lepas shopping, hahahahaha.  Ok la ini kami otw nak balik ke Maliboro. Perjalanan 1 jam 10 minit.

Balik sarang and tido la apa lagi.  Makan malam tapau aje.


29 September, 2013

Hurmmm letih sikit sebab semalam banyak jalan (shopping yang lebih nya). Breakfast dulu lepas tu kami tour ke Parangritis.

Tapi sebelum Parangritis kami lunch dulu







Ok ini kedai makan nya, sedap especially sambal belacan plus dengan sayur pucuk paku, perghhh memang meleleh air mata sebab memang pedas sambal nya.






Apa yang menarik kat sini hurmm tengok gelombang ombak yang tinggi. Pasirnya hitam plus sampah merata plus boleh tengok poney.

Tapi memandangkan dah sampai baik redah aje ke sini kan.  Selepas area nie kami balik ke sarang tapi turun kat jalan Maliboro untuk sambung shopping and dinner.

Esok akan ke Goa Pindul.