Followers

Tuesday, September 12, 2006

Story Behind D Scene





Rambut idaman eden telah bertukar menjadi nightmare bagi eden. Kepala jingga punya salon, eden suruh buat lain dia pi buat benda lain kat rambut eden. Eden bengang giler bila setiap kali tengok cermin, moral of the story the story got no moral. Eden memang bengang giler dengan nyonya yang buat rambut eden tu rasa macam nak aje eden cilikan tangan + jari jemari dia yang telah menyebabkan kemusnahan teruk terhadap rambut eden. Yang sedih tu bukannya apa dah ler eden memang patient nak simpan rambut panjang, last2 semuanya musnah sekelip mata dah tu rambut eden rosak teruk sampai eden terpaksa mengambil keputusan potong rambut tu sebab chemical yang dia gunakan telah menyebabkan rambut eden split. Eden rasa macam nak aje SAMAN nyonya tu. GERAM GILER!!!!. Kalau eden tak bawak contoh tunjuk kat dia tak pe ler eden paham ler memang salah eden tapi nie siap eden print color lagi gambar contoh tu, tak ker nyonya tu saja nak sabotaj rambut eden. After keluar from d salon eden balik rumah mak eden terkezut tengok rambut eden sebab tak sampai 2 jam rambut eden totally change macam rambut tak bermaya erti kata lain rosak ler. So I went to another salon and ask them tu cut all the damage site and now my hair pendek sebab nyonya tu. Ahh sungguh sengsara jiwa and raga sebab kena soal oleh banyak pihak "Y" u change u're hair style, ada kata lawa ada yang kata wah new hair style, look good la (nie semua pujian tak ikhlas), ada yang kata rambut maggi, rambut kena kejutan elektrik. Depa ingat eden suka dengan gaya terbaru nie, depa tak tau story behind d scene.









Monday, September 11, 2006

H.E.L.L.O

H = How are u?

E = Everything all right?

L = Like to hear from you

L = Love to see you soon

O = Obviously, I Miss U.


Simple as that kan, maksud di sebalik 5 patah perkataan ini. Well to both of my fren Yus and Along ......HELLO.

Monday, September 04, 2006

Best times of our life

1. Falling in love.
2. Laughing till your stomach hurts.
3. Enjoying a ride down the Country side.
4. Listening to your favorite song on the radio.
5. Going to sleep listening to the rain pouring outside.
6. Getting out of the shower and wrapping yourself with a warm, fuzzy towel.
7. Passing your final exams with good grades.
8. Being part of an interesting conversation.
9. Finding some money in some old pants.
10. Laughing at yourself.
11. Sharing a wonderful dinner with all your friends.
12. Laughing without a reason.
13. "Accidentally" hearing someone say something good about you.
14. Watching the sunset.
15. Listening to a song that reminds you of an important person in your life
16. Receiving or giving your first kiss.
17. Feeling this movement in your body when seeing this "special" someone.
18. Having a great time with your friends.
19. Seeing the one you love happy.
20. Wearing the shirt of a person you love and smelling his/her perfume.
21. Visiting an old friend of yours and remembering great memories.
22. Hearing some one telling you "I LOVE YOU".
True friends come in the good times when we tell them to, and come inthe bad times.....without calling."

Menara Condong @ Menara Pisa
















Satu-satunya keistimewaan sejarah yang terdapat di bandar Teluk Intan ialah Menara Condong. Terletak di suatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar, seolah-olah merelakan kedudukannya di tengah bandar dan menjadi mercu tanda sejarah yang sudah berusia lebih satu abad.

Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan hingga ke hari ini. Apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali dengan jolokan Menara Condong lantas menempah gelaran menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.
Orang yang bertanggungjawab membinanya ialah seorang pemborong bernama Choong Cheong atau Ah Cheong yang mendapat inspirasi bangunan pagoda di negeri China. Tujuan asal pembinaannya ialah bagi menempatkan sebuah tangki air. Air daripada tangki ini digunakan oleh penduduk setempat sekiranya berlaku kemarau atau sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran kerana pada waktu itu bandar ini tidak mempunyai perkhidmatan bomba.

Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.

Lebih sekurun yang lampau tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan diantara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina pada bekas terusan tersebut setelah ianya dikambus.

Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.

Menyedari hakikat inilah pembinaan laluan air dilaksanakan bagi memudahkan para pedagang membawa bahan dagangan ke Sungai Perak sekaligus membelah pekan Mak Intan menjadi sebuah pulau. Walaubagaimanapun setelah Inggeris mengambil alih kuasa pentadbiran pekan Melayu sekitar 1880-an mereka telah merancang membesarkan pekan tersebut dan langkah pembesaran ialah dengan menimbus terusan Mak Intan. Beberapa tahun kemudian, diatas penambakan tanah gambut itulah didirikan bangunan tersebut setinggi 85 kaki dari paras muka bumi.

Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama di bahagian atasnya.

Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh tingkat. Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya menggunakan genting. Tangki air terletak di aras tiga, ianya diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki.

Menyedari akan keunikan dan sejarah yang tersendiri bangunan tersebut, pada tahun 1997 pihak Majlis Daerah Hilir Perak telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah dataran disekeliling bangunan tersebut dan langkah-langkah pemuliharaan akan terus dijalankan bagi menjadikan ianya satu daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.