14-19, September 2013
Nama pun company trip maka semuanya telah di rancangkan untuk kami. Apa yang cheq tau angkat beg jalan, hahahaha.
Kami duduk kat hotel Majapahit Surabaya. Hotel 5 * so tak ada complaint langsung. Bilik off course cantik even bathroom pun perghhhhh luas gila. We enjoy our stay for 2 night over here.
Sampai aje Surabaya kami di bawa ke Monumen Tugu Pahlawan.
After Tugu Pahlawan kami di bawa untuk lunch makan makanan nasi padang. Tapi pada pengamatan sendiri ok la makanan nya tak la sedap sangat. Tapi perut dah lapar maka sebat aje la.
Bila perut dah kenyang baru la best kami nak berjalan lagi ke satu lagi tempat sebelum kami di bawa ke hotel.
Lawatan sambil belajar kami ke Sampoerna. Yeay belajar cara-cara untuk membuat rokok. Balik dari sini kami kena tulis report, hahahaha, tak la kiding only.
Sesungguhnya depa yang berkerja kat sini memang cekap sebab dari pemerhatian cheq la depa punya tangan sungguh laju untuk menyiapkan satu-satu rokok tu. Satu pelajaran baru untuk cheq, kami di berikan penerangan serba sedikit tentang pemprosesan dan pembuatan rokok Sampoerna Sempurna sekali pembuatannya tetapi ingat ya Rokok tak Bagus untuk Kesihatan. "Peace".
Ok now masa untuk kami ke hotel untuk merehatkan diri sebab subuh nanti kami dah ada activity Bromo menanti.
But sebelum tu saja la share gambar hotel.
15 September, 2013.
Pukul 1.00am kami dah pun di kerah tenaga naik bus nak ke Bromo. Boleh tak korang bayang kan pukul berapa kami kena bangun dan bersiap-siap. Gatai nak tengok sunrise kan ini la al kisah nya, hahahaha.
Apa lagi dalam bus sambung la membuta walaupun tak la membuta dengan nyenyak. Apa kan daya Mount Bromo waiting for us.
Ok la nie kami dah pun sampai destinasi maka isi perut dulu actually tengok aje makan memang tak lalu still very early kan mana la nak masuk. Ok bus akan parking kat sini and now masa kami untuk naik jeep pulak. Aiyooo susah jugak nak ke Bromo nie.
Kalau korang tanya eh tak buat research ke sebelum datang sini jawapan nya tak sebab dah memang tau kami kena ikut jadual yang telah pun di tetapkan oleh company kan. Company trip ko.
Bila tengok aje sunrise rasa macam sangat berbaloi dengan effort kami yang kena bangun awal erti kata lain sebenarnya tak tido pun.
Satu pemandangan yang sangat terbaik. Cuma satu aje masa nie cheq kurang sihat and bila balik baru sedar yang cheq tak ambik gambar pun kat sini. Itu memang rugi la. But dapat capture few moments sebelum sunrise pun dah cukup terbaik untuk cheq.
Ok naik balik jeep untuk ke area
Sampai aje sini cheq dah tak suka with bau sulfur kat sini agak busuk actually. Jeep wajib berhenti di tempat yang di sedia kan lepas tu korang ada pilihan nak naik pony or jalan kaki sampai la kat tangga gambar atas nie. Kalau tanya jauh ke jawapannya tak la jauh and satu lagi sampai sini korang dah boleh la tanggal kan baju sejuk sebab dah tak sejuk. Panas gila dah.
Well ini antara catatan cheq semasa di Surabaya. No shopping at all sebab tak ada benda yang berkenan sangat and barangan kulit kat sini biasa-biasa aje nothing to shout about sangat la. Tak ada masa sebab malam nie kami kena get ready untuk dinner and esok tengahari kami dah mau pulang ke Malaysia.