Umpama mimpi dalam mimpi sebab memang eden memang tak pernah terfikir yang eden dapat pergi ke sini dalam masa yang begitu singkat. Tot off kena la kumpul duit sebab flight nak ke sana agak mahal. Anyway thank you pada AA sebab buka new route untuk kesana. Ehem ehem eden manage to booked it and eden cuma bayar kurang dari RM1K untuk pegi and balik per person. Berbaloi baloi and my victim here I paksa Nad untuk follow and she agree. Berbekalkan research and bertanyakan pada kawan (Fatt tq so much I owe u a dinner) kami berjaya cover semua dalam list kami walaupun terpaksa redah hujan. NZ is really amazing place and sangat cantik. Insyallah kalau ada peluang boleh repeat since kami dah tau mana nak tuju and tak payah la nak buat research. Its took me 6 month for my research but yang betul-betul pulun 2 bulan before kami bertolak.
Nie la benda first yang kami nampak masa kami memandu. Owh ya kami kat sini memandu dan kami ditemani oleh Abg GPS hehehehe. Memandu kat sini tak susah mana pun cuma ada gak la few places yang sangat mencabar skill pemanduan kita. Yang penting kita ikut atau patuhi arahan papan tanda. Sini limit memandu hanya 100 ya bukan macam kat M'sia 110.
1st nite masa sampai dah pukul 11 malam waktu sini so kami ambik keputusan lepak kat airport ajer. So malam nie kami penghuni kat CHC airport dengan keadaan cuaca kat luar tak begitu sejuk sebab kami masih boleh bertahan.
2nd day kami ambik kereta comei kami and benda pertama pegi ke pasaraya untuk membeli food dan meneruskan perjalanan kami ke area Aoraki.
3rd day kami ke Mount Cook perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik walaupun gerimis but still cantik alang-alang dah sampai kan better la singgah. Walaupun memang jauh untuk kita tiba ke sini tapi berbaloi. Kami meneruskan perjalanan untuk turun ke bawah iaitu ke Dunedin. Kami tiba di Dunedin agak lewat dalam 9.00 malam so tak ada aktiviti hanya kami perlu merehatkan diri sahaja.
4th day kami di Dunedin kami dan pagi ini kami masih di temani hujan. Kami meneruskan aktiviti pertama kami seperti dalam list iaitu ke Railway Station, University, Botanical Garden and Castle. Ya kami ke castle saja nak feeling-feeling jejak kaki kat castle hehehehehe memandangkan hujan kawasan ini atas bukit so keadaan sangat berkabus and feeling nya ada little bit creepy. Selesai di Dunedin kami meneruskan perjalanan ke Queenstown. Kami arrived agak awal hari nie around 8.30 malam. Kami selesaikan urusan check in terus ke bilik and kami ke dapur untuk memasak. Malam nie kami masak lebih sikit supaya kami boleh makan untuk hari esoknya.
5th day Hari nie dari Queenstown kami ke Arrowtown. Town ni kecik ajer tapi kami ambik masa 1/2 hari kart sini sebab memang sengaja tak nak rushing. Selesai arrowtown kami pulang ke Queenstown and terus ke Wanaka Lake untuk makan tengahari kami. Selepas makan kami ke Gondola untuk aktiviti seterusnya.
Selesai aktiviti di gondola kami mengambil keputusan untuk pegi shopping barangan makanan sikit since stock kami dah kekurangan. Selesai urusan membeli belah kami pulang and start memasak makan malam kami dan untuk esok jugak memandangkan kami akan meneruskan perjalanan kami ke Milford Sound.
6th day kami pula kami mulakan awal pagi since kami akan meneruskan perjalanan ke Milford Sound selama 6 jam perjalanan untuk sampai ke sana. Kami disajikan dengan pemandangan yang sangat indah di kiri kanan kami.
Akhirnya kami sampai jua ke tempat yang kami tuju setelah penat memandu selama 6 jam dengan jalan yang sangat berliku-liku. Perjalanan sampai ke sini sangat mencabar cara pemanduan kami and not only that skill mesti mau ada. Owh ya make sure tank kereta anda penuh petrolnya kerana selepas Te Anau memang tak ada stesen minyak mahu pun rumah (in case nak mintak bantuan).
Sampai ajer Milford Sound kami terus ke kaunter untuk check in (kami dah beli ticket awal2 melalui online). So sekarang masa untuk kami bergambar dan kita minum dulu sementara menanti departure time.
Selesai acara makan di tepi tasik kami teruskan perjalanan dan kali nie kami di sajikan dengan pemandangan yang lagi menarik.
Apa yang ada di Milford Sound and kenapa pilih ke sini and mari saya bagi jawapan saya. Pertama pemandanga yang sangat indah dan kalau kita bernasib baik kita might akan terserempak dengan dolphin. Tapi time eden pegi nie cuma dapat tengok anjing laut and burung. And the best part dapat ler tengok laut tasman. Sebelum nie asyik baca sejarah ajer kan so sekarang kita tonton sendiri. Kalau di tanya kan berbaloi ke bawak keta 6 jam and tengok nie ajer and jawapan saya sangat berbaloi baloi.
Selesai pengembaraan kami kat Milford Sound kami teruskan perjalanan pulang another 6 hours back to Queenstown. Letih memang letih tapi berbaloi. Saya akan sambung hari ke 7 kami with new entry.