Followers

Monday, June 06, 2011

From Phnom Penh to Seam Reap

24 December 2010

Our journey begin at 7.00am from the guesthouse via tuk-tuk to the bus station.  8.00am sharp bus memulakan perjalanan menuju ke destinasi kami seterusnya Seam Reap, yehaaa.  Best giler sebab dapat pegi ke Seam Reap untuk kali yang ke 2.  Another 5 hours keadaan bus ok, selesa, bersih and yang penting aircondnya kuat ya.

Kami selamat sampai at Seam Reap around 1.30pm.  With signboard tertera nama eden kat bus stop ya bukan kat airport, hehehehe.  So naik ler kami tuk-tuk untuk menuju destinasi kami Golden Temple Villa.



Seperti biasa ler 1st day kami memang kami tak buat any aktiviti hanya merehatkan diri sambil mengupdate Facebook.  Maklum ler di sediakan free untuk semua pelanggan yang menginap di sini.  Yang penting laju ya internetnya.  Selepas makan malam di Maharaja kami saja berjalan ke Noon Nite Market tempat wajib di lawati jika anda ke mari.  Barangan yang dijual disini biasa-biasa ajer yang penting ialah kita kena wajib pandai tawar menawar.

2nd day

Tengaharinya kami meminta reception kat kami tinggal sedia kan tuk-tuk USD10 untuk kami ke Culture Village and nak tengok sunset at Tonle Sap.  Hurmm best tak terkata bila dapat tengok sunset.





Selesai aje aktiviti melihat sunset kami teruskan perjalanan untuk pulang and kami minta tuk-tuk untuk turun kan kami ke Pub Street.  Area nie sebelah malam agak happening sebab masa nie la kita boleh tengok 99% bebilang bangsa mula keluar untuk menjamu selera.  Kami seperti biasa still dengan Maharajah kami.  Selesai makan kami sekali lagi ke Noon Nite Market tapi kali nie saja gediks nak buat foot massage.  After foot massage kami pulang ke guesthouse and mintak mereka sedia kan tuk-tuk yang sama untuk ke Angkor Wat.


3rd day


Pukul 8.00am kami teruskan perjalanan ke Angkor dan kali nie kami ambik pass untuk 3 hari USD40.  Hari nie tuk-tuk kami USD15 sebab kami ambik big tour di mana kami ke Banteay Srei dan semua wat-wat yang nearby.  Banteay Srei mmg cantik sebab batunya warna kemerahan.  We manage to cover semua wat dalam masa 1 hari.





4th day


Hari nie with the same tuk-tuk buat kami buat small tour USD10.00.  Kali nie kami cover wat yang glamour seperti Angkor Wat, Four Faces Wat dan sewaktu dengannya.  Walaupun ini kali kedua tetapi tak ada perasaan jemu apatah lagi menyampah.  Tempat nie sangat menarik sebab eden suka architecture.  Cuma sayang tempat nie perlu di baikpulih so banyak yang tak original yang dapat kami lihat.  Tu sebab eden sarankan pegi la sekarang sebelum semua benda pun dema restoration nnt originality tu udah tak ada.



Selesai sahaja small tour kami, kami pulang ke guesthouse bagi membersihkan diri sebelum keluar sekali lagi untuk dinner di Maharajah.  Masa dinner nie kami berpeluang jumpa beberapa rakyat Malaysia.  Yang peliknya kami di tegur oleh seorang lelaki "from M'sia ya" saya a'ah so dia kata dah agak sebabnya dia kata dia perasan dengan t.shirt yang eden pakai "orang utan" and dia kata t.shirt nie hanya org tertentu ajer yang akan beli (bangga sat).  Its actually made by our local artist from Melaka.  So malam tu ada ler kami berpeluang untuk bercakap b.melayu with orang dari negara sendiri (tolak tepi ler adik eden, udah jemu kot).   Selesai makan kami meneruskan aktiviti ke Moon Nite Market sibuk survey harga LP.  Hehehehe kalau nak beli yang tak ori punya LP sila la beli kat Cambodia or Vietnam.

5th Day


Hari nie kami bangun lewat semata kerana hari ini aktiviti bebas bagi kami sebelum esok pagi kami akan pulang ke M'sia.  Hari nie kami ambik basikal from the guesthouse jalan-jalan area town seam reap.  Sebelah tengahari kami ke Artisan Angkor, nie tempat yang mengeluarkan silk and kraftangan.  Sessi pembelajaran bagi kami berdua bagaimana bermulanya cara membuat silk.  Dah tengok nie baru ler kami paham and tau sudah betapa susahnya nak jadikan silk and now baru ler paham kenapa mahai benor ya.




Sebelah malamnya kami ke Temple Balcony untuk menyaksikan pertunjukkan tarian kebudayaan Cambodia.  Agak menarik bagi yang tak pernah menontonnya but for eden ini untuk kali ke 2 so tak rasa apa sangat la. 



Selesai ajer menonton pertunjukkan kami pun beredar pulang ke markas bagi mengemas beg kami al maklum ler time untuk pulang ke KL........cari duit lagi and plan another vacation.  Oh ya pulang ajer ke KL kami akan rest 1 day before sambung holiday ke Kuala Terengganu with family.