Followers

Monday, October 13, 2014

Nepal

21 December 2013


Kuala Lumpur to Kathmandu Nepal via Malaysian Airline,  Itinerary done, mental dah prepare, hahahaha.  We safely landed at 12.30pm.

Visa kami kami dah settlekan dekat KL, tak payah la nak beratur buat visa on arrival, my god "q" mcm tak "q".

After custom tunggu beg and kami tukar duit sikit dulu kat airport sebab kat Malaysia tahun 2013 nie belum ada lagi duit Nepalese.  

Kami beli cupon untuk naik cab ke Thamel Road, bukan dekat ya jauh rupanya. Thamel road sebelum nie dengar story aje bila dah sampai baru la paham mana rupanya.  Very narrow road and honking sentiasa la.

Here we stayed at Kathmandu Guest house (recommended by lonely planet). Cuaca yes sejuk around15-16 degree, memang best la sebab tak berpeluh kan.

After settle check in semua kami terus buat urusan ukur jalan, hahahaha, tempat pertama yang kami tuju The North Face Shop (original beg) harga agak murah dari KL and kami ke The Gardens of Dreams sini masuk Rp160.00.











Garden of Dreams nie memang tempat anak muda melepak bersama "awek" "pakwe" masing-masing.  Tempat nie memang dekat dengan Thamel Road, jalan kaki sudah.

Berhadapan dengan Garden of Dreams nie tempat kami nak membeli ticket bus "greenline" (recommended by lonely planet).

Tapi malang by the time kami sampai tempat nie dah tutup maka esok pagi kami kena buat marathon, hahahahaha.  Sebab kami dah ada jadual kul berapa bus pertama yang akan out from here to Chitwan.

Enough site seeing around Thamel Road, kami balik ke guest-house untuk dinner and try to sleep earlier sebab esok kena bangun pagi.


22 December 2013


After simple breakfast kami berkejar untuk ke tempat "greenline" tu untuk tengok pukul berapa available ticket yang ada.  Sampai aje sana alhamdullilah memang tinggal 2 seats kosong untuk kami ke Chitwan, National Park.

Settle pembayaran semua kami hulurkan beg untuk di campak kan kat tempat simpanan beg, naik bus and makan ubat tahan muntah, perlu tau sebab eden jenis tak tahan and memang jalan kat sini damn winding.








Masa perjalanan kami bermula conclusion yang boleh eden buat Nepal memang cantik, still ada greens.  Masa dalam bas nie kami tertembung dengan dua adik Melayu yang manis, mereka adik beradik tapi depa bukan nak ke Chitwan depa akan terus pegi ke Pokhara.

Later kami akan berpisah sebab eden ke Chitwan.  Bila kita beli ticket with "greenline" nie memang kat satu stop tu dah siap ada makanan untuk kami semua buat honestly eden kurang kan makan sebab takut nanti muntah dalam bas pulak kan.



Muka orang mengantuk sebab tadi dah makan ubat kan, tapi gigih nak ambik gambor.

Kami sampai aje Chitwan dah ada driver tunggu nak jemput kami pegi ke Travellers Jungle Camp.  Kami bayar USD160 per person untuk 3 hari 2 malam full board.

Ada aje lagi murah dari nie terpulang pada individu, redah and cari memang ada yang jauh murah.














After jalan-jalan masuk hutan tengok gajah, kami lepak kat tebing sungai untuk tengok sunset, tapi malangnya sunset malu-malu, kena paham la sebab bulan 12 sana memang sejuk.

Malam selepas dinner kami tengok tarian tradisional mereka.






23.12.2013


If dah ambik package kat sini di nasihatkan semua kawan-kawan sila ikut jadual sebab depa nie memang akan ikut jadual tak lari lansung timing nya.

Lepas quick breakfast kami teruskan perjalanan hari nie kami nak buat jungle walk.












In case if ada kawan-kawan yang nak tanya ada ke jumpa pak harimau, jawapan hanya dapat tengok tapak kaki pak harimau aje.

Scary tak masa jungle walk? jawapan nya tak sebab tak pikir negative langsung.










Buaya tu memang sunbathing kat sana dah few days kata my tour guide.  And yes kami kena seberang anak sungai tu untuk ke national park.  Takut hurmmm tak sangat sebab jarak dekat and tak takut sebab hurmmm sebab eden terlampau confident, balik KL baru terpikir apa ke gila yang aku buat masa kat Nepal tu.

Owh jika ada yang tanya daun ganja tu kat mana ya owh jawapannya tumbuh melata di tepi jalan tak payah tanam dalam pasu pun.  Haip jangan pulak ada yang mengada nak ke sana semata nak kan benda tu.

After morning walk tu kami balik ke sarang untuk rest sebab sebelah petang kami ada another activity masuk jungle guna jeep pulak.  Ini terbaik and Somu kami punya guide memang terbaik la.  Tips terpulang pada korang kalau nak bagi tu bagi la sebab kami memang bagi sebab depa nie bukan orang senang, kalau setakat RM10.00-RM30.00 bahagi 2 apa la sangat kan.  Again ini terpulang pada korang.

After lunch kami ready nak masuk hutan again and sebelum tu kami kena seberang sungai yang ada pak buaya tu.









Masa atas jeep nie pun perasaan dah meronta-ronta bila la dapat tengok Rhino/Pak Belang, hahahaha. Angan-angan nak tengok Pak Belang memang tak boleh blah dengan angan-angan eden nie.
















Yeayyyy dapat jumpa Rhino and beruang.  Kalau deer pun memang banyak tapi nak capture photo tu memang susah sebab telinga depa sensitive dengan bunyi bunyian nie.  Ada try tp semua nya blur.

Trip petang nie sangat berbaloi sebab at least ada la binatang yang dapat kami tengok dari tak ada kan.  Kata Somu guide kami musim sejuk nie depa jarang nak keluar-keluar posing, hahahahaha.


Sunset dah mula menampakkan diri tandanya selesai sudah activity gila kami masa untuk pulang rehat kan diri.


24.12.2013


Macam biasa bangun pagi breakfast lepas tu kami terus ke Elephant Breeding Centre.  Time untuk masuk hutan sekali lagi but kali nie kami ride elephant. Yehaa dah macam nak naik kuda kan.  









 


Pagi yang sangat nyaman kami di temani dengan bunyi kicauan burung dan laungan bunyi dari anak-anak gajah.











After elephant ride kami balik ke sarang hahahaha untuk rest later for lunch and petang nie ada 1 more activity menanti kami.

Canoe ride yezza u all get it right canoe.







Ya bila korang lalu kat anak sungai nie memang korang akan di temani oleh pak buaya bukan seekor tapi masa hari kejadian ada 5 ekor yang sedang bersantai di tepian.

Canoe tu idak pulak teman ambik gambor nya tetapi canoe tu rendah ke dalam air so boleh la korang bermain air sebenarnya and air masa tu sangat jernih dan sejuk sangat.










Gajah kat atas nie gajah liar yang datang ke elephant breeding centre nie nak mencari gajah betina untuk mengawan.  And gajah nie sangat garang, boleh datang menyerang anytime if dia naik minyak.







Jambatan nie comel gila, kecik aje tapi ialah jambatan nie untuk menghubungkan tanah sebelah ke sebelah lagi.  Kalau yang ada bawak binatang peliharan untuk meragut rumput di sebelah bintang-binatang nie akan seberang sungai dengan kadar segera plus dengan kadar macam menanti maut di hujung tanduk aje sebab at anytime boleh diserang oleh sang buaya.

Kabus dah menampak kan diri walaupun sekarang baru pukul 6.00pm.  Kami menanti jeep untuk pulang ke sarang kami.  Malam terakhir kami di sini.

Esok pagi kami akan ke Pokhara pula.


25.12.2013


Perjalanan kami bermula awal pagi dari Chitwan ke Pokhara mengambil masa dalam 4 jam, kali nie naik bus biasa aje.  Bas ekspress yang penting bersih cuma bezanya tiada makanan di sedia kan.  Semasa bas memasuki area Pokhara eden sebenarnya tertido biasa la after makan ubat kan, bila terbangun aje depan mata nie nampak pemandangan yang sangat cantik, eden ingat kan lukisan tau maklum ler mamai kot, tapi hakikatnya pemandangan himalayan range wooo sangat breathtaking tau.








Kami sampai kat station bus kami ambik teksi untuk ke guest-house kami Blue Planet Lodge.  Check in aje kami mintak bilik bawah and harga memang murah sikit if nak mengadap the Peak harga will be slightly higher.  If korang tanya whether worth it tak kalau ambik yang mengadap Peak my advise is tak payah la sebab kalau kita keluar aje dari guest-house memang kita sentiasa akan di saji kan dengan pemandangan yang sangat cantik.   

Hari nie kami cuma site seeing around the lake sambil resting kan diri dan makan jagung bakar.  Perghh sejuk-sejuk makan pulak jagung bakar, hurmmm awesome la.




Untuk halal food korang jalan terus sikit ke depan sila pandang ke sebelah kanan, kedai halal nie terletak kat dalam and kedai kecik aje.  Nama kedai tak ambik pulak, sebelah kiri ada pasaraya kecik, nie memang dekat dengan jalan korang nak tuju ke Phewa Tal Lake.


26.12.2013


Pagi nie selepas breakfast kami nak ke Devi's Fall, naik teksi aje kalau nak jalan kaki memang jauh, boleh aje kalau nak naik bus but biasa la malas kan naik teksi aje la.






Dari Devi's Fall kami seberang jalan ada satu kuil kat sana kami masuk sekejap masa nie dah tak sanggup nak keluar kan kamera, erti kata lain malas benor la.


Kami naik teksi and terus ke Gurkha Museum, hahaha and kami dapat teksi yang sama bawak kami tadi, hurmmm apa lagi kami cakap dengan dia sila tunggu boleh tak bawak kami balik nanti and he willing too.  








No wonder la sekarang baru eden paham kenapa la guard Gurkha nie mahal benor kalau nak ambik dema, sebab dema nie memang loyal, berani mati and ada kualiti.





If korang kat Pokhara pemandangan seperti kat atas nie memang senang nak tengok tapi dengan syarat tak kabus tebal la.  Kadang-kadang if kabus tebal sangat memang tak dapat nak tengok.

Kami balik ke Phewal Tal Lake selepas deal dengan orang yang bawak teksi tu ambik kami esok subuh untuk ke Sarangkot.

At the lake kami beli tiket untuk seberang lake ke area World Peace Pagoda and waktu kami tak terpikir in term of timing.







Kami hanya berjaya pertengahan jalan untuk ke Pagoda tu sebab cuaca dah nak gelap and been advise by some local people yang duduk sana suruh kami turun balik sebab masih jauh lagi untuk kami naik ke atas, kata nya.  So if ada antara korang yang nak naik ke sini di nasihatkan naik pagi especially bulan December macam kami.





Turun aje dari sini kami terus jalan-jalan mencari makanan and kami lepak dekat kedai halal tu and kami terus order makan tanpa sedar yang ada group lelaki dari Malaysia rupanya dalam kedai tu.  Kenapa ya kami tak sedar sebab rupa muka group tu pun dah macam orang-orang dari Nepal, hahahaha padan la depa dok pasang telinga gak dengar cara kami sembang maklum ler muka kami pun x ada rupa Malaysian gak.

Pendek kan cerita kami berkenalan dan dapat tau they all the way from Kelantan and Singapore.  Well yeay dapat kawan baru.  Malam tu lepas dinner and sembang-sembang kami berpecah sebab esok kami kena bangun se awal pagi untuk sunrise at Sarangkot.


27.12.2013


Seawal kul 3.00 am kami dah bangun and menanti kereta kami untuk ke Sarangkot, pertama sekali wooooo cuaca sangat sejuk.

Jalan untuk sampai ke sana pun kena lalu perkampungan and jalan sempit, kalau korang sampai lambat meaning kereta korang memang tak akan dapat naik sampai ke atas la sebab bukan kit aje yang nak naik punya ramai manusia yang nak naik sampai ke atas.

Bangun pagi seawal ini sangat worth it sebab pemandangan sangat breathtaking.  Walaupun sebenarnya korang kat atas bumbung umah orang, ada aku kisah janji boleh tengok sunrise













Bila tengok aje sunrise and the peak memang rasa macam satu lukisan yang terpapar di mata kita nie.

Selepas the nice view yang cantik tu kami pun beransur untuk pulang ke area lake, perjalanan kami di saji kan dengan pemandangan 



















Basically hari nie memang hari yang rileks untuk kami sebab selepas aje Sarangkot kami tak ada next activity selain dari capture photo.

Malam nie malam terakhir kami sebelum kami bertolak ke Nuwakot.  Malam nie kami dinner bersama dengan rakan-rakan baru sebelum masing-masing bawa haluan berbeza.

Malam nie dinner kami berdua ditaja dengan hormatnya oleh mereka, sapa pun yang tolong bayar kami ucapkan ribuan terima kasih.



Yang penting dah add dalam FB insayallah persahabatan yang ada nie biarlah berkekalan hendakNya.

28.12.2013

Nuwakot dalam eden punya itinerary tetapi dah salah baca oleh my travel-mate maka itinerary terpaksa di rombak balik.

Kami terus pulang ke Kathmandu and di Kathmandu kami stay at Kathmandu Guest house (recommended by Lonely Planet) around USD50 per night.  Kat sini kami hanya duduk satu malam and figure out next destination kami.  Petang di Katmandu kami pusing-pusing tengok area Thamel road, cari bilik yang berharga murah dari yang kami ada nie. 


29.12.2013

Kami decide untuk ambik bas untuk ke Nagarkot and kami duduk kat Hotel at The End of the Universe.   













Here in Nagarkot another breathtaking place memang hijau everywhere and kami decide untuk duduk satu malam here.  Keadaan very cold and bilik nie tak ada heater depa just bagi beg of hot water saja.

Tetapi hospitality kat sini memang kami puji sebab most of the worker here damn friendly and at night after dinner depa semua akan bernyanyi dan bermain tabla.





















Yes our night here full with all the laugh and love and great hospitality. Totally recommend this Hotel at The End of the Universe (till we meet again).

31.12.2013

We wake up in the morning having our breakfast and heading to the bus stop and they willing to sent us at the bus stop to catch our bus to Bhaktapur.

Here in Bhaktapur we stayed at Sunny Guest House, very near to the Durbar Square area.

The only spoil thing here in Sunny Guest House renovation in progress when we are here.  Other than that yeah comfortable place and easy to go around the Durbaq Square.






Here we at the pottery village.

Basically you just need 1 day to cover the whole Durbar Square.















Here at Bhaktapur 1 night leave me with thousand interesting memory.  We had dinner at Sunny Guest-house and we are ready to check out tomorrow to catch out bus back to Kathmandu.

1 January 2014.

Last minute change we took a car back to Kathmandu instead of bus.  We arrive straight in front of our guest house Kathmandu Guest House after that we decide not going to stay here try to save some money.  So we just took our luggage in their safe keeping and we stay at new place Tibet Guest House (email : tibet@mail.com.np)(www.tibetguesthouse.com) we paid only USD10 per night.  Room very nice and big tetapi bilik kami dekat dengan generator yang besar so malam-malam memang bising tetapi memandangkan eden nie jenis tido mati, apa ada hal selamat belayar aje every night.  Kami hari nie just pusing-pusing Thamel Road saja.

2 Jan 2014.


Hari nie kami ke Durbaq Square at Kathmandu and today our last day here for site seeing before we fly back to Malaysia.










My last photo nie di mana Kumari akan menjenguk kan kepala dalam few second aje and yes we are lucky enuff manage to see the Kumari.  Photo are not allowed during her present.


  
We went to Swayambhunath Stupa, here kami kena climb 365 steps, and yes we did it with slow walk.













Fuhhh another 365 steps to go down and back to our sarang, masa untuk mengemas, rehat kan diri dan untuk pulang esok hari nya.

3 Jan, 2014.

Kami masih sempat lagi untuk buat last minute shopping sebelum pulang ke tanah air.  

Note :  Negara Nepal keseluruhannya sentiasa akan mengalami masalah electric putus mahupun tiada electric, maka korang kena bersedia tak mandi la especially waktu yang kami pegi nie bulan December, memang sejuk.  And selalunya guest house tak akan ada hot water.