Setelah selesai kami di Gua Tempurung kami teruskan perjalanan ke Ipoh. Ipoh kami stay kat Ibis Hotel. In term of parking memang tak banyak basement parking lot but kereta kita boleh park kat luar sebab banyak ada parking lot. Cuma kena bear in mind kena beli kad parking dan gores siap-siap sebab setiap 9am coz "Abg Besar akan buat rondaan untuk saman".
Deco Ibis hotel memang menarik, up to date and in term of their breakfast pun memang ok sangat dengan harga yang kita bayar.
Bilik nya tak la besar sangat just nice untuk 2 orang dewasa kalau ada kanak-kanak mungkin kena ambik bilik yang besar sikit. Sebab bilik yang kami ambik memang standard room just nice untuk 2 adult.
Antara deco kat Ibis Hotel. Malam nie kami nak dinner dengan sorang lagi kawan cheq. Kami dah janji now kami on waze untuk cari tempat nie, kononnya sedap kedai nie.
Apalagi perjalanan di teruskan selepas kami shower and tukar baju untuk aktiviti makan kami.
Cheq punya rating untuk food kat sini 1-5, cheq akan kata 4. Sedap, cepat dan fresh. Sedap dan boleh di improve kan lagi.
After dinner kami teruskan perjalanan ke bandar Ipoh.
Yes kami discover mural nie waktu malam, hahahaha ini memang tak ada dalam plan langsung tapi dah jumpa lebih baik kami ambik gambar.
Now kami nak lepak minum ya la nak bergossip sebab dah lama cheq tak jumpa depa nie. Depa nie ex-officemate cheq.
One of my friend recommend minum kat Happy 8 Retreat. Untuk pengetahuan semua bila enter aje cheq terus jatuh hati and cheq memang respect owner Happy 8 Retreat nie sebab willing throw a lot of money and yes deco tempat ini memang terbaik. Nak cerita lebih pun tak reti sangat but if ada peluang korang boleh duduk sini sebab sebelah atas nya guest-house.
Ok now gossip bermula, hahahaha walaupun penat tadi tak habis lagi masa di gua tempurung but apa ada hal ini antara masa terbaik yang kami ada untuk lepak sebab belum tentu kami kat KL kami ada masa untuk lepak macam ini. Ini pun sebab ada kawan nak kawin maka kami ambik kesempatan untuk jumpa balik with ex-officemate.
Sebelum kami out from here kami ambik few more photo
Sebelum tamat malam nie ada few more photo sebelum kami berlabuh Zzzzzzz.
13 December, 2014.
Kami bangun agak awal sebab nak breakfast dan meneruskan perjalanan untuk mencari mural and nak tengok Ipoh Lama.
Yeay bila perut dah kenyang ini la masa nak jalan-jalan pekan Ipoh Lama. Expedisi mencari bermula and yeay kami jumpa la mural tu tapi ada satu mural kami tak jumpa. Ok la tu.
Honestly cheq fall in love with Ipoh, not because of the coffee la tapi sebab pernah dulu satu ketika cheq duduk kat Ipoh and lepas tu pindah ke Teluk Intan. Tetapi Ipoh tetap dekat di hati sebab bila cuti sekolah aje cheq akan balik umah opah angkat cheq tapi dah cheq anggap dia macam opah cheq betui.
Somehow lama gak cheq tak balik sini sebab bila arwah pegi cheq boleh dikata kan merajuk untuk balik ke Ipoh, there is so much memory between me and her so agak reluctant untuk jejak balik ke Ipoh.
Gambar last nie memang epic drama December kami, hahahaha tq to our art director Li May. Gambar kalau tak ada drama tak kick la.
Masa kami menyusuri kedai-kedai yang berderet kat pekan lama nie kami terjumpa satu kedai printing dan pada masa yang sama uncle nie sedang menjalankan aktiviti printing and kami nie pun macam wartawan tak bertauliah temuduga uncle tu tanya uncle how old are this machine, dia jawab 100 years machine. Errrr and yes masih berfungsi dengan baik sebab uncle still using this machine untuk kerja-kerja printing invoices beliau.
Well ini antara activity kami di Ipoh. Now kami nak balik untk merehatkan badan sebab malam nie kami ada wedding dinner.
And wedding dinner malam nie adalah oriental chinese wedding theme. Congrats to Si Howe and Joanne on their wedding.