Followers

Wednesday, December 10, 2014

Backpacker vs Beg Tarik

Kali nie cheq terpanggil untuk menulis/membebel pasal tajuk nie.  Terpanggil untuk membebel/menulis nie kerana kes nie dah banyak kali up kat few groups backpacker.  

Persoalan sekarang kenapa kita perlu jadi kan iainya issue?  Cheq tak nampak pun kalau dah sesorang tu nak pegi holiday pakai beg tarik sebab dia tak minat nak sangkut beg siapa kita untuk judge? Mungkin orang tu bawak beg tarik tapi cara percutian depa cara backpack or sebalik nya.

My point here lantak la depa nak pegi bercuti cara macam mana pun kalau depa mampu depa pegi bercuti dengan cara depa siapa kita nak mempertikaikan?

Kalau dah sesorang itu backpacker pun tetapi duduk kat hotel 3 star kenapa kita nak pertikai kan kenapa tak duduk dorm?  Well my answer is kita bercuti ikut kemampuan masing-masing and ikut kehendak masing-masing.  Jadi di sini kenapa kita perlu pertikaikan pulak tempat tinggal mereka.

Apa penting sangat ke bila kita bercuti nie kita kena determine kita bercuti cara macam mana? Lantak la orang nak bawak beg tarik or beg sandang or beg plastik sekali pun. Apa yang korang nak bangga kan sangat cara travel korang?

Pengalaman sendiri bila kami bercuti bawak Mak, tak kan kita nak suruh Mak bawak backpack, memang tak la Mak dah 62 tahun.  So Mak akan bawak beg trolley and kami dengan backpack kami. Perjalanan kami penuh adventure kami jalan kaki, kami naik tuk-tuk.  So apa macam,  adventure tak mak cheq.  Ini kami laku kan masa kat India.  Walaupun kami ada driver, but biasa la driver kami sempurna sampai tak terkata.  Maka kami cari jalan sendiri, elok aje mak Cheq ikut kami beza nya dia bawak beq trolley and kami backpack. Keseronokan tetap cara kami and cara dia apa yang Mak kata pada kami janji "Mak dapat tengok Negara Orang".  Well said Mak.

For cheq is easy as long cheq sampai destinasi yang cheq nak tuju.  Lihat Negara orang, balik kumpul duit lagi jalan lagi.  Beg jenama apa troli atau backpack sila tolak tepi yang penting seseorang itu dapat menikmati pemberian dari Nya untuk melihat dunia ciptaan Dia.

Apa yang penting now my Karrimor dah sampai tapi tak akan di pakai ujung tahun nie still lagi gagah standing beside me my old North Face.