Followers

Monday, December 14, 2009

Holiday Mood




Yeay....yeay tak sabar rasanya eden nak pegi bercuti. 18-20 Singapore here I come and after that from 21-25 Bali, Indonesia. Tunggu laporan selanjutnya dari eden bila eden pulang ke M'sia.

Thursday, December 03, 2009

Our Cluster
















Xmas round the corner..........huhuhuhu tak sabarnya nak p holiday. Office kami kalau xmas aje memang meriah nok........meriahnya tak sama macam perayaan-perayaan lain. Well biasa la year end punya celebration, no more stress of work so kami semua tak payah nak tengok-tengok paper cuma kena kemas kini data saja. Sini kalau December 3rd week boleh kira dengan jari aje berapa orang aje yang mai office. Masa nie la kami boleh keluar lunch awal and balik lewat........bulan december macam off nie kami yang punya.

Saja nak kongsi our deco aka my cluster (ahaks eden bukan ada cluster......nie tumpang aje since she alone) plus with my cluster mate.















Saturday, November 21, 2009

Seam Reap, Cambodia

Trip nie consider trip dah basi sebab dah lama pada 28 June 09 - 1 st July 2009, now baru ada masa nak write about my experience over there. By the way my journey begin as usual la with Air Asia. This time my trip I went with my brother x gurlfriend (she already married btw)........

1st Day
Our journey take off smoothly at 7am (waktu Malaysia) and mendarat dengan selamatnya at 8.00 am (Cambodia time). Arrive at the airport dah rasa best sebab walaupun airport kecik tp cantik daripada Bandung. Sampai and nak lepas kastam semuanya cepat and tak ada masalah langsung. Keluar aje gate and ambik beg kami terus keluar and our tuk-tuk dah tunggu. Tuk-tuk guy nie dah di hantar oleh pihak guesthouse kami (tp this guy jugak yang bawak kami around Seam Reap sebab kebetulan dia ada connection with the guesthouse so tak payah ler kami tukar-tukar org). Our tuk-tuk guy for 4 days 3 nite is Mr Timothy dia boleh berbahasa Inggeris (not too good but we still can understand him so do him huhuhu) eden bagi 9 star for him. He charge us dalam USD 10-15 untuk 1 whole day kita cuma cakap nak pegi mana and he will bring us. So went straight to our guesthouse and settle all the bills for the 4 days 3 nite and got our key Room No 14. Check in at this guesthouse we get free massage about 20 minutes plus with welcome drink. Review about this room and guesthouse - superb for backpackers like us. After all done we went out for our brunch at Muslim Family Restaurant. From the restaurant we went straight to Tasik Tonle Sap. Hurmmm tasik nie mengajar kita erti kehidupan sebenarnya and it make me realise betapa untungnya kita hidup di Bumi M'sia. Tasik buatan manusia yang terbesar umpama mcm kita berada di tengah lautan yang kita tak nampak mana persisir nya. Aktviti sini tangkap ikan and jual la some ole-ole. Bayangkan surau terapung, gereja terapung, umah terapung and sekolah terapung. Satu kenangan yang tak dapat di ungkapkan jika kita tahu sejarah tasik ini. Setelah selesai di Tonle Sap kami teruskan perjalanan kami kembali ke kawasan town untuk ke Culture Village. Menarik and worth for masuk sini at least kita boleh mempelajari/melihat cara kehidupan, tarian, perkahwinan dll. Kami habiskan masa yang lama kart kawasan ini sebabnya besar and penuh dengan aktiviti cuma yang tak best separuh daripada perjalanan kami kart dalam nie kami terpaksa bergerak dalam hujan tanpa payung mahupun baju hujan. Pengalaman yang kurang menarik kami terpaksa berebut tempat duduk sebab masa kami kart sana ramai local tourist kart dalam. Hurmm lagi tak bestnya depa nie mcm pengotor sikit jenis ludah merata2 tapi benda macam nie biasa berlaku especially country yg miskin mcm nie (kurang sikit bab2 sivik nie). Arghhh lagi satu yang eden tak tahan bila depa nie makan mee maggi depa sebab baunya Ya Rabbi busuk giler udah ler eden bawak ibu mengandung dengan eden kesian eden nengok kawan eden tu sebab terpaksa menahan bau yang betui2 busuk. Hurmm selesai aje kart Culture Village kami balik ke tempat sama for our dinner and we went to bed very early at 10.30pm (waktu M'sia) and waktu sana at 9.30pm. End of our 1 st day.
2nd Day
Our journey start at 8am (local time), we went to Indian Vegetarian Food for our breakfast and we tapau some food for our lunch as well. Now we heading to Angkor and we take pass for 1 day first. Pagi nie cuaca masih ok lagi and kami amat berharap hari nie tak akan hujan. Honestly sebab eden minat with architecture and I really enjoy my trip this time. And on top of that I had a very good partner as well. Satu tempat yang menarik dan eden tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata bertapa cantiknya art yang mereka tonjolkan. Kami cuba sedaya upaya untuk menaiki setiap temple yang di benarkan kami untuk naik ke atas dan melihat betapa cantiknya pemandangan dari atas dan melihat sendiri dan berfikir macam mana mereka zaman dahulu yang menggunakan pahat and tukul untuk mengukir batu2 block. Its really amazing and now eden tau kenapa bnyk Mat Sallih minat and menghabiskan masa yang lama di kawasan Angkor. Kawasan Angkor nie memang besar giler and seriously memang penat nak berjalan. Sepanjang dalam kawasan Angkor kejap redup and kejap lagi panas terik. Masa kami tiba kart kawasan Angkor Watt (the last temple) hari dah gelap tapi semangat kuat so kami teruskan kart perjalanan kami dan kami berjaya cover the last temple nie. Nothing much but sesapa yang minat acrhitecture sure akan jatuh hati kart sini. Misi seterusnya nak ambik sunset tapi memang nasib tak sebelah kami walaupun tak hujan tapi memang mendung maka sun pun malu nak tunjuk muka huhuhuhu. So kami ambik keputusan heading back to town for our dinner at Maharaja and shopping time. We shop kart Noon Nite Market. Penat giler hari nie udah ler whole day kart luar and after that mengedik nak shopping pulak.
3rd Day.
Bangun agak lewat kerna semalam kami sungguh kepenatan. Hujan di sebelah paginya lagi ler menyebabkan kami malas nak bangun. Lagi pun kami dah janji with Timothy supaya datang lambat sebab kami nak tdo. Timothy smp dalam kul 11.45 and we heading to Maharaja for our brunch. We went to central market for additional shopping. Huhuhu kart sini eden berjaya membeli beg 65+15 liter jenama North Face only for RM70 maybe sebab eden beli dua maka eden dapat this price. Apa pun kart sana kita nak kena pandai bargain. Selesai aje area nie kami balik ke guesthouse untuk menikmati free massage selama 20 minit. Aktiviti hari nie free and easy aje cuma malam nie kami nak tengok aspara dance. Its free admission cuma kita kena beli drinks duduk and enjoy the show. Tempat menari nie depa call the Temple (actually same owner with our guesthouse). End our day here with Aspara dance.
4th Day
Time to say bye-bye and insyallah panjang umur and murah rezeki eden akan kembali. Flight kami at 0835am (local time). Alhamdullilah semuanya selamat dan berjalan dengan lancar sampai ler kami tiba di bumi M'sia.


Note :
  • Currency - All in USD
  • Accomodation : Golden Temple Villa - recommended by Lonely Planet. www.goldentemplevilla.com
  • Tonle Sap : USD10 per person
  • Cambodian Culture Village : USD 11. www.cambodianculturalvillage.com
  • Aspara Dance : At the Temple - locationa at Pub Road. Tips better went there early for better seats.
  • Shopping - My suggestion Noon Nite Market is the best but we need to bargain if possible we slash until 70% and we will get a very good deal. Personal opinion Central Market is very outdated things and yet so damm expensive.
  • Halal Food : Muslim Family Restaurant - Ustad Hj Musa. Email : musasoleh@yahoo.com. (855) 12 946 220. Near An-Nikmah Mosque. And another halal food is restaurant Maharaja, lokasi near the pub street (been recommended by ustad Hj Musa).
  • Highly recommended is our Tuk Tuk guy : Mr Timothy - timothy_mate@yahoo.com











Monday, July 27, 2009

Puan Fadzilah Darus

Selamat Pengantin Baru

Along & Abg Jas

Semoga Berbahagia dan Kekal Selamanya.




Friday, June 26, 2009

End of Journey


May you rest in peace MJ.



Not much I can says but I grew up with his songs.

Tuesday, June 02, 2009

Journey to Krabi










15th May 09 and 16th May

Perjalanan kami bermula dari KL Sentral. Train akan berlepas tepat pada pukul 8 malam. Kali nie eden dapat tempat tido bunker sebelah atas memandangkan bunker bawah sold out. Nie adalah gara-gara membuat kerja di saat-saat akhir (last minute job). Cuti kali nie memang tak ada proper rancangan langsung. Nie memang betul percutian redah namanya. Nothing that I learn abt the place even not any hotel has been booked, this time memang gamble habis.

Tepat 8 malam pengumuman mengatakan train telah tiba dah kami di minta untuk turun ke terminal. Hurmm badan eden udah ler besar yang payahnya teman nak memanjat bunker atas tu tapi akan daya udah yang itu aje yang ada. Perjalanan malam tak begitu membosankan sebabnya kejap lagi udah boleh tido ler. Memang betui dalam kul 10 malam eden udah terlelap tak sedor diri macam seronok sangat tdo dalam train. Eden terjaga masa kart Butterworth sebabnya train berhenti lama sangat and keadaan panas giler. Rupa-rupanya train kami mengalami masalah teknikal la pulak kononnya ada wiring problem padan ler panas bebenor. Almost 1 hour jugak ler berhenti kart sana and masalah settle dah ada aircond balik. Perjalanan di teruskan lagi and this time happen again (not sure kart belah mana sebabnya eden udah tido mati). Problem solve and we reach Arau almost 10am and sepatutnya kami tiba di Arau pada pukul 8am. From Arau ambik teksi untuk ker Border cost us RM40.00. Sampai border bagi passport with RM1.00 and they will help us to fill up the form and we only signed and went to checking section, done and I’m in Thailand. Here in Sadao we stayed at River Grand Palace RM65.00 for a nite before we start our journey to Hat Yai. 1 day in Sadao nothing much we can do here except for a good massage which I did tried for RM80.00 for 3 hours. 1 hour for legs and 2 more hours for whole body and I can says they did a good job.

17th May 09

We wake up early to get ready for the next journey to Hat Yai. We having a simple breakfast at Sadao and than straight went to the van terminal in-front of 7 eleven. Journey from Sadao to Hat Yai 45 minutes and RM6.00 per person. We need to informed the driver that we want to get down at Hat Yai bus station. Kami selamat tiba kart bus station Hat Yai (kart sini kena berhati-hati dengan ulat-ulat bus). Kart sini kita kena jadi keras and garang sikit kalau tak depa kart sini memang akan ambik kesempatan terhadap tourist. Jangan sekali sekala kita percaya kart ulat-ulat yang ada kart area bus station nie. Yang penting kita kalau tak tau kita kena tanya dengan orang kalau boleh macam eden hari tu tanya terus pada polis yang memang sentiasa ada bertugas kart sana. Depa akan tunjukkan kart kita kart mana terminal untuk membeli tiket. Eden beli tiket pada 10.30 pagi untuk ke Krabi dengan bayaran RM28.10 and this journey akan ambik masa 4 jam. Sepanjang 4 jam make sure ada makanan and minuman and MP4, kalau tak sure it will be damm boring since sepanjang perjalanan kita hanya akan di saji kan dengan pemandangan pokok-pokok getah dan dengan lagu-lagu Thailand. 4 jam perjalanan nie cuma akan berhenti sekali saja untuk makan. Biasa la kita tak boleh nak join sekali sebab non halal food la. Toilet eden boleh kata kan bravo sebab bersih bangat. Kami selamat sampai at Krabi bus station and we have to wait there for 15 minutes before the tuk-tuk make a move to Aonang (tuk-tuk station cuma berhadapan bus station). Naik tuk-tuk to Aonang seorang RM6.00 and journey from Krabi bus station to Aonang 30 minutes. Sampai aje kart Aonang kami check in kart Duang Jai Resort for RM120.00. Eden suka bangat at this resort cantik walaupun resort nie terletak jauh dari happening place tapi memang cantik giler deco of this resort. Jatuh hati kart taman belakang of our room and bilik air. Bukan apa bilik air nie menghadap pada taman mini nie for me la seksi giler bilik air nie. You either boleh tutup curtain and mandi or buka curtain and mandi sambil melihat panorama taman mini, ahaks. Depan bilik pulak kami di sajikan dengan pemandangan swimming pool. We are dam tired after 4 ½ journey. We took a quick shower and out for a dinner. What we discover is we staying very far from the happening place. So malam nie kami berjaya mencari makanan halal – berhadapan dengan hotel Aonang Beach Hotel. Hurmm sedap la tomyam kung kakak nie walaupun tengok pada keadaan gerai yang sempit and cuma ada 2 table makan saja. Hurmm lepas makan kami jalan-jalan and tengok barangan yang di jual plus tengok package untuk island hopping. We decide to walk back to our hotel sebab badan rasa penat giler and actually that nite kami tido begitu awal.

18th May 09

9am we already wake up and kemas barang untuk berpindah ke hotel lain yang dekat dengan shop and happening places. This time kami pilih Le Venice Hotel RM110.00 pernite and we decided to stayed here for 2 nites. Hari nie kami tak ada official aktiviti lagi. After check in kami terus aje berjalan untuk menyewa motor for RM15.00 untuk satu hari. Depa cuma request passport saja, rules if accident kita kena tanggung sepenuhnya untuk membaiki and if hilang lak kita kena bayar harga satu motor baru, ahaks scary rite tp alhamdullilah everything ok aje. Dapat aje motor kami merempit separuh Krabi. Ntah mana-mana ceruk kami masuk and ending up kami pi Krabi town makan aiskrim and cik abg eden nak beli seluar for snorkel esok. Kart Malaysia mcm tak boleh nak beli nak mai Krabi gak baru nak beli. After dah beli apa yang patut kami pi makan ais krim at swensson. Hurmm sedap giler makan aiskrim al maklum ler luar panas terik. After all that we ronda-ronda pekan Krabi than make a move back to Aonang. Sampai Aonang terus aje booked our island hopping RM40.00 per person with long tail boat. This trip we took with Green Planet Tour +66 075 637 488 this trip including hotel transfer, life jacket, mask for snorkel, lunch, drinking water and fruits. They will cover Tup Island, Poda Island, Chicken Island and Pranang Cave. Hari pun dah merangkak senja and kami balik hotel mandi and rehat kan badan sat before keluar ronda-ronda cari makan. Aktiviti malam kart Aonang nothing much actually, no life band at all pun. After makan and ronda-ronda with our motor and we decided untuk pulangkan balik motor yang kami sewa (nie gara-gara esok pi island hopping and takut gak if anything happen to the bike) and kami jalan kaki pulang ke hotel and tdo memandangkan esok kami ada Island Hopping and we must get ready before 8.30am.


19th May 09

Kul 7 am kami dah bangun coz excited nak pi island hopping. Kami turun bawah and pi breakfast kart area dekat dengan Krabi Resort (we have to walk jauh utk ke sini for a halal food). After b/fast we have to walk back to our hotel and wait for our transport for the Island Hopping. Our transport came around 8.45am and it actually very near aje dengan tempat semua boat nak berlepas for island hopping. Untuk trip nie kami akan naik long tail boat, and took us around 30 minutes untuk sampai ker 1 destination. 1st island yang kami singgah dulu ialah Tup Island and kart sini tak sesuai untuk snorkel hanya sesuai untuk mandi and mengambil gambar and we stop here around 1 hour before we went to Chicken Island. Chicken Island mula-mula tu eden terkejut gak apsal la nama macam tu tapi rupanya sebab island nie memang ada bentuk kepala ayam tu la alkisahnya. Here in chicken island hanya sessi bergambar and snokel. Kart sini eden tak turun for snorkel sebabnya according to my partner nothing much to see and I’m decided untuk lepak dalam boat while enjoying the sun he he he (sunbathing kononnya). Kart chicken island kami hanya stop for 30 minutes saja. Jam dah menunjukkan angka 12 tengahari and we stop at 1 island (not sure the name) for our lunch. Kart sini eden makan makanan yang kami sendiri beli pada pagi tadi bukan apa was-was and not sure whether makan makanan yang depa masak nie halal or not. Kami berhenti kart sini 1 hour and after makan actually eden banyak mengambil gambar at this area. Lepas semua selesai at this island kami bertolak ke Poda Island kart sini yang bestnya kami berenang bersama-sama ikan. Poda island nie gak terkenal dengan nama pulau James Bond sebabnya cerita James Bond ada shoot kart sini. Poda island ikan main-main kart gigi pantai aje tak payah susah-susah nak cari depa, depa mai kart kita. From Poda we went to Pranang Cave kart sini menarik nya ada macam tempat berhala “man things” (tengok gambar eden it will explain everything), hurmm not sure why the thing is there sebabnya tak ada pulak signboard yang menceritakan sejarah why benda tu kart situ. Kart sini kami berhenti around 45 minutes aje. Sini nothing much and pantai pun tak la menarik from yang lain-lain. Cuma glamour kart sini ada pernah shooting filem and ada nice resort. Well time untuk tinggalkan this island untuk balik ke mainland. Kami sampai mailand around 4pm, letih bangat but yet we having so much fun. Hari nie kami makan pun awal and balik bilik awal sebab memang letih sangat.

20th May 09

Pagi nie still gak kami bangun awal tapi beza hari nie no activity langsung since semalam kami memang dah penat. Sepatutnya kami ke Phi Phi Island but last minute we change our plan. Pagi nie kami kemas barang-barang sebabnya decided untuk change bilik hotel lain. Kali nie kami decided untuk duduk kart Verandah. Hurmm bilik ok selesa and harga hanya RM90 pernite. Which is murah and tak jauh from Le Venice yang penting still at tempat happening and still jugak tepi jalan. After done all the check in we again sewa motor and apa lagi start merempit di Krabi. Today ending up kami jumpa dengan gajah-gajah rupanya tempat nie kalau kita nak trekking with gajah. Tapi kami tak nak cuba sebabnya RM60, 1 jam perperson. Sound a little bit expensive and again depa bawak round-round area kawasan ladang getah saja. So untuk satisfaction kami bayar RM5.00 untuk beli 1 basket buah pisang muda untuk kita feed salah satu from the elephant. He he he seronok gak and dalam seronok sebenarnya takut. After this place kami pi jalan-jalan jauh lagi and we ending up kart satu lagi pantai yang lagi cantik from Aonang punya pantai sini pasir putih. Tapi kami agak heran kart sini no tourist at all cuma ada 1 couple aje tengah sunbathing. Pantai cantik tp tak ada tourist heran tapi itu la hakikatnya. Masa sebelum kami habiskan masa kart sini sebenarnya kami ada melalui satu jalan mati ending jalan ada tentera jaga kami pun berhenti and tanya la kenapa rupanya kami tak boleh nak teruskan perjalanan kami lagi sebabnya atas sana tu ada Princess Castle, ahaks nak tergelak pun ada tapi tu la jalan tak tengok map and main redah aje. Nasib baik ler tentera tu baik and kami ada jumpa 1 minah saleh from Denmark dia dah mai Krabi 1 minggu and she will be coming Malaysia soon so banyak la soalan dia yang eden kena jawab. Bagus minah nie she alone and she planning tour round the world and she hope will be back to Denmark next year Jan 2010 waduh bila eden dengar aje macam tu hurmm macam mana dik oi ko simpan duit untuk ronda dunia nie sayangku jeles makcik. After lepak and melihat keindahan pantai yang tak berpenghuni kami terus kan aktiviti merempit and we discover a lot of 5 star hotel this area and hotel sini semua macam kurang berpenghuni. And eden wondering la kan mcm mana la turn over every year hotel-hotel kart sini. Tapi eden memang standard hotel sini berbeza dengan kawasan Aonang beza macam Damansara Heights and Bandar Utama ( nie perumpaannya la antara Aonang and here and not really sure the beach name). Bayangkan la kami merempit area nie at 3 pm persisiran pantai, panas tak ingat la. Panas and yet we have fun. After penat merempit at 6pm kami balik ke hotel untuk mandi manda and nak keluar makan around 7.45pm. He he he kart sini perut sentiasa lapar tu yang kami makan await u. Kali nie kami start motor and mencari makanan halal kami and landmark kali nie selepas masjid tak siap……………selepas aje area nie memang mudah nak cari makanan halal cuma kurengnya mereka can’t speak English so semua main tunjuk aje and time bayar tunjuk calculator, he he he nitemare but again we manage. After makan eden decided nak pi mengedik membuat manicure ahak RM15.00 aje and aduiiii murah bangat sehhh. After that kami pi ke tour agent lain untuk membuat pembayaran untuk ke Phi Phi island esok. Biasa untuk ke Phi Phi depa akan charge RM100 per person tapi ntah macam mana depa kasi RM90 per person and we take it aje la. Actually eden rasa boleh dapat cheap lagi tapi malas nak bargain ambik aje la. Selesai urusan pembayaran balik ke hotel zzzzzzz ler.

21st May 09


Wake up early and we having breakfast in the hotel toast and tea saja and pick up kami dating at 8.45am and nasib kami agak baik sebabnya keadaan cuaca bagus selepas hujan pada subuh tadi. Boat kami berlepas from Aonang at 9.30am and our journey nak ke Phi Phi around 45 minutes and this time by speed boat. Keadaan cuaca ok cuma kedaan laut today a bit rough I can says. Hurmmm kali nie agak mencabar sebab dengan angin sekali and gelora sikit maka boat kami agak melayang layang sikit. Eden mula la pening kepala sikit sebab dah terlebih terentak tapi nak buat macam mana tak akan nak menjerit turun kan aku kart sini …………… ahaks bukan jalan darat dek non oi dah tengah laut, senyap aje la tak kata apa sambil menenangkan fikiran sendiri. Tapi semua nya terubat bila kami sampai at 1st destination Viking Cave, wow teruja dengan air laut yang biru cantik bangat boleh nampak dasar laut (ckp pun tak guna sila la tengok my pic). From Viking Cave kami di bawa ke Phi Leh Lagoon, wow cantik giler air laut usah cakap ler kart sini berhenti for 30 minit for snorkel kart sini pun eden tak turun sebab bz giler ambik gambar. Gambar lagi penting dari turun untuk snorkel lagipun my partner kata nothing much to see lagi ler malas nak turun baik dok atas sambil ambik gambar. Than from here kami terus ke Tonsai Bay, makan time and kali nie eden makan la kart sini sebab awal-awal lagi masa booked tiket orang tu dah kata you can eat its muslim food, he he he. Kepala makin pening and terpaksa la beli panadol untuk tahan sakit kepala. Nasib baik ler ubat nie sungguh mujarab. Kami rehat kart Tonsai Bay about an hour before kami ke next destination. Next destination kami ke Hin Klarng kat sini memang langsung tak ada gambar coz eden sibuk turun sama for snorkel. Sini kalau tak turun memang rugi coz ikan memang cantik-cantik and snorkel kart sini kita snorkel dengan ikan-ikan. Macam-macam color and jenis ikan yang eden tak tau namanya tapi all colorful la and 30 minute tu tak cukup rasanya and conclusion yang eden boleh buat ialah this is the best spot for snorkel so far yang pernah eden alami. Last spot for today kami berhenti at Bamboo Island, kart sini kami berhenti lama sebabnya keadaan laut bergelora, hujan pulak tu. Kart sini kami tak turun ke laut pun malas la sebab nak mandi air laut dengan hujan. Here kami cuma ambik few pic sementara tunggu nak balik ke mainland. Selepas hujan berhenti perjalanan di teruskan ke mainland and kami selamat sampai mainland around 4.45pm. Naik transport kami and naik ke bilik untuk mandi and kami nak kena hantar semua baju kami ke laundry sebab esok nya kami dah nak balik. Dobi kami siap at 8pm and kerana penat sangat eden tak turun pun untuk pi ambik baju from dobi. Eden penat sangat and malam nie eden tak turun makan pun badan rasa penat coz journey tadi kepala pusing. Maka malam nie eden terus ZZZzzzzzzz tanpa makan malam.

22nd May 09


Bangun awal pagi tengok cuaca kart luar hujan aduhai malasnya nak balik. Tapi apa kan daya kena jugak balik ke KL untuk mengumpul duit bagi pengembaraan yang akan dating…….he he he. Maka apalagi operasi mengemas beg and siap-siap untuk turun sarapan and again toast and tea only. Lepas selesai makan kami pi la memulangkan motor yang kami sewa selama 2 hari. Selepas pemulangan motor kami jalan balik ke hotel untuk mengambil beg and check out time and bye-bye Aonang. Kebetulan masa keluar hotel tuk-tuk nak ke Krabi ada, apa lagi naik ler and kebetulan orang yang sama masa mula-mula kami tiba kart Krabi hari tu. Selamat sampai dengan bayaran yang sama and we manage to get a bus to Hat Yai. Hurmm sampai Hat Yai cuaca gelap and kami singgah makan kart depan stesen bus Hat Yai ada satu kedai orang Malaysia, Selangor meniaga apalagi isi perut ler sebelum next journey. Selesai makan kami naik tuk-tuk ke stesen keretapi Hat Yai tapi kami terlambat sebabnya keretapi dah berlepas. So apa yang kami buat kami ambik van terus ke Sadao again and we sleep at the same hotel for another nite there. Makan malam at Sadao still at the same place and balik hotel and we ZZzzzzz.

23rd May 09


We wake up early and we went for breakfast after that rest and jalan-jalan area town Sadao untuk membeli few things. Balik bilik kemas barang, mandi and check out. Jalan kaki aje ker Border and again kena letak RM1.00 dalam passport and settle keluar la from Thailand and now eden kart Malaysia. Sampai aje area Malaysia terus called train station sebab nak check whether ada ticket atau tak. Call Arau station but they can’t help me sebab counter closed for rest and will open back at 3pm. Sudahnya eden called Butterworth station and ask them check for me and nasib baik still ada lagi and what we did is kami ambik cab terus hit ke Arau and we manage to get the ticket and kali nie kami dapat tempat tido bunker bawah. Bunker bawah actually more selesa and a bit more expensive dari yang atas. Lega and now kami terpaksa la melepak from 3.00pm until 5.00pm nak nunggu train. Yehaaa time untuk balik ke KL. Apalagi tepat jam 10.00 malam eden boleh ZZZZzzzzz nyenyak and sedar-sedar 4.30am and just pass by Rawang station. I’m back in KL.





Friday, May 15, 2009

Un-Planned Holiday


I'm off for a week to a new destination, hurmm off course Asia country. I will be back and update this blog with my new pictures and stories.

Thursday, May 14, 2009

Taman rama-rama, KL

2nd time outing bersama group gelanggang photo. Kali nie destinasi ke taman rama-rama. Entrance fee RM8 saja tapi kami tak di benarkan menggunakan tripod disini. Rama-rama pada waktu pagi sungguh aktif and memang agak sukar bagi eden untuk capture the beauty of this creature. Cuaca agak panas sekarang nie tapi walau mcm mana pun still gak ler lepak and tunggu the best moment.




Friday, May 08, 2009

Kenangan Terindah
















Gara-gara mengemas drawer maka terjumpa la dengan semua cd gambar yang eden simpan sekian lama. Hurmm lega giler sebab masih lagi boleh di view. Secara tiba-tiba ternampak ler satu cd yg di tulis "Yus Wedding", ahaaa apalagi bukak ler and rasa benda nie mcm baru aje berlaku tp dalam diam tak diam it already plus minus 4 years ago. Sekejap betul masa berlalu. Masa nak siapkan semua persiapan nie kelakar sebab yang kendali kan semua hantaran kalau bukan kami sapa lagi............Along tolak tepi sebab tangan mcm jantan tak reti nak ikat mengikat langsung. Yus hang jgn marah nooo sbb eden publish lan gambar hang Johan nooo. But for me it really a great day and a great moment that i will never forget.


Along hang jgn marahhhh nooo.............hang mmg ler tak pandai bab2 ikat mengikat tu tp hang terror dok jaga duit org uluq.

Tuesday, April 21, 2009

Permulaan Langkah






Permulaan langkah bagi mendirikan rumah tangga. He he he gatai aje bunyi topic eden nie kan. Tapi ini la sesungguhnya yang akan berlaku tak lama lagi. Hurmm sapa kah gerangan yang ingin menamatkan zaman bujang tu yek?????? Per sure its not me la tapi someone yang rapat and dekat la dengan eden and Yus.............cuba teka sikit!!!!.
Alhamdulliah step pertama beliau dah pun lepas, iaitu kursus and next step will be mengisi borang and siap kan semua official documentation. Insyallah kalau semuanya berjalan dengan lancar, sekali lagi la kompang akan berbunyi kart Malaysia. Insyallah masa terdekat dalam tahun 2009. Seperti yang di rancang akan ada kan upacara Akad Nikah dahulu manakala kenduri sebelum bulan puasa tahun nie.
To all my friends yang singgah ke blog eden nie nanti kan pula step seterusnya. Eden akan sentiasa update kan perkembangan story nie.









Tuesday, March 31, 2009

Fraser Hills

Memang dah lama sangat eden tak ke sini, I think more than 6-7 years. Sabtu lepas tak ada rancangan nak kemana so Not and Noi cadangkan ke sini. Kami left KL around 12pm and arrived kart Fraser around 3pm. Bukannya apa sebab banyak berhenti untuk ambik gambar. Eden tak sangka lak dah ada jalan baru ingatkan masih jalan lama. Apa pun Fraser Hills macam dulu gak nothing new. Masih terjaga flora and fauna nya. Masih sejuk lagi atas sana sebab tak banyak development yang di lakukan. Kalau rasa nak lari dari hiruk pikuk KL eden suggest kan jom ler kita ke Fraser Hills.




Talentine

Petikan dari Berita Harian
Jaclyn Victor menampilkan lakonan mantap dalam filem Talentime Filem: TalentimePengarah: Yasmin AhmadPelakon: Azean Irdawaty, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Mohd Syafie Naswip, Mahesh Jugal Kishor, Pamela Chong, Sukania Venu Gopal dan Susan ChongGenre: Drama & RomantikTarikh tayangan: 26 Mac 2009 JIKA anda penggemar karya pengarah Yasmin Ahmad, mungkin filem Talentime patut ditonton dan hayatilah sendiri di sebalik apa yang mungkin boleh dilabelkan sebagai cap dagangnya selama ini.


Hasil manifestasi pengarah ini penuh dengan aspek kemanusiaan seperti cinta yang paling asas perlu ada dalam setiap manusia. Malahan paksi majmuk seperti filem terdahulunya masih dikekalkan. Ingat lagi anda pada cinta gadis Melayu dan lelaki Cina menerusi filem Sepet. Buah tangan terbarunya ini sudah ditayangkan sejak Khamis lalu. Ia mengetengahkan cinta versi lelaki India bernama Mahesh lakonan sulung Mahesh Jugal Kishor dan Melur (Pamela Chong, adik kepada Vince AF1), gadis Melayu berdarah campuran Inggeris. Percubaan sulung Mahesh di layar perak sebagai lelaki bisu mungkin dilihat agak senang kerana tidak perlu berdialog atau menghafal skrip. Namun, lakonannya masih boleh dianggap membanggakan kerana biarpun tanpa sebarang pengucapan dialog, mainan emosi tetap perlu dijaga kesinambungannya.

Lakonan Pamela pula dianggap biasa saja. Dia kadang-kadang dilihat sebagai gadis yang memberontak tidak tentu fasal. Namun begitu, ia masih dianggap permulaan yang baik kepada Pamela. Paling mengesankan ialah lakonan sulung juara Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor yang nampaknya patut diberi perhatian. Nampaknya ada sisi lain yang sudah mula diserlahkan penyanyi bersuara lantang ini. Memegang watak Bhavani, bakat lakonannya berjaya dibentuk dengan baik oleh Yasmin. Dalam filem ini, Jaclyn memikul tanggungjawab sebagai kakak yang sangat menyayangi adiknya iaitu Mahesh. Disebabkan keadaan adiknya, Bhavani cuba mengelak soal perkahwinan seperti mana yang dikehendaki oleh ibunya. Lakonannya memang nampak bersahaja. Bahkan pertuturannya dalam bahasa Tamil atau bercakap bahasa Melayu dengan pelat Tamil, membuatkan kita terlupa seketika bahawa itu adalah Jaclyn. Seperti kebiasaan Yasmin masih mengekalkan pelakon yang selalu muncul dalam setiap naskhah skripnya contoh seperti Adibah Noor, Harith Iskander, Ida Nerina termasuk Mohd Syafie Naswip yang dipuji lakonannya oleh Azean Irdawaty.

Rentak jalan cerita yang indah ini dicacatkan sedikit dengan babak Melur tidur sebantal dengan Mahesh di ruang tamu. Ia sebenarnya sangat kontras dan tiada ada apa alasan kukuh mengapa ia perlu diadakan. Ini kerana emak Melur digambarkan sebagai seorang ibu yang alim dengan pegangan Islam, manakala Mahesh pula adalah seorang lelaki yang tidak ada masalah untuk pulang ke rumahnya. Entah kenapa Yasmin perlu menyelitkan babak tidak perlu ini, apatah lagi secara realitinya adegan itu tidak molek untuk dipaparkan. Aspek lain yang cukup menarik perhatian ialah lagu latar yang menghiasi filem ini terutamanya lagu Ore Piya dendangan penyanyi Bollywood, Rahat Fateh Ali Khan. Sekali pandang, filem ini saling tak tumpah seperti filem Bollywood yang sinonim dengan adegan air mata dan meruntun jiwa. Ada adegan yang mungkin membuatkan air mata anda akan jatuh tertumpah. Meneliti bait-bait lirik ini yang diterjemahkan dalam sari kata bahasa Melayu, ia cukup melankolik dan indah susunan bahasanya. Tidak dilupakan hasil komposisi penyanyi dan pencipta lagu, Pete Teo. Hasil ciptaannya dipersembahkan cukup baik oleh kedua penyanyi tanah air kita, Aizat dan Atilia.

**** Yasmin memang fav director eden tak pernah lagi kalau movie dia keluar kart panggung yang eden tak pergi tonton plus eden akan beli dvd cerita beliau untuk di jadi kan koleksi. Movie nie babak-babak awal memang banyak sangat eden ketawa kerana ianya begitu genuine di mana ianya benar2 berlaku dalam masyarakat kita yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Tapi toward to ending cerita nie memang touching until eden boleh melelehkan gak ler airmata kart dalam panggung. Sekali lagi Yasmin berjaya memberikan sentuhan pada filem beliau. Cerita nie harus la di tonton oleh semua lapisan masyarakat dan cuba la jiwai apa yang beliau cuba sampaikan tak lupa gak bertapa indah nya kita hidup dalam masyarakat berbilang bangsa.

Friday, March 27, 2009

Back to Nature Air Terjun Chamang





































Turun from Bukit Tinggi kami heading to Bentong masa nie dah around 3.30pm. Tanya gak dengan Not kart Bentong kita nak cari apa? Dia kata dia pun tak sure tapi jom aje la kita jalan. So ok ikut aje dia, kami berhenti makan sat at Bentong and after that Not nie kan ramah so sibuk la tanya dengan abang kat kedai makan tu apa yang boleh kita discover kart Bentong nie so abang tu bagi tau la kart sini paling dekat boleh la pi Air Terjung Chamang which is 8km from Bentong. Jalan nak masuk kawasan nie agak sempit tapi jalan tar. Eden didn't really expect that this place is damm cantik bangat. Tempat nie maybe tak ramai yang tahu so masih lagi terjaga. Toilet still clean, ada penjaja and kawasan nie boleh eden katakan still lagi bersih. Tapi sayang eden tak boleh nak capture banyak sangat photo sebab hari nak hujan. Cuma few photo aje eden dapat capture. Insyallah next time boleh berkelah kart sini.

Bukit Tinggi




Hari nie Ahad 22 March 09. Memang entah macam mana boleh terbangun awal lak la hari nie. Semalam dah ler eden letih kart Putrajaya tapi pagi nie lak eden boleh lak terbangun awal. Hurmm dah terbangun tu tak boleh nak kata apa la after saja mandi and buat sarapan. Lepak tengok tv sementara dok tengok tv phone lak bebunyi, ala sapa lagi kalau bukan Not. Tanya dah sarapan ke belum? Jawapan belum la sebab memang ia pun lepas buat saja sarapan eden tak makan lagi sebab dok depan tv dulu. So dia pun kata siap la kita gi sarapan and kita gi somewhere. Siap aje eden gi ambik dia kart Kepong and straight went for sarapan and we discuss we are heading to Bukit Tinggi. Bukit Tinggi nie my 2nd time with him tapi disebab kan tempat nie best sebab di kelilingi hutan kami pi gak la. Menariknya sepanjang ada kart sini kami tak sedar pun time fly begitu cepat. Kawasan jauh from KL, ditemani oleh bunyi ungas, cengkerik sungguh mendamaikan.





International Hot Balloon Fiesta - Putrajaya

2nd outing at Putrajaya within a month. This time Along menemankan eden. 1st International Hot Balloon Fiesta at Putrajaya. Crowd last Saturday jangan cakap la, punya la ramai manusia. Eden lak cuba cari spot terbaik untuk capture best photo. Agak sukar untuk mencari the best spot since dah terlalu ramai umat manusia mengelilingi kawasan berpagar nie. Tapi di sebabkan keinginan untuk mengambil gambar eden redah gak la walaupun hakikatnya rimas sebab ramai sangat orang dan bermacam bau, ragam......... Punya la lama betui eden menanti kat tepi pagar sementara depa dok sibuk nak isi belon dengan gas. Yang buat kan eden bertambah geram sebab ramai la pulak photographer yang di benarkan masuk kedalam kawasan tersebut tapi kami tak di benarkan sebabnya ya la kami nie photographer jalanan and no pass lak tu. Tapi di sebab kan perasaan ingin pi lebih dekat and ambik gambar lebih dekat ada jugak few of the photographer sebelahan eden panjat pagar and buat muka selamba masuk. So eden apa lagi ambik peluang yang ada ler tapi eden tak ler memanjat tapi membuka pagar tu. Masuk kart dalam ambik gambar tanpa ada perasaan bersalah langsung. Tapi keadaan tu tak lama sebab selepas aje kejadian kami masuk ke kawasan tu maka yang lain2 pun apalagi masuk gak until penganjur tak boleh nak cakap apa pun. He he he gembira tak terhingga rasanya.


Friday, February 20, 2009

Ipod Nano




Tak pernah terlintas untuk membeli pun Ipod nie sebab rasanya tak ler perlu sangat since eden dah ada MP3 philips. Tapi bak kata pepatah kalau dah ada rezeki depan mata tak perlu ler kita tolak ya tak. Ahaks rasa gembira bangat sebab ada orang sanggup bagi present kart eden Ipod nie. Ucapan terima kasih ler kepada Not sebab nak bagi present nie sempena dengan birthday eden. Ipod Nano, 8GB, Color Orange. So lepas nie kena la eden belajar pulak pasal gadjet baru eden nie.

Feb 14, 2009








Aktiviti hari nie pagi gi service my car dah 1000km, 1st service. After that I had lunch with Not. After lunch rush back home sebab dah ada janji pi tengok wayang with my friends cerita Upin and Ipin. Cerita cartoon Malaysia. And guest what untuk kami dapat kan tiket nie bukan mudah sebab my friend kena pi beli sebelah pagi and beratur punya la panjang and cuma dapat tiket 4.45pm the rest sold out. Masa tu pun dah rasa amboi dahsyatnya cerita nie sebab cepat sangat sold out tiketnya.

My opinion for this movie eden rasa movie nie berjaya membuktikan Malaysia boleh and i'm proud of them sebab mereka berjaya membuktikan.
Enjoy the pic yg eden ambik at the Curve. And check out this website : http://gengmovie.blogspot.com/