2nd outing at Putrajaya within a month. This time Along menemankan eden. 1st International Hot Balloon Fiesta at Putrajaya. Crowd last Saturday jangan cakap la, punya la ramai manusia. Eden lak cuba cari spot terbaik untuk capture best photo. Agak sukar untuk mencari the best spot since dah terlalu ramai umat manusia mengelilingi kawasan berpagar nie. Tapi di sebabkan keinginan untuk mengambil gambar eden redah gak la walaupun hakikatnya rimas sebab ramai sangat orang dan bermacam bau, ragam......... Punya la lama betui eden menanti kat tepi pagar sementara depa dok sibuk nak isi belon dengan gas. Yang buat kan eden bertambah geram sebab ramai la pulak photographer yang di benarkan masuk kedalam kawasan tersebut tapi kami tak di benarkan sebabnya ya la kami nie photographer jalanan and no pass lak tu. Tapi di sebab kan perasaan ingin pi lebih dekat and ambik gambar lebih dekat ada jugak few of the photographer sebelahan eden panjat pagar and buat muka selamba masuk. So eden apa lagi ambik peluang yang ada ler tapi eden tak ler memanjat tapi membuka pagar tu. Masuk kart dalam ambik gambar tanpa ada perasaan bersalah langsung. Tapi keadaan tu tak lama sebab selepas aje kejadian kami masuk ke kawasan tu maka yang lain2 pun apalagi masuk gak until penganjur tak boleh nak cakap apa pun. He he he gembira tak terhingga rasanya.