3rd day.
Seperti biasa pagi nie kami bangun and 1st thing is mencari bilik lain sekali lagi. And kali nie kami ambik bilik di Paramount Hotel. Aha kali nie kami booked sehingga hari terakhir. Yang penting bilik kali nie much better dari bilik2 sebelum ini. Heater ok, aircond ok, tv ok and yang pentingnya ada lif nak naik keatas, hehehehe. Lokasi still kat area St Joseph's Cathedral. (sorry kali nie idak eden ambik gambor bilik but eden boleh assure biliknya mcm bilik 3 star hotel kat M'sia or better).
Selesai urusan pindah beg kami teruskan perjalanan ke Hoa Lo Prison. Prison nie idak la besar sangat but still menarik, kira nya salah satu benda wajib lawat ler.
Sejarah dalam nie sangat menarik kalau rajin baca tu baca ler kalau tak tengok ajer then teruskan perjalanan. After Hoa Lo Prison kami nak pergi mengisi perut, dah lapar nie maka destinasi kami ke Nisa Restaurant ler. Hari nie lepas makan tengahari kami ambik cab untuk ke Museum of Ethnology. Kenapa ke sini sebab dah buat research and eden rasa perlu untuk kesini and yes ternyata tindakan untuk ke sini sangat berbaloi.
Kawasan museum nie sangat luas and digalakkan datang pada waktu pagi and boleh habiskan masa kat sini almost 1 day gak. Kawasan luas and banyak benda yang kita boleh tengok and explore.
After museum kami meneruskan perjalanan kami keluar dari kawasan and mencari taxi untuk destinasi seterusnya hiks - Puppet Theatre.
Kalau ada yang bertanya worth ke nak pegi tengok show puppet nie and eden akan mengatakan YES. Owh sebelum eden terlupa tips nya bila sampai aje Hanoi make sure pegi beli tiket dulu sebabnya sentiasa full house takut pulak nanti dapat seat kebelakang sangat.
Selesai saja tengok persembahan puppet kami meneruskan perjalanan untuk makan malam, mana lagi kalau bukan Nisa. Selesai makan malam kami pulang ke hotel and malam tu kami tido awal kerana Nad dah rasa macam nak demam.
4th day
Aha seperti yang dijangka Nad demam panas yang agak teruk. But di gagah jugak bangun pagi tu untuk selesaikan tour kami di Hanoi. Tempat yang wajib bagi semua tourist untuk kesini.
Make sure ya kalau kesini anda tidak boleh bertenggung / duduk disini ya nnt kena marah dengan tentera depa. Nad walaupun demam terpaksa gak ikut eden, terpaksa ler dia bertahan walaupun hakikatnya dia tak larat (giler kejam lak eden rasa tapi yang pentingnya kena habiskan semua itinerary).
Selesai tour kami di sini kami pulang ke hotel untuk merehatkan diri since Nad dah tak larat ( masa masih panjang tapi tak per la janji selesai tour). Balik ke hotel Nad terus aje tido manakala eden pulak tak senang duduk sebab hati masih lagi nak jalan-jalan. Sepatutnya tengahari nie kami pegi shopping sebab dah ada janji dengan sorang insan vietnam yang sanggup bawak kami ke pasar mereka tapi apakan daya terpaksa kami batalkan niat kami kerana demam kan. Apa pun 1st holiday buat eden yang tak membeli tu pun nasib baik ler FM dah berbeli.
Malamnya kami kembali ke Nisa dengan menaiki teksi untuk pegi dan balik. Makan malam kami malam di bayar oleh 2 lelaki budiman (kalau tak salah eden dari Indon). Nie ler gara2 makan malam kami sentiasa bertembung. Alhamdullilah cuma tak sempat nak bertukar2 info but eden still tinggalkan note terima kasih kepada mereka melalui budak2 restaurant.
Conclusion percutian kali nie ok cuma nak kena make sure lain kali kalau time summer jangan ler ke Hanoi sebab panasnya memang tak tahan.
Masih banyak lagi tempat yang boleh di lawati di Vietnam insayallah satu hari nanti akan eden explore 2 more places yang must and worth going.
Till the next trip, arios.