21 December 2010.
Kami meneruskan perjalanan kami via bus selama 5 jam untuk sampai ke Phnom Penh dari Ho Chi Minh. Pengalaman menarik sebab dalam bus hanya kami ber3 ajer dari Malaysia lain2nya samada Mat Salleh or orang-orang vietnam or cambodia sendiri.
Kami sampai di Phnom Penh around 3pm. Kami terus ambik tuk-tuk ke Top Banana. Cost bilik kami USD15 per room. Tuk-tuk charge us USD3 dari bus station ke Top Banana. Selesai check in kami membersihkan diri and tido. Kami turun untuk dinner dan masa nie kami tengok ada banyak tuk-tuk menanti pelanggan kat kawasan ini. Apa pun tempat yang kami tinggal tu ada halal food nie rasa from India. Selesai makan (area nie kami akui makanan agak mahal dari Vietnam) kami saja jalan-jalan tengok all the guesthouse and sehingga penghujung jalan tu kami jumpa ada tuk-tuk and masa nie la kami nego price untuk bawak kami ke Killing Fields, Tuol Sleng Muzium, Royal Palace, National Museum dan Wat Phom. Akhirnya kami berjaya nego and the best price USD12.
Hari ke 2
Pagi hari dalam 7.30am kami dah mula kan perjalanan kami dengan tuk-tuk yang kami janji semalam. 1st destination ke Wat Phom selepas Wat Phom kami ke National Museum. Selesai saja National Museum kami ke Royal Palace. From Royal Palace kami singgah makan dekat Puncak Hotel apa yang boleh kami katakan makanan nya not bad cuma jauh dari tempat kami tinggal. Selesai makan kami teruskan ke Killing Field. Masa kat Killing Field nie perasaan sungguh sayup, sedih dan hiba. Kawasan nie tak besar mana pun tetapi sebalik sejarah kawasan ini yang membuatkan kami rasa satu macam. Satu pengalaman baru bagi kami ber3 dan sesuatu yang tak jangka diakal satu manusia itu boleh bertukar menjadi sangat kejam kepada beribu-ribu manusia lain tak kira peringkat umur. Selesai aje kat Killing Field kami berpatah balik ke area town and singgah at Russian Market kat sini dalam 1/2 jam ajer tak larat sebab ramai sangat orang and harga nak tawar sangat pun tak boleh. Last sekali kami singgah ke Tuol Sleng Muzium. Ciss sini lagi sedih giler babas. Tak reti nak express macam mana punya rasa ler. But kami ber3 macam stunt and tak percaya with dengan apa yang kami lihat sangat kejam terlalu kejam, ish entah la. Kami keluar ajer dari kawasan dalam kul 5.30pm so agak senja dah kat sana maka satu perasaan yang lagi sayup dari Killing Field tadi.
Selesai semua journey kami pulang ke guesthouse kami untuk berehat sebelum turun untuk makan malam. Malamnya kami turun makan malam and malam nie kami mencari tiket untuk meneruskan perjalanan kami ke Seam Reap. Akhirnya kami membeli tiket kat kawasan kami tinggal tu ada menjualnya USD8 and mereka akan send tuk-tuk untuk pick up kami pada paginya. Selesai segala urusan kami pulang ke markas bagi menolong kawan eden berkemas memandangkan dia akan terbang balik ke KL esoknya. Selesai berkemas apa lagi time untuk lelapkan mata dan merehatkan badan yang semestinya terlalu penat.
Day 3
Bangun pagi siap-siapkan diri untuk breakfast. Selesai breakfast kawan eden naik tuk-tuk untuk terus ke Airport manakala kami dua beradik ambik kesempatan jalan kaki di sekitar town Phnom Penh.
Destinasi terakhir kami ialah at Central Market. Daripada pemerhatian eden rasanya kat Russian Market lagi murah barangannya jika nak dibandingkan dari Central Market.
Kami berjalan pulang ke guesthouse bagi merehatkan diri untuk meneruskan lagi perjalanan kami esok pagi dari Phnom Penh ke Seam Reap another 5 hours.