Followers

Wednesday, November 26, 2014

Simpan duit untuk Travel

Hi semua I'm back cara-cara saya travel.  Ala saja aje nak kongsi dengan korang mana tau kot korang nak follow or korang boleh bagi input untuk baiki apa yang boleh.

Cara cheq adalah dengan main kutu.  Ini satu cara nya.  Cara lain adalah beli ticket flight awal-awal before nak fly supaya boleh dapat ticket yang murah. After dah beli ticket and bayar secara ansur kad kredit.  Selesai saja pembayaran ticket boleh la beli pulak accommodation.  Accommodation tidak perlu yang mahal-mahal sebab nya rugi kita guna kan tempat nie hanya untuk tidur dan untuk mandi dan tukar baju aje.  Selesai saja membayar hutang kad kredit untuk accommodation now korang hanya perlu duit belanja.

Duit belanja korang boleh lah gunakan dari wang kutu yang kita main tadi. Kalau setahun korang ada 3 percutian makan 3 nama la untuk main kutu.  Apa pun ini semua terpulang pada korang macam mana korang nak manage.  

Ini adalah antara cara yang cheq practice kan so far alhamdullilah amat membantu.   

Apa yang penting cheq kena chop passport cheq every year despite about the location, hahahaha.  Keji kan ada cheq kisah janji cheq dapat jalan.

Furthermore kita hanya akan hidup sekali aje and kenapa kita perlu untuk terlalu takut untuk terus melangkah kehadapan.  Travel ada cara cheq my own therapy orang lain mungkin lain cara nya.  But kena ingat kita perlu gembira kan hati kita dulu sebelum orang lain.  Kita yang kerja penat sepanjang hari ini adalah ganjaran untuk diri sendiri.

Hidup perlu balance antara dunia dan akhirat.




Thursday, November 20, 2014

Umrah 2013

Umrah yes I've done it end January 2013 with my parents and my youngest sister.  Tapi saya tak nak menceritakan perjalanan kami or dengan agensi mana yang kami ambik.

Apa yang cheq nak story sini adalah sekiranya kita menerima jemputan dari Nya maka pusing la ko ceruk dunia mana pun kita tetap akan sampai jugak sini. Key wordnya adalah "Jemputan".

Ada sebelum ini cheq menerima kritikan dari kaum keluarga sendiri sebab jalan merata tapi sini tak sampai-sampai gak.  Ini adalah jawapan yang cheq dapat iaitu "Jemputan".  Dan cheq amat bersyukur kerana jemputan itu diberikan pada kaum keluarga cheq yang lain-lain jugak.

Nervous of course la nervous sebab cheq manusia biasa yang penuh dengan dosa.  Takut ya amat bila tiba masa untuk kita terbang ke sana perasaan takut itu menjadi-jadi.  Tapi cheq actually pendekatan kalau Allah nak bagi masa cheq ada kat sana cheq kena redha dan terima maklum ler masa membuat dosa tak hingat kan.  Madinah satu kota yang amat aman i felt so freedom.  Kalau korang tanya ada masa tak nak tengok handphone, jawapannya "apa itu handphone"?.  Itu lah yang cheq alami gambar pun kami tak capture banyak sangat.  Ada memang ada cuma tak beria-ia untuk mengambil gambar.

Cheq boleh kata kan memang banyak berjalan.  Taj Mahal pun cheq dah tengok but kota Kaabah itself something yang tak terungkap dengan kata-kata. Akhirnya iainya di depan mata hanya satu perkataan saja yang mampu ku kata kan "Alhamdullilah" cheq merasa berada di sini dan dalam keadaan sihat.

Satu perasaan yang lain dari lain susah untuk cheq ungkapkan betapa indahnya, tenangnya dan betapa cheq mengejar waktu yang ada untuk ibadat.  Masa ini baru sedar yang cheq mengejar masa bukan macam kat KL biasa semua benda di lengah-lengakkan.  Sana semua nya perlu cepat untuk beribadat if tak nanti tak dapat tempat sebab semua umat manusia berpusu-pusu untuk ke masjid.

Umrah juga dapat menyatukan beberapa family yang still cheq contact.  Kami ada keluarga baru, sahabat baru dan anak-anak baru.

Jika ku di berikan peluang ingin sekali patah balik ke sana but kali ingin kebih lama lagi di Madinah dan Mekah.

Jika ada antara pembaca yang belum ke sana tetapi ada menerima kutukan seperti cheq tabah lah sebab once ada "Jemputan" macam mana cara sekali pun korang tetap akan tiba.















Wednesday, November 19, 2014

Surabaya - Company Trip

14-19, September 2013


Nama pun company trip maka semuanya telah di rancangkan untuk kami.  Apa yang cheq tau angkat beg jalan, hahahaha.

Kami duduk kat hotel Majapahit Surabaya.  Hotel 5 * so tak ada complaint langsung.  Bilik off course cantik even bathroom pun perghhhhh luas gila.  We enjoy our stay for 2 night over here.

Sampai aje Surabaya kami di bawa ke Monumen Tugu Pahlawan.






 




After Tugu Pahlawan kami di bawa untuk lunch makan makanan nasi padang. Tapi pada pengamatan sendiri ok la makanan nya tak la sedap sangat.  Tapi perut dah lapar maka sebat aje la.








Bila perut dah kenyang baru la best kami nak berjalan lagi ke satu lagi tempat sebelum kami di bawa ke hotel.

Lawatan sambil belajar kami ke Sampoerna.  Yeay belajar cara-cara untuk membuat rokok.  Balik dari sini kami kena tulis report, hahahaha, tak la kiding only.














Sesungguhnya depa yang berkerja kat sini memang cekap sebab dari pemerhatian cheq la depa punya tangan sungguh laju untuk menyiapkan satu-satu rokok tu.  Satu pelajaran baru untuk cheq, kami di berikan penerangan serba sedikit tentang pemprosesan dan pembuatan rokok Sampoerna  Sempurna sekali pembuatannya tetapi ingat ya Rokok tak Bagus untuk Kesihatan. "Peace".

Ok now masa untuk kami ke hotel untuk merehatkan diri sebab subuh nanti kami dah ada activity Bromo menanti.

But sebelum tu saja la share gambar hotel.











15 September, 2013.

Pukul 1.00am kami dah pun di kerah tenaga naik bus nak ke Bromo.  Boleh tak korang bayang kan pukul berapa kami kena bangun dan bersiap-siap.  Gatai nak tengok sunrise kan ini la al kisah nya, hahahaha.

Apa lagi dalam bus sambung la membuta walaupun tak la membuta dengan nyenyak.  Apa kan daya Mount Bromo waiting for us.










Ok la nie kami dah pun sampai destinasi maka isi perut dulu actually tengok aje makan memang tak lalu still very early kan mana la nak masuk.  Ok bus akan parking kat sini and now masa kami untuk naik jeep pulak.  Aiyooo susah jugak nak ke Bromo nie.







Kalau korang tanya eh tak buat research ke sebelum datang sini jawapan nya tak sebab dah memang tau kami kena ikut jadual yang telah pun di tetapkan oleh company kan.  Company trip ko.













Bila tengok aje sunrise rasa macam sangat berbaloi dengan effort kami yang kena bangun awal erti kata lain sebenarnya tak tido pun.

Satu pemandangan yang sangat terbaik.  Cuma satu aje masa nie cheq kurang sihat and bila balik baru sedar yang cheq tak ambik gambar pun kat sini.  Itu memang rugi la.  But dapat capture few moments sebelum sunrise pun dah cukup terbaik untuk cheq.

Ok naik balik jeep untuk ke area 






Sampai aje sini cheq dah tak suka with bau sulfur kat sini agak busuk actually. Jeep wajib berhenti di tempat yang di sedia kan lepas tu korang ada pilihan nak naik pony or jalan kaki sampai la kat tangga gambar atas nie.  Kalau tanya jauh ke jawapannya tak la jauh and satu lagi sampai sini korang dah boleh la tanggal kan baju sejuk sebab dah tak sejuk.  Panas gila dah.

Well ini antara catatan cheq semasa di Surabaya.  No shopping at all sebab tak ada benda yang berkenan sangat and barangan kulit kat sini biasa-biasa aje nothing to shout about sangat la.  Tak ada masa sebab malam nie kami kena get ready untuk dinner and esok tengahari kami dah mau pulang ke Malaysia.