Followers

Sunday, December 28, 2014

1 day Pit Stop at Mae Sai

From Tapae Hotel kami naik tuk tuk ke Bus Station 40 bath sorang. Kami tiba  bus station awal 20 minit sebelum perjalanan kami.

Condition bus everything in order, best part di sebab kan kami membayar 364 bath maka, kami dapat 1 mineral water botol kecik, roti, wet tissue.  Semasa perjalanan kami ke Mae Sai bus nie hanya akan stop sekali selama 10 minit untuk membuang air.


Dalam perjalanan ke Mae Sai bus nie akan stop 2 kali at check point maka just get ready with passport kita randomly depa akan check.

7am from Chiang Mai kami arrive around 12pm at Mae Sai bus station.  From Mae Sai bus station kami naik soengtaw ke area border and cost us 15 bath.

Kami check in at KhanthongKham hotel, RM106.13 via Agoda.  In term of bilik 
ok nothing to complaint, bilik memang ngam ngam untuk 2 orang actually.  Why kami check in here sebab very near with border 50 meter aje jalan x jauh pun untuk kita masuk ke border.




Misi kami after check in kami cari makanan halal dulu and yes agak mudah actually sebab dari hotel kami di arah kan turun to left after lorong yang ke empat or soi 4 kata Nya.



Kami jumpa satu kedai halal, Bismillah nama kedai nya and owner boleh cakap Melayu.  Buka dari 7am - 4pm aje.  In term of harga ok macam kita makan kat KL aje.  Rasa yes not bad at all.


Selepas menjamu selera kami meneruskan perjalanan ke Stesen Bus sekali lagi maka kami membayar 15 bath again dan setiba di bus stations kami menaiki bus yang ingin ke Chiang Rai.  Kami akan turun di Doi Tong.



Sampai aje kami di simpang Doi Tong kami membonceng motor untuk naik ke Doi Tung Royal Villa.  Bayaran untuk membonceng motor sebanyak 140 bath untuk naik Dan turun, ini memang dah tertulis di tempat kami naik motor tadi, perjalanan naik ke atas memang jauh and terfikir pulak kenapa la murah sangat korang charge, hahahaha.

Masa at Doi Tung Villa korang ada pilihan sama ada membayar hanya untuk enjoy taman yang ada or masuk sekali palace.  Owh kami pilih both and masa dalam palace no photo taken allowed.  If korang tanya worth or nak for cheq personally worth I learn something new.












Selepas selesai tour kat sini kami patah balik ke Mae Sai dengan menaiki bus yang sama.  Cuma satu yang cheq nak highlight kan semasa kami membonceng motor tadi pemandu tu sangat jujur sebab kami dibawa ke kaunter information semasa di atas tadi bagi menerangkan yang mereka Akan pick up kami balik plus siap bagi tau time bus tu yang Akan lalu kat jalan besar untuk ke Mae Sai.

Selepas kami menaiki bus untuk ke Mae Sai kami selamat tiba ke bus station dan again naiki soengtaw untuk ke area border.  Sampai aje destinasi kami tengok macam ada night market maka kami ambik kesempatan yang ada untuk explore and guess what kami jumpa gerai makan halal.  Food x banyak variety but since kita nie musafir so makan apa yang ada.























Thursday, December 25, 2014

Pit Stop 1 day at Chiang Mai

Safely landed on the 20th December at Chiang Mai airport.  We touch down at 2.30pm (local time).  

Ambik and beg kami rest minum kopi dulu before kami teruskan perjalanan ke Tapae Place Hotel.  Kami booked bilik ini via Agoda at RM82.35 one room. Komen about this room, carpet kat this room dah lama maka secara tak langsung ada bau masam skit, the rest tak ada complaint.  Owh sebelum terlupa kami bayar 150 bath from airport ke Tapae Hotel, kami ambik prepaid taxi ke Bandar.


Selepas selesai acara check-in kami keluar balik untuk beli ticket bus untuk ke Mae Sai tomorrow.  Tambang tuk-tuk dari hotel ke bus station 100 bath ( mahal actually).  Tambang bus dari Chiang Mai ke Mae Sai 364 bath via Green BUS










Selesai acara membeli ticket kami naik songtaew untuk ke Anusan Market.  Kami hanya membayar 20 bath sorang.


Anusan Market paling senang nak dapat kan halal food.  Ada few shops kat sana maka tepuk dada tanya selera.  Dinner yang kami bayar 480 bath ( agak mahal and tomyam Nya x sedap langsung)








From Anusan Market untuk balik ke hotel another 30 bath sebab dah lewat. Malam nie tido awal dari biasa sebab esok pagi kami nak ke Mae Sai 7.15am

Wednesday, December 17, 2014

Ipoh

Setelah selesai kami di Gua Tempurung kami teruskan perjalanan ke Ipoh.  Ipoh kami stay kat Ibis Hotel.  In term of parking memang tak banyak basement parking lot but kereta kita boleh park kat luar sebab banyak ada parking lot. Cuma kena bear in mind kena beli kad parking dan gores siap-siap sebab setiap 9am coz "Abg Besar akan buat rondaan untuk saman".

Deco Ibis hotel memang menarik, up to date and in term of their breakfast pun memang ok sangat dengan harga yang kita bayar.

Bilik nya tak la besar sangat just nice untuk 2 orang dewasa kalau ada kanak-kanak mungkin kena ambik bilik yang besar sikit.  Sebab bilik yang kami ambik memang standard room just nice untuk 2 adult.











Antara deco kat Ibis Hotel.  Malam nie kami nak dinner dengan sorang lagi kawan cheq.  Kami dah janji now kami on waze untuk cari tempat nie, kononnya sedap kedai nie.  

Apalagi perjalanan di teruskan selepas kami shower and tukar baju untuk aktiviti makan kami.







Cheq punya rating untuk food kat sini 1-5, cheq akan kata 4.  Sedap, cepat dan fresh.  Sedap dan boleh di improve kan lagi.

After dinner kami teruskan perjalanan ke bandar Ipoh.









Yes kami discover mural nie waktu malam, hahahaha ini memang tak ada dalam plan langsung tapi dah jumpa lebih baik kami ambik gambar.

Now kami nak lepak minum ya la nak bergossip sebab dah lama cheq tak jumpa depa nie.  Depa nie ex-officemate cheq.  

One of my friend  recommend minum kat Happy 8 Retreat.  Untuk pengetahuan semua bila enter aje cheq terus jatuh hati and cheq memang respect owner Happy 8 Retreat nie sebab willing throw a lot of money and yes deco tempat ini memang terbaik.  Nak cerita lebih pun tak reti sangat but if ada peluang korang boleh duduk sini sebab sebelah atas nya guest-house.




 








Ok now gossip bermula, hahahaha walaupun penat tadi tak habis lagi masa di gua tempurung but apa ada hal ini antara masa terbaik yang kami ada untuk lepak sebab belum tentu kami kat KL kami ada masa untuk lepak macam ini. Ini pun sebab ada kawan nak kawin maka kami ambik kesempatan untuk jumpa balik with ex-officemate.

Sebelum kami out from here kami ambik few more photo





Sebelum tamat malam nie ada few more photo sebelum kami berlabuh Zzzzzzz.





13 December, 2014.

Kami bangun agak awal sebab nak breakfast dan meneruskan perjalanan untuk mencari mural and nak tengok Ipoh Lama.



Yeay bila perut dah kenyang ini la masa nak jalan-jalan pekan Ipoh Lama. Expedisi mencari bermula and yeay kami jumpa la mural tu tapi ada satu mural kami tak jumpa.  Ok la tu.
































Honestly cheq fall in love with Ipoh, not because of the coffee la tapi sebab pernah dulu satu ketika cheq duduk kat Ipoh and lepas tu pindah ke Teluk Intan. Tetapi Ipoh tetap dekat di hati sebab bila cuti sekolah aje cheq akan balik umah opah angkat cheq tapi dah cheq anggap dia macam opah cheq betui.

Somehow lama gak cheq tak balik sini sebab bila arwah pegi cheq boleh dikata kan merajuk untuk balik ke Ipoh, there is so much memory between me and her so agak reluctant untuk jejak balik ke Ipoh.







Gambar last nie memang epic drama December kami, hahahaha tq to our art director Li May.  Gambar kalau tak ada drama tak kick la.



Masa kami menyusuri kedai-kedai yang berderet kat pekan lama nie kami terjumpa satu kedai printing dan pada masa yang sama uncle nie sedang menjalankan aktiviti printing and kami nie pun macam wartawan tak bertauliah temuduga uncle tu tanya uncle how old are this machine, dia jawab 100 years machine.  Errrr and yes masih berfungsi dengan baik sebab uncle still using this machine untuk kerja-kerja printing invoices beliau.










Well ini antara activity kami di Ipoh.  Now kami nak balik untk merehatkan badan sebab malam nie kami ada wedding dinner.

And wedding dinner malam nie adalah oriental chinese wedding theme. Congrats to Si Howe and Joanne on their wedding.