Followers

Wednesday, June 15, 2011

New Zealand (South)

Umpama mimpi dalam mimpi sebab memang eden memang tak pernah terfikir yang eden dapat pergi ke sini dalam masa yang begitu singkat.  Tot off kena la kumpul duit sebab flight nak ke sana agak mahal.  Anyway thank you pada AA sebab buka new route untuk kesana.  Ehem ehem eden manage to booked it and eden cuma bayar kurang dari RM1K untuk pegi and balik per person.  Berbaloi baloi and my victim here I paksa Nad untuk follow and she agree.  Berbekalkan research and bertanyakan pada kawan (Fatt tq so much I owe u a dinner) kami berjaya cover semua dalam list kami walaupun terpaksa redah hujan.  NZ is really amazing place and sangat cantik.  Insyallah kalau ada peluang boleh repeat since kami dah tau mana nak tuju and tak payah la nak buat research.  Its took me 6 month for my research but yang betul-betul pulun 2 bulan before kami bertolak.


Nie la benda first yang kami nampak masa kami memandu.  Owh ya kami kat sini memandu dan kami ditemani oleh Abg GPS hehehehe.  Memandu kat sini tak susah mana pun cuma ada gak la few places yang sangat mencabar skill pemanduan kita.  Yang penting kita ikut atau patuhi arahan papan tanda.  Sini limit memandu hanya 100 ya bukan macam kat M'sia 110.

1st nite masa sampai dah pukul 11 malam waktu sini so kami ambik keputusan lepak kat airport ajer.  So malam nie kami penghuni kat CHC airport dengan keadaan cuaca kat luar tak begitu sejuk sebab kami masih boleh bertahan.

2nd day kami ambik kereta comei kami and benda pertama pegi ke pasaraya untuk membeli food dan meneruskan perjalanan kami ke area Aoraki.




3rd day kami ke Mount Cook perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik walaupun gerimis but still cantik alang-alang dah sampai kan better la singgah.  Walaupun memang jauh untuk kita tiba ke sini tapi berbaloi.  Kami meneruskan perjalanan untuk turun ke bawah iaitu ke Dunedin.  Kami tiba di Dunedin agak lewat dalam 9.00 malam so tak ada aktiviti hanya kami perlu merehatkan diri sahaja.  

4th day kami di Dunedin kami dan pagi ini kami masih di temani hujan.  Kami meneruskan aktiviti pertama kami seperti dalam list iaitu ke Railway Station, University, Botanical Garden and Castle.  Ya kami ke castle saja nak feeling-feeling jejak kaki kat castle hehehehehe memandangkan hujan kawasan ini atas bukit so keadaan sangat berkabus and feeling nya ada little bit creepy.  Selesai di Dunedin kami meneruskan perjalanan ke Queenstown.  Kami arrived agak awal hari nie around 8.30 malam.  Kami selesaikan urusan check in terus ke bilik and kami ke dapur untuk memasak.  Malam nie kami masak lebih sikit supaya kami boleh makan untuk hari esoknya.






5th day Hari nie dari Queenstown kami ke Arrowtown.  Town ni kecik ajer tapi kami ambik masa 1/2 hari kart sini sebab memang sengaja tak nak rushing.  Selesai arrowtown kami pulang ke Queenstown and terus ke Wanaka Lake untuk makan tengahari kami.  Selepas makan kami ke Gondola untuk aktiviti seterusnya.







Selesai aktiviti di gondola kami mengambil keputusan untuk pegi shopping barangan makanan sikit since stock kami dah kekurangan.  Selesai urusan membeli belah kami pulang and start memasak makan malam kami dan untuk esok jugak memandangkan kami akan meneruskan perjalanan kami ke Milford Sound.


6th day kami pula kami mulakan awal pagi since kami akan meneruskan perjalanan ke Milford Sound selama 6 jam perjalanan untuk sampai ke sana.  Kami disajikan dengan pemandangan yang sangat indah di kiri kanan kami.





Akhirnya kami sampai jua ke tempat yang kami tuju setelah penat memandu selama 6 jam dengan jalan yang sangat berliku-liku.  Perjalanan sampai ke sini sangat mencabar cara pemanduan kami and not only that skill mesti mau ada.  Owh ya make sure tank kereta anda penuh petrolnya kerana selepas Te Anau memang tak ada stesen minyak mahu pun rumah (in case nak mintak bantuan).

Sampai ajer Milford Sound kami terus ke kaunter untuk check in (kami dah beli ticket awal2 melalui online).  So sekarang masa untuk kami bergambar dan kita minum dulu sementara menanti departure time.





Selesai acara makan di tepi tasik kami teruskan perjalanan dan kali nie kami di sajikan dengan pemandangan yang lagi menarik.






Akhirnya Milford Sound kami tiba dengan selamat and nie ada masa lagi sebelum departure time kami maka time untuk bergambar.






Apa yang ada di Milford Sound and kenapa pilih ke sini and mari saya bagi jawapan saya.  Pertama pemandanga yang sangat indah dan kalau kita bernasib baik kita might akan terserempak dengan dolphin.  Tapi time eden pegi nie cuma dapat tengok anjing laut and burung.  And the best part dapat ler tengok laut tasman.  Sebelum nie asyik baca sejarah ajer kan so sekarang kita tonton sendiri.  Kalau di tanya kan berbaloi ke bawak keta 6 jam and tengok nie ajer and jawapan saya sangat berbaloi baloi.




Selesai pengembaraan kami kat Milford Sound kami teruskan perjalanan pulang another 6 hours back to Queenstown.  Letih memang letih tapi berbaloi.  Saya akan sambung hari ke 7 kami with new entry.


Wednesday, June 08, 2011

Koh Lipe Thailand.

29 January 2011 - 5 February 2011.





Nie cuti yang pertama bagi tahun 2011.  Kami bertolak dari KL pada 28 Jan sebelah malam via Feez car.  Kami decide tumpang Feez sebabnya owner kereta berbesar hati menumpangkan kami.  5 of us dalam satu kereta and semua pun kecik kecik belaka except for me ler.  Apa pun kami selamat sampai kat Jetty Kuala Kedah sebelum azan subuh.  Pagi yang sangat indah sebabnya cuaca sangat baik pada pagi ini.  Alhamdullilah kami dapat tiket boat se awal pagi and kami selamat sampai di Langkawi and agenda pertama mencari kereta sewa. Ketua bagi agenda pertama sapa lagi kalau bukan Feez sementara menanti dia pulang dengan kereta kami singgah dulu kat starbucks untuk minum pagi.  Dapat ajer kereta kami chow dari terminal ferry and teruskan perjalanan kononnya nak ke Cable Car aha tp kami sesat ntah kemana.  Apapun apa ada hal kami hanya ada 1/2 day ajer kat Langkawi sebelum meneruskan perjalanan ke Koh Lipe via Telaga Harbour.


Kami tiba kat Telaga Harbour awal bagi memudahkan urusan kami untuk masuk ke Koh Lipe, sebab ada document yang kami kena fill in and hand over the passport to them for safe keeping.  Kami terpaksa menanti dalam 1.5 hours and akhirnya jeng......jeng......jeng boat yang kami nanti kan telah pun tiba.  Perasaan tak sabor rasanya nak sampai ke Koh Lipe.  So far hanya tengok dalam gambar ajer so nak la jugak saksikan whether betui ke idak lawanya tempat nie.


Perjalanan dari Telaga Harbour untuk sampai ke Koh Lipe around 60 minutes.  Seperti biasa la eden takut nnt mabuk laut so awal2 lagi eden dah pop up ubat tahan muntah and apa lagi tido la, tak sedarkan diri.......giler high dose la.  And the best partnya tempat nie memang lawa sama macam dalam photo yang eden google.  Honestly rasa berbaloi dengan penat lelah yang eden curahkan untuk membuat research akhirnya berbayar dengan pemandangan yang sangat indah, no one boleh nafikan ciptaannya.



Island hoping aktiviti biasa kalau kita kat pulau and yeah sangat worth.  Cuba tengok gambar-gambar yang eden postkan tak tipu memang best.





Koh Lipe nie pulaunya tak la besar mana pun but knowing me kalau masuk pulau memang suka duduk lama2.  So kali nie me and Nad (the rest pulang awal) duduk kat sini selama 7 malam.  Kalau ada yang tanya berbaloi atau tidak yeah off course sebab eden memang suka pulau.  Bila tengok laut and deruan ombak bisa melupakan segala masalah.  7 malam yang sangat berbaloi sebab eden tak payah nak rushing buat any aktiviti.  Biasa la duduk kat pulau aktiviti hanya snorkelling ajer.  But kali nie lain sikit sebab sanggup bangun pagi untuk capture sunrise and waiting for the sunset.  Tapi ianya berbaloi.





In term of halal food area nie memang tak susah sebab ada ajer kedai muslim.  Cuma satu ajer yang kurang best sebab kat sini banyak anjing, itu ajer la yang kekurangannya.  Sebelah malam walking street more happening sebab majority kedai dah open and masa nie ler ramai yang suka lepak kat tepi pantai menikmati makan malam or lepak untuk minum.  Kita akan di sajikan dengan bermacam-macam jenis muzik and pertunjukkan bermain with api.





Note : 

Telaga Harbour untuk beli ferry ticket : http://telaga-terminal.com/

Tempat kami menginap :  http://www.varinbeachresort.com/new/

Monday, June 06, 2011

Kuala Terengganu

Journey kali ini with my parents and my sis.  Selamat ajer kami mendarat dari Seam Reap kami rest 1 day and sambung cuti ke Kuala Terengganu.  Bulan December bukan bulan yang terbaik sebabnya hujan but nasib baik tak banjir.  Cuma bila nak buat aktiviti tu kurang best ler sbb kita kena tengok cuaca.  Apa pun kami redah gak ler.  Perjalanan yang sangat meletihkan, I'm the only one yang drive sampai ke KT.  Perjalanan kami sekejap ditemani hujan and kejap panas.  Apa pun nothing more interesting sebab kita dapat bercuti with family. Sampai saja KT kami check in kat Seri Malaysia buat ini will be kali pertama and terakhir kami akan menginap kat Seri Malaysia.  Well kami semua ada alasan tersendiri and bukti gambar juga.  Katil and cadar dan bantal dan blanket berbau hapak not only that bilik air yang kotor.  Hurmm memandangkan duit dah bayar penuh for 2 nites so kami terpaksa redha.  Bukan tak buat complaint tp macam biasa ler no action taken.  So me and my sis pegi ke pasaraya untuk membeli selimut cadar hanya untuk cover katil kami and bantal lak kami cover with tuala mandi kami.  Hurmm satu pengalaman yang sangat berharga and sangat memalukan sebab ini hotel bukan guesthouse.  Bukan nak bangga dengan negara luar lebih specific lagi 3rd world country but guesthouse yang eden duduk 10 kali ganda better and its a guesthouse.  Well what to do kan orang kita semakin malas atau pun gaji yang mereka dapat tak setimpal dengan kerj, I don't know apa pun no quality langsung.


Makanan kat sini memang tak disangkal memang best.  Kami ke Taman Tamadun Islam, dapat ler parents eden nengok masjid Kristal and kami gak ke Pasar Payang (wajib for us to shopping).  Hari ke tiga iaitu hari terakhir untuk pulang ke KL kami singgah ke Noor Arfa Batik and its sale, sale, hehehehe.  Journey kali nie bukan tumpuan pada siteseeing, shopping but spend more time or quality time with my parents.




From Phnom Penh to Seam Reap

24 December 2010

Our journey begin at 7.00am from the guesthouse via tuk-tuk to the bus station.  8.00am sharp bus memulakan perjalanan menuju ke destinasi kami seterusnya Seam Reap, yehaaa.  Best giler sebab dapat pegi ke Seam Reap untuk kali yang ke 2.  Another 5 hours keadaan bus ok, selesa, bersih and yang penting aircondnya kuat ya.

Kami selamat sampai at Seam Reap around 1.30pm.  With signboard tertera nama eden kat bus stop ya bukan kat airport, hehehehe.  So naik ler kami tuk-tuk untuk menuju destinasi kami Golden Temple Villa.



Seperti biasa ler 1st day kami memang kami tak buat any aktiviti hanya merehatkan diri sambil mengupdate Facebook.  Maklum ler di sediakan free untuk semua pelanggan yang menginap di sini.  Yang penting laju ya internetnya.  Selepas makan malam di Maharaja kami saja berjalan ke Noon Nite Market tempat wajib di lawati jika anda ke mari.  Barangan yang dijual disini biasa-biasa ajer yang penting ialah kita kena wajib pandai tawar menawar.

2nd day

Tengaharinya kami meminta reception kat kami tinggal sedia kan tuk-tuk USD10 untuk kami ke Culture Village and nak tengok sunset at Tonle Sap.  Hurmm best tak terkata bila dapat tengok sunset.





Selesai aje aktiviti melihat sunset kami teruskan perjalanan untuk pulang and kami minta tuk-tuk untuk turun kan kami ke Pub Street.  Area nie sebelah malam agak happening sebab masa nie la kita boleh tengok 99% bebilang bangsa mula keluar untuk menjamu selera.  Kami seperti biasa still dengan Maharajah kami.  Selesai makan kami sekali lagi ke Noon Nite Market tapi kali nie saja gediks nak buat foot massage.  After foot massage kami pulang ke guesthouse and mintak mereka sedia kan tuk-tuk yang sama untuk ke Angkor Wat.


3rd day


Pukul 8.00am kami teruskan perjalanan ke Angkor dan kali nie kami ambik pass untuk 3 hari USD40.  Hari nie tuk-tuk kami USD15 sebab kami ambik big tour di mana kami ke Banteay Srei dan semua wat-wat yang nearby.  Banteay Srei mmg cantik sebab batunya warna kemerahan.  We manage to cover semua wat dalam masa 1 hari.





4th day


Hari nie with the same tuk-tuk buat kami buat small tour USD10.00.  Kali nie kami cover wat yang glamour seperti Angkor Wat, Four Faces Wat dan sewaktu dengannya.  Walaupun ini kali kedua tetapi tak ada perasaan jemu apatah lagi menyampah.  Tempat nie sangat menarik sebab eden suka architecture.  Cuma sayang tempat nie perlu di baikpulih so banyak yang tak original yang dapat kami lihat.  Tu sebab eden sarankan pegi la sekarang sebelum semua benda pun dema restoration nnt originality tu udah tak ada.



Selesai sahaja small tour kami, kami pulang ke guesthouse bagi membersihkan diri sebelum keluar sekali lagi untuk dinner di Maharajah.  Masa dinner nie kami berpeluang jumpa beberapa rakyat Malaysia.  Yang peliknya kami di tegur oleh seorang lelaki "from M'sia ya" saya a'ah so dia kata dah agak sebabnya dia kata dia perasan dengan t.shirt yang eden pakai "orang utan" and dia kata t.shirt nie hanya org tertentu ajer yang akan beli (bangga sat).  Its actually made by our local artist from Melaka.  So malam tu ada ler kami berpeluang untuk bercakap b.melayu with orang dari negara sendiri (tolak tepi ler adik eden, udah jemu kot).   Selesai makan kami meneruskan aktiviti ke Moon Nite Market sibuk survey harga LP.  Hehehehe kalau nak beli yang tak ori punya LP sila la beli kat Cambodia or Vietnam.

5th Day


Hari nie kami bangun lewat semata kerana hari ini aktiviti bebas bagi kami sebelum esok pagi kami akan pulang ke M'sia.  Hari nie kami ambik basikal from the guesthouse jalan-jalan area town seam reap.  Sebelah tengahari kami ke Artisan Angkor, nie tempat yang mengeluarkan silk and kraftangan.  Sessi pembelajaran bagi kami berdua bagaimana bermulanya cara membuat silk.  Dah tengok nie baru ler kami paham and tau sudah betapa susahnya nak jadikan silk and now baru ler paham kenapa mahai benor ya.




Sebelah malamnya kami ke Temple Balcony untuk menyaksikan pertunjukkan tarian kebudayaan Cambodia.  Agak menarik bagi yang tak pernah menontonnya but for eden ini untuk kali ke 2 so tak rasa apa sangat la. 



Selesai ajer menonton pertunjukkan kami pun beredar pulang ke markas bagi mengemas beg kami al maklum ler time untuk pulang ke KL........cari duit lagi and plan another vacation.  Oh ya pulang ajer ke KL kami akan rest 1 day before sambung holiday ke Kuala Terengganu with family.