Memang dah lama sangat eden tak ke sini, I think more than 6-7 years. Sabtu lepas tak ada rancangan nak kemana so Not and Noi cadangkan ke sini. Kami left KL around 12pm and arrived kart Fraser around 3pm. Bukannya apa sebab banyak berhenti untuk ambik gambar. Eden tak sangka lak dah ada jalan baru ingatkan masih jalan lama. Apa pun Fraser Hills macam dulu gak nothing new. Masih terjaga flora and fauna nya. Masih sejuk lagi atas sana sebab tak banyak development yang di lakukan. Kalau rasa nak lari dari hiruk pikuk KL eden suggest kan jom ler kita ke Fraser Hills.
Followers
Tuesday, March 31, 2009
Talentine
Petikan dari Berita Harian
Jaclyn Victor menampilkan lakonan mantap dalam filem Talentime Filem: TalentimePengarah: Yasmin AhmadPelakon: Azean Irdawaty, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Mohd Syafie Naswip, Mahesh Jugal Kishor, Pamela Chong, Sukania Venu Gopal dan Susan ChongGenre: Drama & RomantikTarikh tayangan: 26 Mac 2009 JIKA anda penggemar karya pengarah Yasmin Ahmad, mungkin filem Talentime patut ditonton dan hayatilah sendiri di sebalik apa yang mungkin boleh dilabelkan sebagai cap dagangnya selama ini.
Hasil manifestasi pengarah ini penuh dengan aspek kemanusiaan seperti cinta yang paling asas perlu ada dalam setiap manusia. Malahan paksi majmuk seperti filem terdahulunya masih dikekalkan. Ingat lagi anda pada cinta gadis Melayu dan lelaki Cina menerusi filem Sepet. Buah tangan terbarunya ini sudah ditayangkan sejak Khamis lalu. Ia mengetengahkan cinta versi lelaki India bernama Mahesh lakonan sulung Mahesh Jugal Kishor dan Melur (Pamela Chong, adik kepada Vince AF1), gadis Melayu berdarah campuran Inggeris. Percubaan sulung Mahesh di layar perak sebagai lelaki bisu mungkin dilihat agak senang kerana tidak perlu berdialog atau menghafal skrip. Namun, lakonannya masih boleh dianggap membanggakan kerana biarpun tanpa sebarang pengucapan dialog, mainan emosi tetap perlu dijaga kesinambungannya.
Lakonan Pamela pula dianggap biasa saja. Dia kadang-kadang dilihat sebagai gadis yang memberontak tidak tentu fasal. Namun begitu, ia masih dianggap permulaan yang baik kepada Pamela. Paling mengesankan ialah lakonan sulung juara Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor yang nampaknya patut diberi perhatian. Nampaknya ada sisi lain yang sudah mula diserlahkan penyanyi bersuara lantang ini. Memegang watak Bhavani, bakat lakonannya berjaya dibentuk dengan baik oleh Yasmin. Dalam filem ini, Jaclyn memikul tanggungjawab sebagai kakak yang sangat menyayangi adiknya iaitu Mahesh. Disebabkan keadaan adiknya, Bhavani cuba mengelak soal perkahwinan seperti mana yang dikehendaki oleh ibunya. Lakonannya memang nampak bersahaja. Bahkan pertuturannya dalam bahasa Tamil atau bercakap bahasa Melayu dengan pelat Tamil, membuatkan kita terlupa seketika bahawa itu adalah Jaclyn. Seperti kebiasaan Yasmin masih mengekalkan pelakon yang selalu muncul dalam setiap naskhah skripnya contoh seperti Adibah Noor, Harith Iskander, Ida Nerina termasuk Mohd Syafie Naswip yang dipuji lakonannya oleh Azean Irdawaty.
Rentak jalan cerita yang indah ini dicacatkan sedikit dengan babak Melur tidur sebantal dengan Mahesh di ruang tamu. Ia sebenarnya sangat kontras dan tiada ada apa alasan kukuh mengapa ia perlu diadakan. Ini kerana emak Melur digambarkan sebagai seorang ibu yang alim dengan pegangan Islam, manakala Mahesh pula adalah seorang lelaki yang tidak ada masalah untuk pulang ke rumahnya. Entah kenapa Yasmin perlu menyelitkan babak tidak perlu ini, apatah lagi secara realitinya adegan itu tidak molek untuk dipaparkan. Aspek lain yang cukup menarik perhatian ialah lagu latar yang menghiasi filem ini terutamanya lagu Ore Piya dendangan penyanyi Bollywood, Rahat Fateh Ali Khan. Sekali pandang, filem ini saling tak tumpah seperti filem Bollywood yang sinonim dengan adegan air mata dan meruntun jiwa. Ada adegan yang mungkin membuatkan air mata anda akan jatuh tertumpah. Meneliti bait-bait lirik ini yang diterjemahkan dalam sari kata bahasa Melayu, ia cukup melankolik dan indah susunan bahasanya. Tidak dilupakan hasil komposisi penyanyi dan pencipta lagu, Pete Teo. Hasil ciptaannya dipersembahkan cukup baik oleh kedua penyanyi tanah air kita, Aizat dan Atilia.
**** Yasmin memang fav director eden tak pernah lagi kalau movie dia keluar kart panggung yang eden tak pergi tonton plus eden akan beli dvd cerita beliau untuk di jadi kan koleksi. Movie nie babak-babak awal memang banyak sangat eden ketawa kerana ianya begitu genuine di mana ianya benar2 berlaku dalam masyarakat kita yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Tapi toward to ending cerita nie memang touching until eden boleh melelehkan gak ler airmata kart dalam panggung. Sekali lagi Yasmin berjaya memberikan sentuhan pada filem beliau. Cerita nie harus la di tonton oleh semua lapisan masyarakat dan cuba la jiwai apa yang beliau cuba sampaikan tak lupa gak bertapa indah nya kita hidup dalam masyarakat berbilang bangsa.
Labels:
Personal
Friday, March 27, 2009
Back to Nature Air Terjun Chamang
Turun from Bukit Tinggi kami heading to Bentong masa nie dah around 3.30pm. Tanya gak dengan Not kart Bentong kita nak cari apa? Dia kata dia pun tak sure tapi jom aje la kita jalan. So ok ikut aje dia, kami berhenti makan sat at Bentong and after that Not nie kan ramah so sibuk la tanya dengan abang kat kedai makan tu apa yang boleh kita discover kart Bentong nie so abang tu bagi tau la kart sini paling dekat boleh la pi Air Terjung Chamang which is 8km from Bentong. Jalan nak masuk kawasan nie agak sempit tapi jalan tar. Eden didn't really expect that this place is damm cantik bangat. Tempat nie maybe tak ramai yang tahu so masih lagi terjaga. Toilet still clean, ada penjaja and kawasan nie boleh eden katakan still lagi bersih. Tapi sayang eden tak boleh nak capture banyak sangat photo sebab hari nak hujan. Cuma few photo aje eden dapat capture. Insyallah next time boleh berkelah kart sini.
Labels:
My Vacations
Bukit Tinggi
Hari nie Ahad 22 March 09. Memang entah macam mana boleh terbangun awal lak la hari nie. Semalam dah ler eden letih kart Putrajaya tapi pagi nie lak eden boleh lak terbangun awal. Hurmm dah terbangun tu tak boleh nak kata apa la after saja mandi and buat sarapan. Lepak tengok tv sementara dok tengok tv phone lak bebunyi, ala sapa lagi kalau bukan Not. Tanya dah sarapan ke belum? Jawapan belum la sebab memang ia pun lepas buat saja sarapan eden tak makan lagi sebab dok depan tv dulu. So dia pun kata siap la kita gi sarapan and kita gi somewhere. Siap aje eden gi ambik dia kart Kepong and straight went for sarapan and we discuss we are heading to Bukit Tinggi. Bukit Tinggi nie my 2nd time with him tapi disebab kan tempat nie best sebab di kelilingi hutan kami pi gak la. Menariknya sepanjang ada kart sini kami tak sedar pun time fly begitu cepat. Kawasan jauh from KL, ditemani oleh bunyi ungas, cengkerik sungguh mendamaikan.
Labels:
My Vacations
International Hot Balloon Fiesta - Putrajaya
2nd outing at Putrajaya within a month. This time Along menemankan eden. 1st International Hot Balloon Fiesta at Putrajaya. Crowd last Saturday jangan cakap la, punya la ramai manusia. Eden lak cuba cari spot terbaik untuk capture best photo. Agak sukar untuk mencari the best spot since dah terlalu ramai umat manusia mengelilingi kawasan berpagar nie. Tapi di sebabkan keinginan untuk mengambil gambar eden redah gak la walaupun hakikatnya rimas sebab ramai sangat orang dan bermacam bau, ragam......... Punya la lama betui eden menanti kat tepi pagar sementara depa dok sibuk nak isi belon dengan gas. Yang buat kan eden bertambah geram sebab ramai la pulak photographer yang di benarkan masuk kedalam kawasan tersebut tapi kami tak di benarkan sebabnya ya la kami nie photographer jalanan and no pass lak tu. Tapi di sebab kan perasaan ingin pi lebih dekat and ambik gambar lebih dekat ada jugak few of the photographer sebelahan eden panjat pagar and buat muka selamba masuk. So eden apa lagi ambik peluang yang ada ler tapi eden tak ler memanjat tapi membuka pagar tu. Masuk kart dalam ambik gambar tanpa ada perasaan bersalah langsung. Tapi keadaan tu tak lama sebab selepas aje kejadian kami masuk ke kawasan tu maka yang lain2 pun apalagi masuk gak until penganjur tak boleh nak cakap apa pun. He he he gembira tak terhingga rasanya.
Labels:
Personal
Subscribe to:
Posts (Atom)