Followers

Monday, April 07, 2008

Evolusi KL Drift

Zack dan Sham adalah dua nama yang sinonim dengan istilah keakraban. Hubungan sebagai dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam perlumbaan kereta `drift’.
Kelazimannya bidang perlumbaan kereta `drift’ didominasi oleh golongan maskulin tetapi ianya tidak menghalang Fasha, teman wanita Zack untuk memecahkan monopoli itu dan menjadikannya sebagai satu hobi yang dikira `daring’ dan agresif.Diari kehidupan Fasha di masa lampau agak mengecewakan kerana pernah menjalani kehidupan yang mengkhayalkan akibat daripada pengaruh yang negatif.


Rentetan daripada sejarah kehidupan Fasha yang telah mengakibatkan krisis identitinya mendorong Zack lebih bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Perjalanan kehidupan Fasha telah dikongkong bagi menghalangnya daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjerumuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat.Dalam mengharungi pergolakan hubungan antara Zack dan Fasha secara tidak langsung Sham telah bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan dilema yang melanda mereka berdua.Dalam kesibukan melegakan pergolakan Zack dan Fasha, rupa-rupanya dalam diam dan tanpa disedari telah lahir bibit-bibit cinta dalam diri Sham terhadap Fasha. Namun perasaan itu terpaksa diketepikan kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack.

Di sebalik kekalutan ini, Joe dan Karl merasa tercabar apabila kegiatan mereka dalam menjerumuskan anak-anak muda yang meminati bidang lumba kereta `drift’ ke alam yang mengkhayalkan dihalang oleh Zack dan rakan-rakannya.Maka bagi menyelesaikan masalah yang timbul antara Zack dan Joe mereka yelah membuat keputusan untuk berlumba kereta yang dianggap sebagai satu ekspresi bagi melepaskan keegoan masing-masing.

Sementara itu hubungan Sham dan Fasha semakin intim. Perasaan Zack yang menyedari hubungan ini mula bergolak. Keadaan menjadi lebih kalut apabila Zack dikejutkan dengan satu tragedi menimpa rakannya angkara Joe dan Karl.Apakah kesudahan kekalutan yang melanda? Di manakah garisan penamat sebenar dalam perlumbaan kehidupan Zack dan Sham? Adakah keintiman Fasha dan Sham mampu membina satu ikatan? Mampukan Joe dan Karl `mendapat tempat’ dalam mempengaruhi golongan remaja yang terlibat dalam perlumbaan kereta ke alam kehidupan negatif. Kesemua konflik ini akan terjawab setelah anda menonton filem ini.

EVOLUSI KL DRIFT adalah paparan kehidupan remaja yang mencari hala tuju identiti membawa kepada asimilasi rasa yang berupaya menjerumuskan mereka ke dalam perubahan yang ketara.
EGOISME, DENDAM DAN GELODAK JIWA yang membara adalah intipati yang menjadi nadi dan nafas filem ini.
My Personal Comments
Saturday last week I have watched this movie My personal comment rating 1-5 eden bagi 4 for this filem. Jalan cerita sempoi tak banyak dialog and most important kart sini depa menggunakna perkataan "DRIFT" tu dengan sebetulnya. Coz cerita nie byk memaparkan aksi-aksi drift and semuanya di buat dengan real tanpa menggunakan teknik-teknik computer. Kalau nak bandingkan dengan cerita impak maksima yang nie memang eden kagum and tumbs up untuk pengarah muda kita nie and most important kepada all the crew member and the driffter. Dengan budget around RM2 million I think filem nie memang berjaya. Cuma jika ada di beri peluang kepada pengarah and crew especially cameraman go and learn from our western country I think one day kita boleh berjaya mcm mereka. Dari segi pelakon tu maybe Syamsul kena lebih selektif untuk filem akan datang bukannya apa ada setengah pelakon tu tak berapa sesuai sangat atau maybe kena bagi lebih dialog kort. But I'm really respect kart Aaron Aziz coz watak dia sebagai ketua gangster memang sesuai untuk dia coz dia boleh bawak watak nie dengan baik. Bukan kerana tu aje eden rasa with the hair color and body build dia memang membantu dia menjayakan watak nie lebih baik and berkesan sekali. Ranking 1-5 eden bagi 4 untuk Aaron Aziz. And last sekali Farid Kamil tak payah nak sangkal lagi bakat mamat nie coz dia nie memang bagus cuma kekadang tu peluang tak ada kart dia. Apa pun at last ada gak la cerita Melayu yang boleh eden bangga kan. Cerita melayu yang lebih kepada action bukan cintan cintun. I'm going to see this movie again Sabtu nie.