Followers

Thursday, August 09, 2007

Pulau Perhentian

Hurmmm, tak tau macam mana nak digambarkan perasaan nie betapa seronoknya dapat lepak dengan all my girlfriends kat pulau. Rasa macam 4 hari 3 malam tu terlalu singkat tapi nak buat macam mana masing-masing dah ada commitment except for Yus (balik for a holiday). Kami bertolak from hentian Putra ke Besut on 17th July nite dengan menaiki bus Mahligai and tambang RM30.90 aje. Kami bertolak kul 9mlm and reach Kuala Besut around 4.30am, sementara nak tunggu boat kami kul 9.30 tu punya la azab nya......apalagi kita minum dulu la. Sebelum naik boat nak ke pulau kami di kenakan charge bayaran RM5.00 for conservation charge. Boat from besut ke pulau sekarang nie dah menggunakan speed boat so journey tak ler lama sangat around 1/2 hour aje. Kalau dulu eden pernah rasa la naik boat yg macam orang pi tangkap ikan and its take around 1 hour to 1 1/2 hour tapi itu dulu la, sekarang dah ada perubahan. Kami ambik package full board + snorkelling trip dengan Everfresh Chalet. Once we reach Everfresh kami check in to the chalet lepak untuk merehatkan diri sementara nak tunggu makan tengah hari. Tapi one thing yang eden discover tempat nie tak banyak perubahan, yang beza cuma dah ada banyak chalet "A" type and sepanjang area nie dah ada resort and chalet2 lain. Dari segi kebiruan air laut and keputihan pantai still the same . Suasana kat sini memang agak sukar di gambarkan dengan kata2 apa pun cuma yang boleh eden katakan pada yang minat dengan pulau jemputlah kesana and saksikan sendiri. First trip snorkel kami around pulau perhentian it self. For 1st trip nie eden ada masalah sikit sebab agak gementar and masa nak snokel tu eden rasa macam sesak nafas, it takes around 1/2 hour for me to adjust myself. But apa pun it worth la sebab dapat tengok banyak ikan and only thing coral banyak yang dah mati. 1st trip nie kami dapat tengok penyu and its really big Yus manage capture the photo almaklum la camera canggih beb. After that kami di bawak pulak ke satu kawasan dimana ada macam mata air la sebab sampai sekarang orang2 kampung tak tau mana datang nya sumber air tawar nie.....sejuk giler airnya. After snokel tak byk aktiviti cuma nak rehatkan badan aje sebab semalaman dalam bus. So after dinner lepak kejap than tido time, nasib eden baik sebab dapat tido dengan nyenyak but my friend Pam tak boleh nak tdo sebab perubahan tempat. But for me i manage to Zzzzzzzz. Next morning we having breakfast and than 2nd snokel trip to Pulau Lang Tengah. From Everfresh to Pulau Lang Tengah around 1/2 hours aje dengan boat yang di pandu oleh Shidi. Boat man nie the best beb sebab boleh bawak kami round for snokel lagi (al maklum la eden and Pam tak tau berenang and we need org untuk bawak kami around) .........kat sini is the best spot for snokel sebab fish bermacam-macam warna and coral still lagi hidup......wow its really nice beb. Kat sini la eden dapat tengok shark (mak or bapak shark eden tak sure la... and its really huge beb). Masa nampak tu eden panic sebab shark nie berenang toward eden and Shidi, gabra giler masa tu but Shidi said shark nie tak gigit orang and don't panic kita berenang balik ke boat (next day baru Shidi bagi tau yang dia pun tak pernah nampak shark besar tu and actually dia pun panic.......kalau tak sia-sia eden kena baham beb). Naik aje boat rasa macam mimpi sat, tapi biasa la boleh gelak2 lagi. Tapi masa snokel kat pulau nie memang rasa macam tak nak balik sebab memang cantik la kehidupan dalam air nie. From Pulau Lang Tengah kami singgah kejap dekat kawasan air mata air untuk merehatkan badan and membilas badan. Sampai Everfresh kami makan tengahari and after that lepak time.....masa untuk ambik gambar. Sementara nak tunggu malam tu kami antara aktiviti mengurut (Rumah Urut Along he he he). Dinner tepat at 8pm.....apalagi makan selagi boleh makan la (Cheq Yus la jaguh......). Malamnya around 10pm kami pi lepak kat Arwana Resort nak pekena satay lak bersama Huda and friends. After Arwana sleep time lol. Hari ketiga snokel kami kat area Pulau Rawa (near to Pulau Perhentian) around 20 minutes aje. Here at Pulau Rawa wow ikan-ikan memang cantik and this time eden manage tengok baby shark......kali nie eden tak takut langsung. From Pulau Rawa we went to Pulau Burung......here nothing much la than on d way balik kami singgah kat satu kawasan ada umah api (tak ingat la nama kawasan) kat sini lagi best sebab coral memang cantik la (pegi and saksikan sendiri sebelum ianya musnah atas perbuatan manusia or kerana perubahan alam). Seperti biasa kali nie kami makan tengahari kat kampung Perhentian sebab Shidi nak kejarkan solat Jumaat. Kampung nie pun dah banyak perubahan kalau dulu tak ada jeti sekarang dah ada, kalau dulu tak ada Marine Off sekarang dah ada. Well nie la antara perubahan yang eden dapat saksikan selepas 7 tahun tak jejakkan kaki ke Pulau Perhentian. Selesai solat Jumaat maka selesai gak la makan tengahari kami, kami balik ke Everfresh tapi kali nie tak balik terus ke chalet tapi kami sambung mandi kat depan area Everfresh.......kat sini kawasan dia best untuk mandi sebab tak ramai orang and pantai and laut dia cantik and furthermore laut tak muddy langsung. Lepas mandi naik untuk minum petang, lepas tu lepak kat tepi pantai sambil bersembang and eden pulak sibuk membaca buku cerita. Sebelah malamnya after dinner kami di jemput lak by Mak Aji aka Fara ke party hari jadi dia......so apalagi tak nak kecikkan hati kawan-kawan kami pun pi la. After party balik and tido time ler. Next day hari terakhir kami kat sini so seperti biasa breakfast after that baca buku sambil merenung ke laut.....bertapa indahnya kejadian yang dicipta oleh nya. Rasa sungguh tenang aje bila tengok laut sambil mendengar deruan ombak. Time last-last nie la time yang paling leceh bagi eden sebab nak kena angkut beg tu satu hal satu lagi nak kena tinggalkan tempat nie......well eden akan mai lagi tahun depan (Along boleh tolong uruskan he...he ..he). Boat kami pukul 4 pm and our bus lak kul 8.30 malam.......nie satu lagi seksaan nak kena lepak kat Pekan Besut (tak ada apa-apa pun kat sini) sampai 8.30 malam. Apa-apa pun kenangan and satu percutian yang paling menarik sebab dapat bercuti with all my girlfriends and hope we can do it again some other time.