Followers

Wednesday, May 09, 2007

Sentul West - Ikan Koi

Sentul West nie salah satu daripada projek YTL, tak lama lagi tempat nie akan bertukar wajah daripada bekas/tapak keretapi kepada projek perumahan mewah.......tapi sebelum projek perumahan mewah nie naik YTL dah come out with a idea where they open Sentul Park Koi Centre over here, plus ada Japanese Restaurant. Tempat nie jugak ada art centre (mcm college la). Idea nie memang idea yang baguih sebab boleh di katakan macam projek perumahan dalam kawasan taman....... Entrance nak masuk taman nie free (kalau bayaq tak ramai ler yg masuk). Sebelum sampai kat Koi Centre nie kita akan nampak satu bangunan lama (bekas milik keretapi tanah melayu) bangunan nie macam pejabat pun ada, macam rumah pun ada......tapi bagi eden la bangunan nie memang cantik tapi yang masalahnya kita tidak di benarkan mengambil gambar if nak ambik gambar kita kena mintak permission kat front office. So apalagi eden curi-curi la ambik gambar bangunan nie (he.. he.. he.. kalau kena tangkap sia-sia aje). Once eden sampai aje kat Koi Park nie excited nya sukar nak di gambarkan sebab tengok ikan dalam kolam nie besaq-besaq semuanya. Rasa geram tengok ikan-ikan nie. Kat Koi Centre nie ada tempat rawatan, ada tempat membela ikan-ikan koi yang masih baby and paling penting sekali kita boleh beli ikan nie and bela kat rumah. We just spent time lebih kurang 45 minutes aje sebab we rushing for something else but one thing yang eden pasti akan datang balik kat Koi Centre nie sebab tempat nie kita boleh lepak sambil membaca buku........nie tak macam KLCC Park sebab KLCC Park ramai sangat orang......but this Park tak ramai and secara tak langsung tak bising and boleh la kita tenang membaca buku.