Followers

Friday, March 06, 2015

Trivandrum

14 February 2015


Owh gosh tak reti macam mana kami nak ceritakan detik kami pukul 4.30am naik bus untuk sampai ke Trivandrum.  Perjalanan memakan masa selama 10 jam sebab bus nie berhenti kat most of their bus station.  Harga tambang yang kami bayar untuk perjalanan 10 jam nie INR235 sorang.

Perjalanan yang paling lama yang pernah kami buat selepas Phuket dan tiada tandingan dengan experience yang lepas-lepas.  Satu perjalanan yang sangat susah sehingga kami dah nak give up.  Boleh tak korang imagine kami mengalah.

Satu perjalanan yang penuh tragik kenapa cheq cakap macam nie sebab bus yang kami naiki sama aje macam bus sebelum nie




Tragik nya sebab pukul 4.30am perut kosong and the way driver tu drive memang sepanjang perjalanan mengucap aje.  My advise is if naik bus elok la korang duduk belakang sikit jangan macam kami depan sekali semua nampak kononnya sebab nak mengelak muntah tetapi lain jadi nya.  Yes kami mabuk dalam bus sehingga kami muntah.  Owh gosh memang lembik rasa badan sebab muntah bukan sekali but few times till la bus tu berhenti sekejap kat salah satu station and cheq dah tanya adik whether nak teruskan or kita channel aje perjalanan kita balik ke Cochin town rest lepas tu baru pegi ke Trivandrum the next day.  And kami pun bertanya pada conductor bus tanya perjalanan lepas nie macam mana masih macam ular or dah straight?  And lucky enuff katanya dah straight.  So kami masing2 bertanya pada masing-masing macam mana nak teruskan or ke Cochin.  Last sekali decision made yes kami terus kan perjalanan kami 10 jam.

After all dugaan yang kami terima kami tiba jugak kat Trivandrum almost 2.30pm.  Sampai aje bus station kami  terus cari makan dulu and kebetulan pulak bus tu berhenti dekat dengan Indian Coffee House yang di ceritakan dalam buku Lonely Planet kami.  In term of food punya rasa tak berapa nak sedap la but experience of eating there aje







And selepas makan kami call guest house yang kami nak duduk nie bertanyakan how much from here untuk ke tempatnya cost if kami naik tuk-tuk.  And ternyata lagi murah dari harga sebelum ini.  Kami di approach oleh seorang pemandu dengan harga yang sangat tinggi iaitu INR300.  And walhal nak ke tempat yang kami nak tuju nie hanya INR72 aje jauh kan bezanya.  Ok area bus kami berhenti nie very near dengan station keretapi maka kami jalan ke station untuk ambik prepaid tuk-tuk.  Yes kat sini depa amalkan prepaid teksi at majority train station and secara tak langsung tak la kena tipu sangat walaupun still ada but tak la teruk sangat.

Trivandrum kami duduk kat Graceful Homestay.  Kami selamat sampai ke sini dan di sambut oleh owner yang sangat peramah.  Owh ya sini kawasan perumahan orang-orang kaya dan bijak pandai.  Kenapa cheq cakap macam nie biasa la depa kan akan letak nama dekat pagar dengan pangkat depa.

Setelah selesai urusan mengisi borang kami terus ke bilik merehatkan diri errrr the whole day actually sampai esok pagi kami pengsan.  Penat tak terkata 10 jam, muntah lagi, pening lagi owh gosh drama giler kami.








Ini antara gambar yang cheq sempat snap actually kali nie cheq tak banyak snap picture lebih banyak melihat dan amati nya.  Memang rasa duduk kat rumah aje sini sebab layanan kami terima tip top.

Graceful Homestay
www.gracefulhomestay.com
+91 471 2444358
info@gracefulhomestay.com
giles.francis09@gmail.com


15 February 2015


Happy birthday to me, Alhamdullilah masih bernafas lagi untuk menyambut another birthday of mine.

Pagi nie kami bersarapan roti tuna yang di sedia kan and kami jalan keluar untuk cari tuk-tuk and tempat pertama kami tuju adalah Zoo yes hari jadi cheq cheq ke Zoo hahahaha.

Walaupun zoo sini old school but for me personally sangat menarik sebab memudah kan cheq capture few photo's.













Masa kat zoo cheq sangat terkejut sebab ada sorang budak nie out of no where bagi kami bunga ros.  Pada cheq memang sweet sangat and budak kecik pompuan yang bagi kami bunga and bila kami nak ambik photo dengan depa malu tak nak pulak.  But terharu kot sebab dapat masa my birthday, hahahaha.



Muka teruja dapat bunga hahahaha.







Zoo : INR20
Camera : INR50

Dekat area zoo nie ada Art Museum and Shree Chitra Enclave.  But photo not allow maka kita ambik luaran aje la ya.

Art Museum ada 2 kat sini price different 

INR10
INR20




After kami berposing dan tengok semua binatang kami ambik tuk-tuk ke Puthen Maliga Palace Museum.

Again here we not allow to take photo, maka photo luaran aje la.  My opinion is they didn't really take care of this treasure yang mereka ada.  Walaupun still lagi Raja depa pegi setiap hari tapi sayang kawasan tak berjaga.



Pintu gerbang sebelum ke Puthen Maliga


Temple near Puthen Maliga.  Actually dari Palace nie ada jalan untuk terus sampai ke temple nie. Memang memudahkan Raja mereka untuk ke temple setiap pagi.









Puthen Maliga Entrance Fee INR 50 and not allow to take picture inside.


From Puthen Maliga kami nak mencari tuk-tuk untuk ke Kovalam Beach.  Maka again sebab tak nak kena tipu kami naik tuk-tuk untuk terus ke train station and ambik pre paid tuk-tuk.

INR240 to Kovalam Beach

And perjalanan memang makan masa sebab agak jauh jugak.  But breathtaking bila kami sampai sana. Memang satu tempat yang tak patut korang skip walaupun cheq tak mandi but looking at the place rasa jatuh hati pulak, hahaha












After dinner sambil tengok sunset now kami kena cari tuk-tuk dengan harga yang berpatutan untuk pulang.  Ini memang bermasalah alasan mereka only one way balik nanti depa tak ada passenger kata nya.  Maka after negotiate harga untuk kami terus pulang ke guest house INR350.

Sampai aje kat guest house kami di sapa oleh lagi 2 orang mat salleh from Canada, talk sekejap dengan depa our pengalaman and now masa untuk say good night sebab esok nak catch train pagi untuk balik ke Port Cochin.

Thursday, March 05, 2015

Munnar, India

11 February 2015



Flight kami sebelah malam dari Kuala Lumpur.  Kami tiba di airport Cochin pada 10.30 malam waktu tempatan.

Memandangkan kami tiba malam maka kami ambik keputusan untuk stay hotel near airport area sahaja.  Sebab dah malam kami actually takut untuk ke Cochin town pada waktu malam and perjalanan untuk ke area Cochin town bukannya dekat.

Selepas selesai urusan with Imigresen and ambik beg kami terus Prepaid Taxi untuk ke Quality Hotel.

From airport ke Quality Hotel INR 437.
Hotel Price RM170.00 via Agoda
Airtel Sim Card INR 275

Sampai aje hotel letak beg semua Zzzzzzz time.  Time Malaysia masa tu dah almost 2am.  Owh btw they behind us around 2 jam lebih.


12 February 2015


Bangun awal untuk bersiap-siap sebab kami nak kejar bus ke Munnar.  Pagi nie breakfast kami sangat menjilat jari.  Sesiapa dah biasa makan tosai, idli memang tak ada masalah la sebab ini antara food yang mereka akan hidangkan.  Manakala tea masala mereka terbaik wooo. Sampai ketika ini rindu gila with their delicious food.

Kami mintak pihak hotel panggil kan teksi untuk hantar kami ke bus station and their charge us INR600 untuk satu kereta.  Perjalanan dalam sejam setengah gak untuk sampai ke bus station.  Well korang jangan la berangan bus station yang cantik ala-ala bus stand Klang pulak, hahahaha.

Kami ke bus stand Aluwa (not sure abt the spelling) bus station nie paling dekat dengan Airport area untuk kami ke Munnar.  Bus yang kami naiki off course tak ada aircond.  Memang macam bus Leng Seng aje beza panjang lagi plus tinggi. Cost kami naik bus nie untuk ke Munnar hanya INR82 sorang.  Perjalanan mengambil masa dalam 5 jam gak sebab bus nie berhenti-henti untuk ambik penumpang.

Honestly benda yang paling susah yang kami lalui sebab tulisan kat bus tu tak ada tulisan dalam B.Inggeris jadi kami kena sentiasa alert untuk mengetahui mana satu bus kami.  Memang dah macam treasure hunt activity tau.  But serius worth it sini la kami belajar ketahanan mental dan kesabaran and yang paling sweet kami adik beradik berganding bahu tanpa ada rungutan.

Orang-orang kat sini memang totally different dari orang-orang sebelah utara yang suka ambik kesempatan untuk menipu but not here mereka sangat sincere untuk membantu kita.  Memang apa yang cheq gambarkan tak sama.  Bukan apa I learn dari perjalanan 18 hari kami di India sebelum ini.  Mereka kat sini tak mengharapkan tips pun which i really salute.  And not only that cheq rasa orang-orang kat sini rajin berkerja plus tengok rumah2 depa majority besar2 bukan x ada yang kecik ada cuma 2 kali aje cheq nampak orang mintak sedekah ya 2 kali sahaja.

One more thing if anyone nak ke India in term of pakaian sila la jaga tatasusila sebab mereka kat sini masih way behind kita or erti kata lain mereka masih menjaga adab berpakaian.  If possible avoid jadi centre of attraction.





Ini antara cara bantuan mereka pada kami 



Ha betul kan macam game treasure hunt kan kan kan.  And bantuan orang ramai gak kami dapat la naik bus ke Munnar.

Ini rupa bas yang kami naik tu



Ini pulak rupa station bus nya




Ok ini pulak dalam bus nya 




Pintu nya old school giler nak tutup tarik aje tali tu.  Well nie semua pelajaran dan pengajaran. 

Perjalanan untuk Munnar macam perjalanan kita nak ke Cameron Highlands jalan lama dulu.  Memang mencabar sebab sempit and jalan macam ular. Nak makan ubat tahan muntah kami risau pulak sapa nak tengok kan beg kami especially duit kami, masih ada perasaan curiga gak.  Maka berdoa aje jangan la muntah.

Dalam perjalanan nak ke Munnar bus tu hanya stop sekali aje selama 15 minit. Perjalanan kami kali nie ada sedikit kemalangan kecil berlaku di mana bus yang kami naiki nie dah langgar ranting kayu maka ada la yang luka sikit kat kepala. Hurmm bukan salah driver sebab ranting kayu and jalan sempit tak semena mena kena yang duduk sebelah tepi tu maka luka la dia dengan darah yang banyak gak.  Memandangkan dalam bus nie tak ada first aid maka nasib baik la cheq ada la few things with me yang boleh di gunakan maka I become the heroine la membantu mereka serba sikit.  

Kerana pejalanan yang ada masalah nie kami dah lambat sikit untuk ke kelas memasak kami yang suppose to start at 3.00pm.  Hurmm dah mengelabah nie nak tak nak call la cikgu Nimi kami mengatakan kami lambat dalam 20 minit ask her to start her class dulu.

Kerana kejadian yang membantu orang tadi kami mintak tolong driver hentikan kami kat our guest house and nasib baik la dia kata boleh and kebetulan pulak guest house kami memang terletak tepi jalan besar aje.  Sangat memudahkan untuk kami turun angkat beg and berlari ke guest house kami untuk check in dulu beg bayaran semua later sebab dah deal tadi dengan owner JJ Cottage sebab kami dah lambat untuk class kami.

Dari JJ Cottage kami jalan dalam 10 minit aje untuk sampai ke kelas cikgu Nimi. Alhamdullilah sampai aje kami di sapa seorang wanita yang sangat ayu dengan senyuman tak lekang di bibir.  And we are so lucky sebab semua yang joint class nie sanggup waiting for us.

And now class begin kalau korang tanya tak penat ke hurmmm penat sangat actually tapi nak buat macam mana redah aje sebab kami ada 3 hari 2 malam aje di Munnar.













Selesai masak kami makan dinner dulu apa yang kami masak tu, yeayyy memang sedap.  Lain rasa dari Malaysian cooking.



Omg memang hari yang tired for both of us.  Lepas masak, dinner and now kami nak cari spices untuk bawa balik Malaysia.  And Insha Allah nak mencuba resepi yang di berikan.

And selepas membeli apa yang patut kami jalan kaki balik ke JJ Cottage untuk mandi dan Zzzzzzz.  Keadaan cuaca yang sejuk wah terasa macam berada di Cameron Highland those days la now mana la sejuk sangat.




JJ Cottage kami bayar INR1400 untuk 2 malam.  Kalau tanya selesa atau tidak jawapannya untuk kami backpackers nie kalau dapat bilik yang boleh kami mandi dan tukar baju dengan mudah dan sembahyang dah ok la tu.  Dari segi hot water sini memang tip top tak ada masalah.

JJ Cottage
Near KSRTC, Moolakkada, Munnar
Email add : jjcottagemnr@gmail.com
Phone No : 04865 230104

Lip Smacking Dishes of Kerala by Madam Nimi's
www.nimisrecipes.com
+91 944 733 0773
nimisrecipes@gmail.com


13 February, 2015


Kami bangun awal pagi nie keluar untuk cari breakfast dulu and nak cari tuk-tuk yang boleh bawak kami sekitar Munnar dengan budget yang kami ada.

Selepas perut dah kenyang kami cuba negotiate price tuk-tuk yang boleh bawa kami for full day today and akhir nya berjaya setakat INR750 aje and kami malas lagi nak negotiate sebab instinct kami yang mengatakan kami akan selesa dengan driver nie.  And Alhamdullilah memang ya instinct kami sebab kebetulan dia pun orang Islam and tak berkira sangat dengan kami.  Memang sebelum sampai sini research cheq ada yang dapat INR600 and INR700.  Well ikut nasib korang la ya janji jangan la lepas benchmark nie jauh sangat.

Pagi yang indah dengan pemandangan yang sangat indah.  Korang tengok gambar aje la nak cerita lebih pun tak berapa nak pandai























Untuk lunch and mendapatkan makanan muslim memang tak ada masalah di Munnar.  Majority tempat yang kami lawati masa kat sini memang free except masa ke Tea Museum INR80 + INR 20(utk camera).  



Activity kami hari nie whole day di luar sambil menghirup udara segar. Petangnya kami balik ke JJ Cottage untuk settle kan bill kami sebab esok kami kena bangun awal untuk ambik bus se awal 4.30am untuk ke Trivandrum.