Followers

Thursday, October 01, 2015

Taman Negara Pahang

Date Travel : 5/6/2015 - 8/6/2015


4 days 3 night vacation dalam Malaysia.  Sapa kata Malaysia tak ada khazanah yang boleh diterokai, hahahahaha, poyo kan ayat nie.

As usual sebab dalam Malaysia memang suka buat kerja-kerja last minute. Antara sebab last minute "Owh I'm so stress with my Work", ini antara ayat penyedap cerita hakikatnya mana boleh duduk diam.

Why pilih Taman Negara Pahang, sebab pertama dekat with KL sebab kedua memang tak pernah pegi and asyik berangan nak pegi tapi tak pegi pegi kan. At last berjaya gak takluk Taman Negara Pahang (ayat macam nak kena penampor kan).

Kami slow ride pagi nie and take our own sweet time sebab rancangan utama nak lunch dulu at Temerloh.  Biasa la craving for ikan patin.



Bila perut dah kenyang baru boleh teruskan perjalanan hahahaha.  Perjalanan di teruskan sehingga ke Jerantut and seterusnya ke Kuala Tahan.  Bila lalu jalan nie errrrr baru tau laluan kami nie sebenarnya melalui jalan-jalan yang macam nie.  Jumpa ladang baru jumpa kampung.  

Akhirnya kami sampai ke destinasi kami yeayyyy Kuala Tahan, Taman Negara. Parking memang ada di sediakan bayar aje RM5.00 per day.  Kami tak parking kat area riverbank tak nak ambik any risiko.  Bayar RM1.00 untuk cross the river maklum ler kami duduk kat Mutiara.  Y pilih Mutiara saja nak rest and furthermore memang tak nak buat banyak activity.






After check in kami rest dulu sebab perut kenyang lagi, untuk hari nie hari rest kami, hahahaha.

Kami lepak sambil menonton sambil membaca buku, wah hebat sungguh la rasanya, ini baru betul-betul rest.

Malamnya kami dinner kat Mutiara aje sebab adik takut nak cross naik boat malam-malam hahahaha ini semua gara-gara tengok movie banyak sangat sampai takut.

Lepas dinner kami berjaya berjumpa dengan "Tapir" mascot Mutiara Taman Negara. 






7.6.15

Today kami bangun awal untuk buat activiti kami.  Breakfast dulu and kami pegi daftar untuk dapat kan Permit Masuk RM2.00, permit untuk camera RM5.00 and untuk Canopy Walk RM5.00 gak. 

Pagi nie kami akan ke canopy walk and kami arrange dengan Mutiara aje sebab lagi murah dari harga yang kat luar sana.  Kami di sediakan guide and ada 6 orang in our group.

Kami naik ke atas untuk tengok scenic of Gunung Tahan (tercungap la eden) maklum ler dah lama tak exercise padahal naik tangga aje, hahahaha (drama kan).

Dari sini kami turun untuk ke Canopy Walk, the best experience ever.







Sangat breathtaking activity yang sesuai untuk kita lari kan diri dari hiruk pikuk kota.  Just green, bunyi bunyian, only that.

1/2 day activity kami tamat di sini aje and lepas nie kami balik ke teratak untuk berehat and tunggu next day untuk other activity.

8/6/15

Kami bangun awal pegi breakfast, jalan-jalan area nie sambil snap few photo's. Sebelah petang kami nak ke Lata Berkoh, untuk another trekking and mandi manda.  

Activity nie tak kurang menarik nya.  Again kami arrange dengan Mutiara aje. And kami paling untung sebabnya satu boat boleh naik 4 orang and kebetulan nobody nak join tapi jalan gak hanya untuk kami berdua.  Apa lagi seronok gila kami, boleh take our own sweet time.









Selepas mandi manda seronok2 kat Lata Berkoh nie kami pulang dengan senyuman and sambil berfikir kita patut datang sini lagi, hahahaha.  Gateway from KL yang memang cheq recommend kan.

Esok kami akan berangkat balik ke KL ada peluang akan kami jenguk lagi Taman Negara Pahang.