Day 4
Day 5
Day 6
We will be heading from Agra to Jaipur. Another 5 hours journey to Jaipur. Selamat tinggal Agra yang sejuk dan selamat datang Jaipur.
Dalam perjalanan nak ke Jaipur kami hanya berhenti sekali sahaja untuk breakfast dan selanjut nya kami hanya dalam kereta saja pada hari ini.
Setelah tiba di Jaipur hari pun sudah merangkak petang dah nak masuk time sunset. Keadaan kat sini pun sama jugak macam dekat Agra, masih sejuk.
Gambar nie eden capture kat roof top, sebab kebanyakkan guesthouse kat sini memang roof top tempat makan or erti kata lain tempat dining.
* Eden check in at Hotel Moon Light Palace - Rp 1050 pernite, extra bed Rp300, heater Rp 200 pernite.
Photo of our guesthouse :
Day 5
Hari ni dan hari seterusnya kami breakfast kat dalam bilik saja ini kerana mak eden nie sakit lutut maka susah ler untuk dia nak naik tangga sehingga ke tingkat 4 hanya untuk dia breakfast and turun balik. Biarlah eden ulurkan tips daripada mak eden nak naik and turun tangga.
Pagi nie selepas kami breakfast and our driver pun dah tunggu kami kat luar guesthouse untuk kami redah ke Amber Port and entrance fee Rp200.
Kawasan nie sangat luas and yang paling penting fizikal memang nak kena kuat sebab kawasan nie macam kita mendaki gak, satu2 kawasan tu kita kena naik tangga or mengguna jalan biasa yang berbatu nak sampai ke lokasi lain pulak, maklum ler Palace kan dah tentu ler besar dan menaik ke atas. Perghhh serius letih kot kat area nie.
Kami habis kan masa around 2.5 hours jugak kat area nie. Banyak benda yang kita boleh tengok especially in term of architecture nya. And kena gak la beringat orang memang sentiasa ramai and memang kalau rasa nak ambik gambar dengan tenang tu memang sukar la.
Selesai kat Amber Fort nie kami meneruskan perjalanan ke City Palace. Before sampai ke City Palace kita akan di sajikan dengan permandangan ini :-
According to our driver the above pic last time is the castle too, its only being occupied only during summer. Katanya keliling nie dulu ada macam anak sungai untuk takungan air bagi kegunaan penduduk sekitar dan for this castle too. Tapi akhirnya sekarang castle nie terus tenggelam dengan ceritanya.
Sebelum sampai ke City Palace kami lunch dulu kat sini :-
Now kami teruskan perjalanan ke City Palace, entrance fee Rp300 per person. Pengalaman kat sini ingin eden kongsikan bersama korang semua ialah make sure korang tengok how much harga entrance and please make sure depa akan return back duit lebih korang dengan cukupnya nie sebab kadang-kadang they will take things for granted dengan memikirkan yang customer tak akan check balik duit yang depa pulangkan tu.
Kalau korang tanya worth it ke masuk ke sini eden akan katakan its worth la sebab one of the attraction kan lagipun kita tak tau bila lagi kita akan sampai sini or maybe ini yang pertama dan terakhir.
Nie eden nak kongsikan dengan korang semua bahawasanya gambar yang eden ambik nie dengan orang-orang nie eden di minta bayar tips ya :-) Dah tau sebelum nie ada terbaca kat blog and review dalam buku and memang benar kita kena bagi sikit tips untuk depa minum teh katanya.
End of our day kat sini, kami balik ke guesthouse untuk merehatkan badan dan meneruskan aktiviti ke esokkan hari nya.
Hari nie kami akan ke Mandawa Palace, entrance fee Rp30 sahaja. Apa yang ada kat sini ya......korang tengok gambar nie
Ha nie dia pemandangan kami di sajikan dengan burung merak. Menarik kan kalau kat India memang senang korang nak tengok secara dekat merak nie.
Kat Mandawa Palace lak nothing much actually cuma kita dah sampai kat sini lebih baik kita pegi melawat kan.
Selesai aje kat sini kami pun pulang ke guesthouse and lunch kat sana aje. Consider nie 1/2 day tour ajer nie.
Hurmm kami sebenarnya pagi tadi hanya di beri peluang untuk turun and ambik gambar kat sini aje
Hawa Mahal nama tempat nie. Kami di suruh oleh driver kami untuk turun and ambik gambar saja dengan alasan kat dalam nie tak ada apa-apa yang menarik......mak sentap nyah. Masa di hantar kami balik tu bila dah nak sampai boleh lak dia pesan jangan jalan keluar sebab kawasan kami nie "red area". Dia macam nak takut kan kami pun ada gak .
So apa yang kami lakukan since kami ada 1/2 day lagi nie tak kan nak duduk dalam bilik dah sah la tidak sebabnya my mom kaki jalan macam kami gak, alasan mak best "uish datang jauh-jauh tak kan dalam bilik aje". Maka dengan semangat berani yang kami ada kami dapatkan info nak kesana and tanya kalau naik "auto" berapa harganya dari guesthouse kami terus kami jalan kaki ke jalan besar and cari "auto" hehehehe.
Tara akhirnya kami sampai Hawa Mahal and boleh explore dalam Hawa Mahal. Entrance fee Hawa Mahal Rp50 per person.
Selesai aje kami kat Hawa Mahal kami saja aje jalan-jalan kat luar tu sebab ada banyak kedai menjual barang-barang yang menarik. Pagi tadi nak membeli tak dapat sebabnya driver kami berkata "owh jangan beli barang kat sini sebab mahal and tak ada quality". Yang sebenarnya dia nak bawak kami ke kedai pilihan dia so dia akan dapat komisyen. Hurmm nie adalah salah satu challenge kami 3 beranak.
Apa yang menarik kat kedai kat bawah nie harga nya yang penting kita pandai tawar menawar and if we think price tu worth than carry on la dengan pembayarannya.
End of our journey at Jaipur and esok kami akan bertolak ke Udaipur dengan senyuman sebab kami berjaya naik "auto" and kami berjaya membeli buah tangan.