Followers

Tuesday, May 29, 2012

KemBali

25 October 2011

Flight kami sebelah petang and seperti biasa la kami travel dengan AA.  Kami selamat sampai kat Denpasar around 8.55 malam.  Tak ada masalah untuk lepasi imigresen and keluar ajer pintu terus kami mencari cari nama kami.  And yeay tu dia nama eden, Yanto begitu setia menanti kami.  Impression pertama kami owh Yanto nie rendah aje orang nya ya.

Yanto agak fasih jugak bercakap dalam B.Melayu lenggok M'sian tu ada and membuat kan eden terkejut gak.  Well kami terus aje di bawa ke hotel kami.  Bilik kami terletak kat 3rd floor tak ada lif ya, well bilik tak ler besor benor ngam2 untuk 2 orang and bilik air pun just nice ajer.



Selesai letak barang kat dalam bilik kami turun ke bawah untuk ronda-ronda area kuta.  1st place kami hehehe HRC Bali ler.  Tempat wajib buat eden untuk membeli T.Shirt and mengambil gambar.  Kenapa HRC hahahaha tak payah ler eden jawab kat sini yang penting HRC sangat nostalgia bagi eden, along and yus, hehehehe.





Selesai sahaja membeli belah dah bergambar di kawasan sekitarnya kami meneruskan perjalanan ke tempat mengurut.  Memandangkan nie kali ke 2 eden ke Bali maka dah tau dah kat mana yang best bagi acara urut mengurut nie.

Kalau anda semua berada kat area Kuta senang aje nak cari tempat urut nie sbb sepanjang jalan ada aje tempat-tempat nak mengurut cuma tak tau mana yang best la.  Pilihan eden selepas tempat yang kena bomb dulu and kedai nie memang best untuk mengurut.  Selesai sahaja acara urut kaki kami jalan balik ke hotel dan Zzzzzzz.

26 October 2011

8.30am Yanto dah pun berada di depan hotel menanti kami.  Kami terus ajer di bawa ke kedai makan Sumbar Hidup Masakan Padang/Muslim untuk breakfast terlebih dahulu.  Masa nie agak sukar sikit sebab kedai nie hanya ada nasi ajer so pagi-pagi nak makan nasi nie mmg susah ler nak turun tapi kami belasah gak ler yang penting alas perut.

Selesai breakfast kami teruskan perjalanan ke Pura Purseh hanya untuk mengambil few shot of photo.  And as everyone know Bali is very famous with all the Pura.





Selesai di Pura Purseh kami meneruskan perjalanan ke Gunung Kawi.  Hurmmm tipsnya kalau bawak family especially budak-budak kena berhati-hati sikit sebab nak turun ke bawah agak curam walaupun ada tangga batu.  Fizikal pun kena kuat gak sbb agak jauh kebawah sikit kawasan nie.  For us kenapa kami pilih sini sebabnya kami ada niat untuk mengambil gambar di sini.  Agak sukar gak for eden since eden agak berbadan besar and stamina kurang tetapi berjaya melakukannya tetapi agak slow sikit perjalanan eden.  Apa yang ada di Gunung Kawi tengok sendiri la gambar nie ya :-)






Selesai aktiviti mengambil gambar dia Gunung Kawi kami singgah ke Bas Nature Bali, saja nak tengok pokok kopi sambil melayan Yanto bersama paip nya and kami nak merehatkan diri.




Selesai acara merehatkan diri sambil melihat pohon-pohon kopi kami meneruskan perjalanan ke Kintamani Volcano.  Kat sini kami hanya mengambil few photos sebelum meneruskan perjalanan kami ke Ubud dan seterusnya pulang ke hotel untuk membuat aktiviti sendiri.





Aktiviti kami seperti biasa la pergi merehatkan diri........urut mengurut la mana lagi.  Sepanjang kami kat Bali nie hari-hari kami membuat aktiviti massage nie.  Sebab harganya jauh lebih murah dari KL tu sbb mampu nak buat hari-hari :-)

27 October 2011

Pagi nie kami mula kan dengan acara melawat Nusa Dua hehehehe.  Sebabnya ada la dema nak buat acara Paragliding la pulak kan.  Ni la hasilnya, kanak2 riang bersama acara Paraglidingnya.  Harganya tak la mahal sangat still reasonable and bila sampai aje kat lokasi nie memang ramai pengusaha mengendalikan paragliding nie.




After Paragliding Yanto bawa kami ke area Water Blow.  Why we choose here because kali nie cuti ke Bali hanya untuk aktiviti mengambil gambar sahaja.  Maka kami tak la banyak sangat melawat kawasan Puri-Puri nie.







The Grand Bali nie kawasan persendirian or private property maka idak la boleh kami pegi dekat dengan kawasan ini hanya boleh ambik gambar jauh sikit, heheheheh.

Selepas aje kami menikmati panasnya berada di tepi laut kami meneruskan perjalanan ke GWK Cultural Park.  Wow kami sungguh impressive dengan tempat nie, kerana bila kita tengok sejarah pembikinan tempat nie ya nya telah membuka mata eden personally yang mereka nie sangat determine dengan kerja-kerja yang mereka laksanakan and for info till now tempat nie belum lagi siap sepenuhnya.  Mereka masih memerlukan modal yang banyak and architect untuk melaksanakan projek ini adalah orang tempatan Bali.  Kat kawasan GWK nie ada amphitheater and kita boleh tengok culture dance seperti Barongan and Kecak Dance.  Ada certain time mereka ada culture show ini.  For me kalau nak tengok Barongan better tengok kat sini sebab pakaian mereka still lagi baru and kawasan nya selesa. 

  





Selesai kami berlibur kat kawasan GWK ini kami akan ke kawasan di mana filem eat pray love membuat pengambaran.



Acara selepas ini ialah Kecak Dance.  Yeay ini la saat yg paling menarik sebab ini adalah acara kemuncak sebab ini ada la acara paling best and eden paling enjoy.







Selesai saksikan Kecak Dance kami malam nie nak try makan Bakso.  Bakso Pendowo Malang nama diberi.......rasanya sgt yummy in term of portion sikit aje maka maybe kena makan 2 mangkuk.  Kalau nak kesini lebih baik awal since makanan kat sini cepat habis.




Berakhir la aktiviti kami hari ini and Yanto menghantar kami pulang ke hotel.  Selepas selesai kami mandi manda dan aktiviti lain kami mengambil keputusan untuk pergi bermassage, hehehehe.  Selepas acara bermassage kami pulang  ke hotel Zzzzzzz.

28 October 2011

Yanto pick up kami and bawak kami terus sarapan pagi di Warung Nikmat after sarapan kami meneruskan perjalanan ke Tamblingan Coffee Shop.  Wow kawasan nie sangat cantik.  Nama resort kat sini Saranam Eco-Resort yang dikelilingi sawah padi yang luas terbentang.






Selepas merehat kan mata dengan melihat kehijauan kami teruskan perjalanan ke Bedegul.  Kami singgah makan di Bedegul Lake View.  Best kat sini ayam bakar taliwang, mmg superb.



After lunch kami ke Bedegul and keadaan cuaca hujan renyai-renyai.  Tetapi ianya tidak mematahkah semangat kami untuk turun dari van dan check out kawasan sekeliling. :-) And kebetulan ada acara persembahan pada masa itu.



Kami meneruskan perjalanan ke Tanah Lot untuk ambik gambar sunset.  Tapi malangnya petang tu agak malu-malu pulak kan matahari nak menunjukkan kecantikkannya.




Yanto memandu kami pulang ke hotel and Yanto akan pick kami masa kami nak balik nanti.  So ke esok kan hari kami hanya akan lepak free and easy for us.

29 October 2011

Hari nie kami wake up agak lambat sikit and breakfast kat hotel ajer.  And ambil keputusan untuk jalan-jalan di sekitar Kuta area.

Tenghari nie kami makan kan Wong Solo (check out which Wong Solo yang korang nak pegi) sebab masa kami naik teksi tu si driver membawa kami ke wong solo yang sangat jauh dari Kuta area.

30 October 2011

Flight kami at 6.10am and Yanto come and pick us up and send us to the airport and time to say bye-bye to Bali hopefully we will come back again next year or the other year.


Note : 

  • Gunung Kawi Rp 15,000
  • Ulun Danu Rp 10,000
  • Kecak Dance Rp 70,000
  • The Asia Body Spa (message place)
  • GWK Rp 50,000
  • Ole-ole murah at Krishna