Kehidupan, kematian, rezeki dan jodoh semuanya ditentukan olehNya. Kekadang kita sebagai insan selalu aje ambik enteng atau erti kata lain ambil mudah dalam banyak hal. Bila sesuatu kejadian itu berlaku pada diri sendiri baru kita nak sedar akan kesilapan yang kita dah pun lakukan. Contoh paling dekat baru aje berlaku pada hari raya ke 3 di mana eden dapat satu berita yang tak berapa baik di mana kawan eden meninggal dunia accident di lebuhraya menuju Seremban. Beliau meninggalkan 3 anak-anak yang masih lagi kecil. Motor yang di naiki beliau baru aje keluar dalam masa 2 minggu nie and eden believe he actually saja nak test motor baru dia and eden dengar superbike (tak boleh nak sahih kan lagi).
Terkilan sedikit kart sini sebabnya eden bercakap dengan dia pada Raya ke 2 tapi sekejap ajer sebabnya masa tu eden tengah drive and dia menyatakan sekali lagi hasrat ingin berjumpa eden (setelah berkali2 dia mengajak) and eden tetap menolak kerana eden agak malas and tak berapa suka nak keluar dalam bulan puasa. Kali terakhir eden bercakap dengan beliau dia ada mengatakan "Na jaga diri baik-baik" not only that i receive sms from him as well and i still kept the sms. Last sms from him and as a friend eden cuma berharap dan mendoakan dia akan ditempatkan ditempat orang yang beriman. Al-Fatihah buat Ibrahim.
Pelajaran yang eden pelajari kart sini kita sebagai manusia biasa kalau boleh sentiasa la kita fulfill kan permintaan orang yang terdekat dengan kita kerana kita tak tahu bila masa kita akan dijemput OlehNya.