Followers

Tuesday, December 14, 2010

Xmas Deco







Xmas deco at Gardens Shopping Complex and Mid Valley.

I would like to wish everyone Merry Xmas and Happy New Year 2011.

Monday, September 13, 2010

Kehidupan dan Kematian


Kehidupan, kematian, rezeki dan jodoh semuanya ditentukan olehNya.   Kekadang kita sebagai insan selalu aje ambik enteng atau erti kata lain ambil mudah dalam banyak hal.  Bila sesuatu kejadian itu berlaku pada diri sendiri baru kita nak sedar akan kesilapan yang kita dah pun lakukan.  Contoh paling dekat baru aje berlaku pada hari raya ke 3 di mana eden dapat satu berita yang tak berapa baik di mana kawan eden meninggal dunia accident di lebuhraya menuju Seremban.  Beliau meninggalkan 3 anak-anak yang masih lagi kecil.  Motor yang di naiki beliau baru aje keluar dalam masa 2 minggu nie and eden believe he actually saja nak test motor baru dia and eden dengar superbike (tak boleh nak sahih kan lagi).


Terkilan sedikit kart sini sebabnya eden bercakap dengan dia pada Raya ke 2 tapi sekejap ajer sebabnya masa tu eden tengah drive and dia menyatakan sekali lagi hasrat ingin berjumpa eden (setelah berkali2 dia mengajak) and eden tetap menolak kerana eden agak malas and tak berapa suka nak keluar dalam bulan puasa.  Kali terakhir eden bercakap dengan beliau dia ada mengatakan "Na jaga diri baik-baik" not only that i receive sms from him as well and i still kept the sms.  Last sms from him and as a friend eden cuma berharap dan mendoakan dia akan ditempatkan ditempat orang yang beriman.  Al-Fatihah buat Ibrahim.


Pelajaran yang eden pelajari kart sini kita sebagai manusia biasa kalau boleh sentiasa la kita fulfill kan permintaan orang yang terdekat dengan kita kerana kita tak tahu bila masa kita akan dijemput OlehNya.


Tuesday, September 07, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

To all my blogging frens eden nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.  Kalau ada salah silap tu maafkan la eden.  Pada kawan-kawan yang di perantauan semua hopefully Raya tahun depan kita boleh bertemu.  Pada kawan-kawan yang nak memulakan perjalanan pulang ke kampung "Berhati-hati semasa memandu".





Wednesday, September 01, 2010

Berbuka Puasa di TGIF

Kali nie lokasi kart TGIF RM39++ ajer.  Kalau nak pegi sila la booked awal-awal.  Dari segi service yes they very good and food as well.

Berbuka Puasa di Restaurant Peranakan.

Memandangkan eden udah lama tak mengupdate blog eden oleh kerana busy with work + part-time work (aka score A).  Ermm entry kali nie mengenai buka puasa di restaurant peranakan, location at OU.  Dari segi harga depend pada apa yang kita order but roughly range from RM50-100 onward. Service tip top and dari segi rasa kalau bagi scale 1-10 eden bagi 8 la.


Monday, July 26, 2010

Breakfast Lontong




Kali nie entry eden pasai breakfast lontong at Taman Bidara Selayang. My personal opinion memang sedap lontong kart sini sebab pertama eden suka sambal kerang kart sini sebab kedua sebab lontong kart sini santan nya tak terlalu pekat, sesedap rasa. Additional food yang sedap gak roti canai and nasi lemak.




Wednesday, June 30, 2010

Admiral Cove, PD

Gateaway holiday. Totally relaxing holiday, no activity at all cuma makan and tido saja. Overall the best gateaway.





Monday, June 14, 2010

Jalan-jalan cari makan











To my BFF untuk tatapan korang :-)

Friday, June 11, 2010

Bandung












Bandung on the 6th to 8th January 2010.
Kali nie Bandung hanya 3 hari 2 malam with my parents. Activity kart sini hanya la shopping sebabnya bawak parents kan kalau tak shopping apa lagi. Mana lagi kalau tak ke Pasar Baru (tempat yang paling wajib). Kami stay kart Progo Hotel and Supir kami masih Pak Tedy. So perjalanan agak mudah kalau ada Supir nie maklum ler bawak orang tua kan. Basically kami habis kan masa with makan, shopping and eden bawak parents eden ke Tangkuban Perahu, malangnya hujan so tak boleh ler nak lepak lama sgt kart sini. Shopping adalah aktiviti yang paling menarik walaupun eden tau abah tu bukannya suka sangat tapi nak buat macam mana kan if madam dah nak shopping plus anak dia pun sama nak shopping maka kalah ler dia. Pasar Baru adalah tempat yang paling menarik sebab berjam-jam boleh lepak kart sini membeli kain untuk baju kurung. Jangan tanya berapa banyak helai kami beli yang penting kali nie kami tak kena tax.
Note :-
1) Hotel Progo - +62 22 420 6249
2) Shopping - Sekitar Pasar Baru - if pandai bargain semuanya murah ler from M'sia.
3) Shopping - Rumah Mode And Merdeka Arcade, Pasar Baru
4) Food - Simpang Raya, D'cost Seafood and Karamba (all recommended)

Bali Island

Bali Island from 21 December - 25 December 2009. My last trip for this year.

Kali nie I'm travelling with my sis. Cuma berbeda dari segi flight which she have to fly first without me. Hurmm masa nie punya la eden susah hati sebab kami tak story to our mom. Rasa bersalah sebab didn't inform her 1st (if inform pun susah gak) if anything happen to her eden la orang pertama yang akan kena and I will not forgive myself by making this kind of decission. Just imagine she never ever travel alone and lagi la pulak she never ever travel by plane before. But again I'm really proud of her coz at last she manage to handle herself without me. Wow this is really great and than I realize she already big enough and she no more small kid (she always complaint that I always treat her like a small kid, now she made me realize, hahahahaha). Tuhan aje tau masa tu macam mana perasaan tak keruan eden kart sini. Nasib baik ler semua berjalan dengan lancar seperti yang eden rancangkan. She arrive safely to the airport and someone from the hotel came and pick her up and she safely arrive to the hotel and she just need to come and pick me up at nite coz my flight is the afternoon and the best my flight delay for 2 hours. Gosh this is really tiring but no choice nak tambang murahkan ini la kita kena terima. Eden sampai airport and do all the clearance and than meet up with my sis and we made a move back to hotel. Sampai aje hotel eden mandi tukar baju and eden tdo (seriusly letih giler).

2nd day in Bali.

9.30 am our supir sampai and bring us to Celup (tempat silver). Kart sini tak banyak koleksi. And dari segi harga no bad sebab kita still boleh bargain. Eden ada gak la membeli seperti biasa la ring toe and anklet. Sekejap aje kart sini than kami teruskan perjalanan ke Batuan (painting). Gosh this is the best ever la, macam nak gila jap sebab eden memang minat giler with all the painting especially with the abstract design. Gosh sebab kan nie consider hari pertama eden kart Bali maka eden tak berani sangat nak membeli banyak sebabnya takut nanti lari pulak budget. But again all this is bullshit coz end up I bought more than 5 painting. And seriously its damm cheap so macam mana kalau tak borong kan. Honestly eden tak sure nak gantung kart mana nanti tapi ada "eden kisah" yang penting beli and balik nanti baru la peningkan kepala nak gantungkan kat mana. Honestly they are really good dengan apa yang depa buat. After dah berjam habiskan masa kart sini kami teruskan perjalanan ke Ubud and kami singgah kart Puri Saring, Ubud. Small temple tapi menarik dari segi architecture. Than kami teruskan perjalanan ke Tegalalang masa kart sini eden beli pinggan ceramic 2 set and seriously berat giler (tak tau la macam mana kami nak bawak balik nanti) and harganya baru RM14.00 perset (ada tiga pinggan and only at the price). We had very late lunch almost at 3pm kart Puteri Minang, Jl Raya, Ubud. Food wise nothing to complaint about, boleh la makan and biasa aje macam kat sini jugak. After makan kami teruskan perjalanan ke Goa Gajah. Nothing much to see tapi since dah sampai Bali for the 1st time baik la kita cuba cover most of the place kan. Than kami teruskan perjalanan ke Mas (tempat ukiran kayu). Kart sini kami cuma singgah kejap aje bukannya apa sebab kalau lama pun bukannya kami mampu nak beli apa2 pun. Tapi kalau ada yang nak meniaga memang ini la tempatnya. Kami teruskan perjalanan kami ke Uluwatu. Hurmm the best places la setelah one day penat berjalan and this is the best and more relaxing places, tengok aje view eden dah jatuh chenta. Kecak dance something new yang pernah eden tengok and YES kecak dance memang best sebab berlatar belakangkan sunset. Seriusly sunset nie mmg tercantik yang eden pernah tengok. Amazing depa punya dance tu memang cantik and best giler layan kecak dance nie (if ada peluang yes I will go again). Setelah selesai kecak dance kami terusakan perjalanan balik tapi sebelum tu kami singgah for our dinner.

3rd day in Bali

9am kami ke area Sanur untuk menonton Barongan Dance (yang nie boleh skip sbb tariannya tak begitu menarik perhatian eden coz I prefer more too Kecak Dance). Selepas area Sanur kami meneruskan journey kami ke Besakih and Kintamani. Besakih is another temple yang terletak di atas bukit and kart sini kita boleh sewa motor untuk ke atas, bad part kart sini dema paksa kita ambik tourist guide (actually kalau kita read buku Lonely Planet memang tak perlu pun tourist guide and another thing is kita kena la pakai pakaian yang menutup aurat erti kata lain sesuai ler kalau ada kain batik) Kintamani sangat cantik pemandangannya sukar untuk di gambarkan, memang menarik dan kawasan sejuk. Dalam perjalanan ke Tampak Siring kami sempat singgah kart ladang coffee, tapi kami tak membeli cuma meng experince cara-cara membuat coffee. Kami meneruskan journey kami ke another temple called Tampak Siring another tempat yang menarik, kerana kita dapat tengok upacara mandi bagi membuang dosa consider macam tempat holy water la nie. Pak Supir kami singgah sekejap tempat makan (not sure nama tempatnya yang penting halal) and kami teruskan perjalanan ke Jimbaran. Jimbaran basically tepi pantai and amat ler sesuai for seafood. Memandangkan eden sangat particular bab-bab makan nie and furthermore population sini penganut Hindu ate idak ler teman rasa selesa nak makan walaupun seafood sebab eden start ler nak tau minyak apa dema pakai, hehehehe. Apa pun tujuan utama sebab nak ambik gambor sunset and kami dapat table yang sungguh menarik bagi aktiviti mengambil gambor nie tapi malang sikit kami tak ada luck kerana sunset tu malu-malu dengan kami ate idak ler kami nampak, so ertinya simpan ajer ler camera tu yek. Malam nie kami dinner kart Puteri Minang. Selesai dinner kami mintak Pak Supir drop us kart Kuta area ajer sebabnya kami nak jalan-jalan area nie and actually tak jauh pun dengan tempat kami tinggal. So 1st shop yang kami singgah HRC and off course mesti ada T.Shirt from here (memang suka buat collection T Shirt HRC), after dah penat jalan seharian kami balik ke bilik and buat apa yang patut terus aje Zzzzzz sebab esok perjalanan kami akan bermula sungguh awal.

4th day in Bali

3.30am kami memulakan journey kami ke Lovina Beach and kami selamat sampai kart sini kul 6.15am. Kenapa perlu ke sini sebab kami nak meng experince tengok dolphin. Sesungguhnya perjalanan yang sungguh memeningkan kepala umpama jalan ke Cameron Highland tetapi sangat berbaloi. Walaupun kami pening siap muntah (nasib baik ler boleh tahan sebab muntah pun masa udah sampai) tetapi perjalanan yang sungguh berbaloi sebab akhirnya pengembaraan kami mencari dolphin berjaya dan kami dapat ler melihat dolphin at open sea, perghhh sungguh berbaloi. Kami mengejor dolphin sampai kul 9.30am and kami balik ke daratan untuk breakfast dulu and teruskan perjalanan ke Lake Buyan. Lake Buyan nie idak ler apa singgah ambik gambar ajer sebabnya satu jalan sebelum kita sampai ke Ulu Danun Temple. Ulu Danun another temple yang menarik bagi pandangan eden ler sebab different-different temple mempunyai seni masing-masing. Cantik yang nie sebab berlatar belakang lake. Perjalanan di teruskan ke Jatiluwih kawasan penanaman paddy. Sayup ajer mata memandang kehijauan paddy ker sini. Best sebab kawasan paddy teracce sini sangat cantik. Perjalanan diteruskan lagi ke Taman Ayun Temple (yang nie boleh skip nothing much to see). Kami teruskan ke Tanah Lot yang nie mesti atau erti kata lain harus pergi sebab salah satu tarikan pelancong. Memang cantik and sangat berbaloi. And kami sempat ler tengok aksi-aksi surfer Balinese, wow damm hot 6 pax tuuu. Our dinner malam nie kart Wong Solo (recommended). And malam nie kami ambik keputusan untuk buat massage selama 2 jam. Perghhh sungguh berbaloi and best giler (bila la merasa lagi nak buat kan)

5th day in Bali.

Hari terakhir kami kart Bali aktiviti kami adalah kembali ke Batuan sebab eden masih lagi nak membeli painting. Eden memang giler sebab painting kart sini murah and eden actually mencari painting yang agak besar for bunga kemboja (kenapa kemboja sebab tagline eden kan ke Aloha ala-ala Hawaii gitu). Tagline tu salah satu sebabnya tetapi sebab utamanya memang eden suka with bunga kemboja (walaupun bunga nie di tanam kart area kubur biasanya) sebab eden minat with white color sebab white color nampakan bunga tu hidup and berseri. Pencarian eden berakhir sebab eden dapat mencari apa yang eden mahukan terutama warna bunga and saiznya. For mom pink color and for me white color and now acara menggulung lukisan dalam batang paip, hehehehe ya la kalau tak karang macam mana nak bawak balik M'sia lak kan. Ahkirnya eden membeli lukisan sebanyak 10 lukisan. Selesai perihal lukisan kami ke Krishna (outlet menjual barangan cenderahati secara harga yang murah), so borong ler sikit2 untuk buah tangan balik ke M'sia.


Note :-
1) Guesthouse - The Kuta Inn -Not recommended at all (room condition very poor and there is no water heater plus you can see the cockroach around).
2) Supir - Pak Aris - chess_balitour@yahoo.com (+081 558 320 380) - recommended Supir. Less hassle since he know where to get cheap things plus halal food and he will help us to schedule our journey.
Overall worth journey walaupun penat sebab eden cuba untuk cover semua temple dalam masa 4 hari and if ada rezeki insyallah akan ke sana lagi 2011 bulan Feb.









Wednesday, June 09, 2010

Phuket

Journey yang dah basi sebab ianya pada bulan 2. Sangat sibuk sampai tak ada masa nak upload gambar + memang tak ada masa sebab kerja kart office melambak-lambak. Kali nie eden pilih bulan February sebabnya saja gediks nak celebrate birthday kart sana. Journey kali nie still with my sis. Journey kami bermula pada tanggal 14 Feb - 19 Feb 2010.

  • 14 Feb
Perjalanan kami bermula dari KL Sentral (seperti biasa by train) sehingga Ipoh. Sampai Ipoh kami terpaksa bertukar kepada bus (ada masalah teknikal). Pengangkutan dari Ipoh ke Alor Setar telah di sediakan oleh pihak KTM. Sampai Alor Setar kami teruskan perjalanan kami by train sehingga Padang Besar. Kart sini kami stop around 30-45 minutes (passport chop kart sini and jangan lupa ada borang nak kena isi). Perjalanan kami diteruskan lagi sehingga Haatyai. Masa kart Padang Besar nie kami berjumpa dengan seorang Kakak (frm Ipoh) also nak ke Phuket and she alone. Conversation started and we become fren and we start to plan our journey together (tips: ada bagusnya kalau you stick pada own plan coz tak semua orang satu kepala with us kan but we are lucky sbb in-term of transportation saja kami plan and the rest kami balik pada kami punya old schedule)
  • 15 Feb
Dari train station Haatyai kami start to scout around untuk mencari transport yang murah ke Phuket. Masalah sekarang time cuti raya cina maka masa nie ramai M'sian yang turun ke sini. Masa nie demand agak tinggi and kami lak ada budget and furthermore sebab kami tau actual price berapa nak ke Phuket and we trying our level best supaya tak kena tipu. Akhirnya dapat satu Van yang harga berpatutan and still in our budget. Perjalanan kami dari Haatyai ke Phuket makan masa 8 jam. Van selesa and driver pun ok. Kami sampai kart Phuket dah almost 9pm and kami bayar additional supaya van nie boleh hantar kami terus ke Patong area. Sampai saja patong kami turun and cari another transport untuk ke MS Guesthouse. Sampai guesthouse dah almost 10pm. Badan sangat penat and perasaan lapar pun kurang. Lagipun dah malam and susah sikit untuk kami mencari kedai makan halal. So malam nie kami cuma tido beralaskan roti saja.

  • 16 Feb
Akibat terlalu penat kami wake-up around 9am. Selesai mandi kami turun ke bawah untuk settlekan pembayaran bilik kami (malam tadi smp cuma ambik kunci saja bayaran pagi nie baru nak buat). Selesai pembayaran bilik + pembayaran sewa motor (nouvo). Yes kami sewa motor and yes kami tak tau jalan. Tapi owner guesthouse nie punya la susah payah menerangkan kart kami macam mana nak ke beach malangnya kami tak berapa nak paham (ate english idak bagus benor). So moral of the story here make sure minyak motor ada maka boleh meronda-ronda tanpa rasa sangsi hehehehe. Tapi tu la nasib kami agak baik sebab tak sesat pun terus ajer kami jumpa patong beach. Hurmm nampak ajer beach kan kami terus senyum sebab nya memang cantik and agak susah nak digambarkan dengan kata-kata (kalau ada peluang korang pegi la yek). Sesungguh eden sangat taksub dengan pemandangan di sini dan sungguh kagum dengan ciptaannya. Ok beach dah jumpa so next mission la nie nak kena pegi cari station minyak, hahahaha again kami berjaya cari station minyak + kami jumpa tempat makan muslim (cari ajer masjid kedai nie memang terletak depan masjid). Owner kedai from Patani rasanya sebab boleh bertutur bahasa Melayu Kelantan. Since dah jumpa kedai maka kami ambik keputusan makan tengahari at 11.30 am (awal giler tapi nak buat mcm mana kan malam tadi tak makan). Selesai makan misi kami kembali ke area Patong Beach (ikut ajer tanda arah sure tak sesat). So activity hari nie lepak dekat beach sambil cuci mata (best gilerrrrr). Kami lepak kart beach sampai petang and after that kami ambik keputusan untuk meronda. Jangan tanya ke mana tapi memang kami ronda tanpa haluan and kami jumpa la few other spot untuk melepak tetapi hati kami tersangkut hanya di Patong area. Best gak ronda-ronda naik motor nie and please make sure minyak ada and anda berani to ride the bike. Selesai ronda balik bilik, rest sekejap and keluar malam for dinner and terus ke HRC Phuket. Kenangan lama mengimbau kembali HRC KL tersemat dalam kenangan. So our nite habis kart HRC than balik bilik Zzzzzzzzz.


  • 17 Feb
Kami keluar breakfast tempat yang sama and masih lepak kart beach yang sama (Patong). Kami lepak sampai petang and I realize yang badan eden dah mula sakit and baru perasan sunburn yang sungguh teruk. Eden saja jalan-jalan kart tepi pantai and adik eden sibuk la nak buat rambut and me more kepada massage. So massage 1st sebab kena bagi badan sejuk balik maka ambik ler massage aloe vera (serius esok memang susah nak angkat beg). Selesai massage kena tunggu lak adik buat rambut. Selesai ajer semua terus kami balik untuk mandi and ready for our dinner and shopping. Malam nie aktiviti makan and shopping (sikit-sikit ajer sebab acara utama bercuti).

  • 18 Feb
Bangun pagi lagi sebab hari nie kami akan pulang ke Haatyai. Setelah settle kat Ms Guesthouse kami jalan kaki sampai ler kart tempat motor-motor (ala2 teksi) station sebab kami nak mintak dema nie hantar kami ke Patong Beach (if nak jalan kaki jauh). RM5.00 dema charge satu motor sebab nya dema tau kami nie tourist and kami pun tak kira sangat bayor ajer ler walaupun tak berbaloi sebab tak la jauh sangat if by bike if jalan yes sangat jauh. So kami tunggu bus kart depan Patong Beach and naik bus sampai ke Phuket town and kami terus ke tempat Van yang kami sepatutnya naik (moral of the story here jangan sekali beli tiket dari travel agency sebabnya depa nie byk alasan contoh macam bus tak dapat nak jalan time nie sbb time yang kami booked tu tak ada orang) so apa pun just buy saja ticket dari kaunter bus biasa. Nasib kami baik sebab depa bagi balik refund walaupun tak penuh but serius i dont care coz kami kena sampai Haatyai awai sebab kart Haatyai kami belum ada bilik so kami nak kena cari bilik lak. Perjalanan kami another 8 hours and kami sampai Haatyai masih terang and masih boleh lagi mencari bilik sekitar pekan Haatyai (berhadapan dengan station bus). Nasib agak baik sebab ada sorang waiter kart tempat kami makan tu sanggup menolong kami mecari bilik sekitar area tu. Akhirnya kami dapat bilik attached bathroom tetapi tingkat 4, tak kisah ler janji boleh mandi and rest. Malam tu kami turun untuk ke CC and update perjalanan kami kart FB.

  • 19 Feb
Kami bangun pagi and pegi cari breakfast and mulakan perjalanan kami sekitar are Haatyai. Hajat hati nak cover floating market tapi sayangnya floating market bukak sebelah petang saja. So kami berjalan sekitar market pagi mereka and end up beli la few things from there. Balik ke bilik and kami terus siap untuk teruskan perjalanan ke Padang Besar. Check out terus ajer kami beli tiket (mini van) untuk balik ke Padang Besar. Perjalanan around 45 minutes and melalui kampung-kampung yang berpemandangan pokok getah. Satu perjalanan yang menarik dan amat berharga. Sampai ajer kart Padang Besar chop passport and kami again membonceng motor RM5 seorang untuk ke station keretapi. Hurmm sampai ajer station kami makan and minum dulu sebab masih awal lagi and eden ambik keputusan untuk mandi (tak ada tandas untuk mandi so pandai-pandai ler nak idupkan). Selesai ajer mandi and tukar baju baru ler rasa selesa untuk teruskan perjalanan ke KL.

  • Kronologi perjalanan + tips.
1) MS Guesthouse - +66 76 345 676 (14/13 Rapatanusom Road, Patong Beach) (recommended)

2) KTM Malaysia - http://www.ktmb.com.my/

3) Halal Food at Patong Beach - landmark Mosque (kedai berhadapan mosque)

4) Sewa/Rent Bike - RM 15-30 one day.

5) Make sure beli tiket bus at kaunter yang di sediakan bukan melalui travel agent.












Sunday, May 23, 2010

Pampering Myself

Lazy Sunday, activity today 10.30 am at Citra Sari for my body massage and scrub. Sound so interesting rite. Memang pun sebab dah lama sangat tak buat kerja-kerja macam nie sekali sekala pampered myself apa salah kan. Kali nie eden ambik fully body massage (tradisional way) for 1 1/2 hours and + with scrub (green tea scrub). Overall is actually good but again we can't compare with Bali massage la, lagi best seh, perghhh miss la Bali punya massage. After body massage and scrub I went straight to Kanna Restaurant at Jalan SS2 (thanks Nad sebab tunjukkan kedai nie and jalan nak ke sana). Overall here, wallah la wei, food lagi sedap kart sini berbandingkan kart area Brickfields. Kanna Restaurant nie makan kart atas daun pisang, walaupun eden sorang2 ajer nie ada eden kisah janji makan, hehehehe (Yus, hang balik mai sini nanti eden bawak hang and laki hang mai makan sini nooo). But serious sedap la kart sini, ada peluang akan bawak my parents lak mai makan kart sini. Service cepat, bersih, boleh pilih makan kat bawah pokok, aircond room or open air. After my lunch eden terus ke Jalan Ipoh konon-konon nak pegi straight kan rambut malangnya hari nie hari Ahad so pekerja ramai cuti so tak ada orang boleh buat kan straightening, maka kita tunda kan ajer la niat-niat suci eden nie. Alang-alang dah kart sana suruh ajer ler dema basuh and blow rambut eden, best gak kan. Balik ajer from saloon tukar baju, basuh cadar terus tido. Hurmmm sungguh lazy Sunday ha!!.

Thursday, May 13, 2010

Friendship

Satu perkataan yang amat mudah untuk kita sebut but again senang ke kita nak kekalkan perkataan nie dengan sempurna??? Nampak ringan ajer ayat nie tetapi pada eden sebenarnya susah untuk kita jaga ayat nie. Pada eden kawan gelak ketawa memang ramai yang boleh kita cari tetapi kawan yang sanggup menangis bersama di kala kita susah dan senang bukan mudah. Tapi tu la yang eden pelik kan kenapa kita manusia nie tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada atau perolehi. Kadang-kadang tu tak paham kenapa kita perlu ada perasaan dengki sesama kita manusia (again kalau dari segi nak menjadi lebih baik eden tak kisah), berdendam sesama manusia sehingga kalau boleh nak jatuhkan orang itu dengan cara baik ataupun cara halus tetapi again semuanya datang dari DIA and kita semua akan pergi mengadap DIA satu hari nanti. Kenapa kita tak pandang kepada perkataan SAHABAT, KAWAN or FRIENDSHIP, apakah kita sudah lupa atau sengaja melupakan perkataan-perkataan ini???? Hurmm letih memikirkan ini semua tetapi again kalau kita ada kawan-kawan yang sanggup bersusah payah demi kita kita hargailah jasa kawan-kawan ini kerana bukan mudah kita nak cari kawan-kawan yang berpendirian susah senang kita bersama.
Bila eden sit down and think back I'm very fortunate sebab ada kawan-kawan yang sanggup susah senang bersama. And I realiase bila kita dah berjauhan with kawan-kawan nie baru kita akan rasa kehilangan bila masa dekat tu tak terasa sangat. Tapi bila fikirkan balik berapa lama usia persahabatan yang terbina rasa macam sungguh sayu sebab start dari college sampai ler sekarang kita still lagi in good term. Sesuatu yang susah untuk kita kekalkan but again kita berjaya kekalkan sehingga kini and kenapa yek berhubungan chenta kita jarang dapat kekalkan atau pertahankan? Adakah chenta more kepada burden coz not being ourself (or need to change sbb partner kita tak suka?) and for friendship lak kita jadi diri kita sendiri. Hurmm susah nak jawab tapi I rasa maybe sudah masanya kita pikirkan bersama, hehehehe. I really do love them and hopefully our relationship will stay forever.

Wednesday, May 12, 2010

I Miss Us


So sudden ajer perasaan rindu yang teramat kart korang ber 2. Hurmm bila lagi kita akan bertemu and berceloteh sampai pagi. Masing-masing dah ada family sendiri and sorang tu pulak jauh dari bumi M'sia and sorang nie pulak dah jadi mak buyung maka macam susah sikit la nak jumpa and hang out at Dome :-) Whatever it is I Miss U Guys. Hope to see both of you Soon.........



Thursday, April 22, 2010

Kindness is love in action

Share you feelings.
Call during the day, just to say ‘I love you.’
50/50 isn’t enough. You each have to give 100% if you want to have a great relationship.
Turn the TV off and take time to talk together.
You’re part of a couple, but be your own person as well.
Picture yourself as older, looking back on your life together. What do you wish you had done? Do it now...
If you’re not happy negotiate for change.
Say positive affirmations about each other and your relationship.

Sunday, April 11, 2010

Perfect Saturday

Starting from the Saturday morning until midnite everything went smoothly and perfect. Very hard to describe with word but most important here every single moment went straight to my heart. Seriously I really enjoy it and hope we can spent more time together with this kind of enviro. Saturday nite full with surprise and not to forget I should thanks to all our friends sebab berjaya menjadikan ianya kenyataan. Started with our late lunch at Pelita and rush back for a so called "karaoke session" and it turn to be a dinner. Perfect place at The Apartment, Curve, we had drinks and a slice of cake and our chat session began. Everything went perfectly and I never ever had a dream to have all these but again I made a mistake by judging from the age. Obviously age is only a number but the way we thinking is more important. After The Apartment we went back home and all started from here. And seriously everything went perfect and the greatest thing ever happen into my life. Thank you to all for make it things happen and love u all. And new chapter began in my life on the 10th April 2010.

Friday, March 26, 2010

Jodoh

Jodoh pertemuan, rezeki and ajal maut semuanya datang dari DIA. Tetapi adakah kita manusia paham erti konsep berusaha. Tanpa ada usaha segalanya tidak akan menjadi. Kenapa kita harus tunggu dan lihat dan membiarkan ianya datang atau terjadi dengan sendiri. Apa pun yang kita ingin lakukan kita perlu berusaha and tawakal. Tapi kadang2 kita perlu bertanya pada diri kita adakah usaha yang kita buat itu sudah mencukupi???? Kenapa kita tidak tingkatkan usaha kita untuk mendapatkan apa yang di hajat. Bagi eden membiarkan ianya datang dengan sendiri ini tidak akan mungkin berlaku dan jika mahu ambik sikap tunggu dan lihat pun bukan la sesuatu langkah yang pro aktif. Maka apakah solution yang perlu kita lakukan selain dari pasrah dan berserah.......terpulang la kepada individu-individu bagi memikirkan yang mana solution terbaik.

Thursday, March 25, 2010

Stress


Dah lama tak menulis dan lama jugak tak mengidap penyakit stress nie. Tapi hari nie jiwa ku jadi kosong, hati tak tenteram tak seperti biasa. Ada macam tertinggal sesuatu, ada jugak rasa rindu pada seseorang tetapi siapa gerangan manusia itu...........hurmm eden sendiri tak sure. Tapi hari nie confirm jiwa ku kacau sebabnya nak buat keje pun tak boleh and dah tak sabaq rasa hati nak tunggu esok at least eden boleh rest this Saturday and Sunday. Di kala stress melanda nie eden dah pun cuba untuk mengurangkannya dengan pi urut badan semalam tapi masih tak dapat untuk mengurangkan stress nie.


And apa yang eden boleh buat sekarang ialah mencuba method kedua iaitu makan choc, ahaks boleh berjaya atau tak kita akan ketahui sat lagi sbb eden baru aje makan 2 of this choc. Apa pun terima kasih eden kepada seseorang yang memberi eden choc ini.

Wednesday, February 24, 2010

Long Weekend

Dah lama eden tak menulis kart sini, accept for my holiday thingy aje. Hari nie ntah tiba-tiba mood eden kembali untuk menulis. Long weekend round d corner dan yang pasti esok eden akan memulakan perjalanan pulang ke kampung after keje. Apa yang eden nak buat kart sana untuk beberapa hari nie? List dah ada actually cuma boleh atau tak boleh eden lakukan.

1) Visit my saloon - potong rambut or something else. Tapi yang eden tahu harus and wajib eden kunjungi saloon nie.

2) Must eat kart few places - Mee rebus Abdullah, Nasi kandar and teh ais Ghulam Rasul kart and last not least ais asam limau kat depan collesium.

3) Nak balik kampung nak jumpa opah.

4) Nak suruh mak masak curry ayam.

5) Dah lama tak buat nie iaitu ambik camera and shoot photo around my hometown. Byk benda menarik tp ntah kenapa eden tak buat kerja-kerja nie.

Wednesday, January 27, 2010

Singapore

18-20 December 2009, kami ber4 ke Singapore. For info nie adalah kali pertama kami ber4 menjejakkan kaki ke Singapore, walaupun ianya dekat tapi entah la hati nie tak terbukak pun nak kesana. Tapi kali nie kami berjaya untuk menjejakkan kaki kami, alasan utama kenapa kami nak ke sana kerna kami nak tengok deco yg cantik especially during xmas. Yes ternyata tak rugi sebabnya mmg sah deco sana memang cantik. Kami bertolak from KL kul 6am dengan menaiki bus aeroline (kart depan Corus Hotel). Kami sampai Singapore dalam kul +- 11am. Tak banyak yang boleh di story kan sebab its almost like KL cuma yang best nya Orchard Road, their Zoo and Underwater and off course Sentosa Island. Memang tak di nafikan depa develop mmg cepat and maybe sebab negara mereka kecik from us.


Nota :-

Transport wise - senang sebab travel by train and buses aje.


We stay kart - http://www.rucksackinn.com/ (my personal view - the best dari segi layanan and very clean and tidy place)


Our tranport from KL to Singapore - www.aeroline.com.my (my view - semua ok dari segi layanan and food)