Followers

Friday, February 20, 2009

Ipod Nano




Tak pernah terlintas untuk membeli pun Ipod nie sebab rasanya tak ler perlu sangat since eden dah ada MP3 philips. Tapi bak kata pepatah kalau dah ada rezeki depan mata tak perlu ler kita tolak ya tak. Ahaks rasa gembira bangat sebab ada orang sanggup bagi present kart eden Ipod nie. Ucapan terima kasih ler kepada Not sebab nak bagi present nie sempena dengan birthday eden. Ipod Nano, 8GB, Color Orange. So lepas nie kena la eden belajar pulak pasal gadjet baru eden nie.

Feb 14, 2009








Aktiviti hari nie pagi gi service my car dah 1000km, 1st service. After that I had lunch with Not. After lunch rush back home sebab dah ada janji pi tengok wayang with my friends cerita Upin and Ipin. Cerita cartoon Malaysia. And guest what untuk kami dapat kan tiket nie bukan mudah sebab my friend kena pi beli sebelah pagi and beratur punya la panjang and cuma dapat tiket 4.45pm the rest sold out. Masa tu pun dah rasa amboi dahsyatnya cerita nie sebab cepat sangat sold out tiketnya.

My opinion for this movie eden rasa movie nie berjaya membuktikan Malaysia boleh and i'm proud of them sebab mereka berjaya membuktikan.
Enjoy the pic yg eden ambik at the Curve. And check out this website : http://gengmovie.blogspot.com/

Friday, February 13, 2009

Puteri Gunung Ledang the Musical



11 Feb @ 3pm (sanggup ambik 1/2 day leave) pengalaman pertama kali masuk ke Istana Budaya and watching PGL the musical. Satu pengalaman yang menarik and secara tak langsung membuka minda untuk berfikir and apa yang boleh eden kata kan semua yang menjayakan PGL adalah benar-benar orang seni and benar-benar mencintai dunia teater. Sepanjang 3 jam berjalannya PGL 3 tanpa ada rasa bosan and the best partnya susah kita nak tengok any kesilapan especially bab-bab menari. Boleh eden kata kan kart sini 99% perfect. And eden memang agree when they say this time more mistik and it really mistik dengan beberapa pergerakan yang me and friends tertanya sampai ke hari nie. Till today kami tak boleh nak figure up macam benda tu can happen. Bottom line here what i can express my own feeling is this team really good and they manage to capture many eyes. Tahniah kepada semua yang menjayakan PGL3 kerana ianya meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa eden and i'm really proud that they are Malaysian.

  • Datin Seri Tiara - She damm good dengan tarian begitu lemah lembut and penyampaian cerita datang dari hati and sampai ke penonton.
  • Stephen Rahman-Hughes - Damm charming and he can speak Malay well.
  • Adlin Aman Ramlie - Hurmm tak kenal maka tak cinta. The best la, lakonan bersahaja, boleh menari, penyampaian sungguh berkesan.
  • AC Mizal - memang sesuai la dengan watak Raja Majapahit - Jawa.

Jonker Street Melaka

Last minute decission nak pi Melaka. 3pm Not called tanya apa aktiviti and kebetulan Nurul pun ada balik ke rumah eden. Eden pun bagi tau la dia nothing and kami dok lepak tengok tv. So dia pulak kata siap and bawak sekali baju kita keluar dari KL. Hurmmm eden pun siap la beg and pi la jumpa dia kart Valencia Sungai Buluh sebab dia tengah tanam pokok kart salah satu umah kart sana. Bila enter aje Valencia rasa macam nak menangis sebab tengok umah kart dalam nie punya la besar giler. Rasa eden la 7 keturunan ku pun belum tentu mampu untuk beli umah kart dalam nie. Back to our trip. Jumpa aje Not terus tanya dia nak pi mana? Dia punya cadangan nak pi Taman Negara tapi masalahnya kami tak boleh nak pi sebab on Sunday Nurul kena balik ke Melaka (she still study there). Ding dong punya ding dong dia kata teruskan perjalanan ke Melaka. Off course Nurul not so happy sebabnya "Y" Melaka, she study there, dah jemu la kononnya. By 4pm kami keluar daripada Sungai Buluh and we reach Melaka around 6pm. Masa nie baru la kami nak cari bilik. But one thing la cheq discover banyak guesthouse around Melaka town tapi susah nya bab-bab nak parking kereta. Guesthouse ada few yang eden discover yang dekat dengan Jonker Street. Akhirnya kami decide duduk kart satu guesthouse near to eye on melaka. We manage to booked a room for 3 of us at rate of RM148 nett. Bilik tak la besar sangat tapi huge bilik air. Yang penting everything is clean and ada aircond and tv. After check in aje teruskan perjalanan ke Melaka Street. Than terus ke Jonker Street. Wow best gak jonker street (1st time masuk Jonker Street). Macam-macam kita boleh tengok kart sini. Kebanyakan benda yang unik and benda-benda lama. As usual kalau ke Melaka tak akan lengkap kalau eden tak singgah ke kedai Orang Utan for my T.Shirt. Kalau dah masuk ke kedai nie per sure 1 T. Shirt kena/wajib beli. "Y" kena beli sebab eden suka/minat with rare design. After dah penat jalan kart Jonker Street we decide untuk naik boat lalu kart sungai melaka malangnya public holiday on monday maka our trip pun kena cancel sebab ramai sangat orang "q" untuk naik boat nie. Cost untuk naik boat nie for dewasa RM15 saja still cheap and affordable. So we decide untuk lepak kart tepi sungai melaka tu and tengok orang lalu lalang, than we went out from that area for our dinner. After dinner balik ke bilik, mandi and rest tengok tv. Next morning we wake up siap-siap and check out around 10.30am. Heading for a breakfast and than do some shopping at carefour for my sis. After that straight went to Pantai Klebang for a lunch (trust me nothing there anymore). After lovely lunch we heading to Alor Gajah sending my sister and we off back to KL. Its a short and unplanned trip.



Antara Guesthouse yang menarik and near Jonker Street (nie yg eden discover)




Wednesday, February 04, 2009

Nostalgia Part II


He he he yang nie lagi la kelakar. Sudah lebih dari 17 tahun eden meninggalkan sekolah tapi kali nie eden terjumpa dengan name tag eden. Name tag zaman pakai tudung (wajib dulu tu yg kena pakai). Kelakar aje muka eden masa dulu sebab ada la kurus sikit kalau nak bandingkan sekarang. Dulu eden pengawas sekolah dari form 1 till form 5. Mak eden masih lagi simpan jacket sekolah eden (ala yg nie lupa pulak nak ambik gambor). Yang herannya emak simpan lagi tag tu. Tapi kalau buku-buku tu udah habis kena sedekah lama dulu.

Nostalgia Part 1




Minggu baru lepas hari tu eden balik ke kampung sebabnya hari Isnin kami cuti - Wilayah Day. Masa balik kampung tu macam biasa la eden akan teman kan emak ke pasar. Jalan punya jalan eden capture something. Terus terkenangkan masa zaman kecik2 dulu. Kalau dulu kita boleh beli makanan dengan harga 20 sen aje but now dah jadi 60 sen and rasanya tak la sehebat dulu. Geng semua nak tau apa kah makanan tu check out la, he he he nasi lemak yang di bungkus dengan menggunakan daun pisang.