Followers

Monday, September 24, 2007

Sejarah Ringkas Pasir Salak

Kompleks Sejarah Pasir Salak dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M. Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990. Penubuhan Kompleks Sejarah Pasir Salak adalah dari idea Y.A.B. Tan Sri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak. Konsep asal penubuhannya merupakan satu bentuk rakaman sejarah yang memperingati kita betapa pentingnya peristiwa berdarah Pasir Salak yang dianggap sebagai asas permulaan sistem demokrasi berparlimen bagi negara Malaysia. Kompleks Sejarah Pasir Salak juga akan dijadikan sebagai sebuah pusat yang menyediakan sumber-sumber rujukan mengenai sejarah dan kebudayaan negeri Perak Darul Ridzuan yang bermanfaat kepada masyarakat seluruhnya. Pembinaan Kompleks Sejarah Pasir Salak ini juga bertujuan untuk memperingati generasi-generasi muda akan peristiwa Pasir Salak pada tahun 1875 yang merupakan kemuncak dalam gerakan orang Melayu menentang penjajah Inggeris di Perak serta memperingati akan jasa dan pengorbanan para pahlawan yang mempertahankan maruah bangsa dan negara. Di samping dengan ciri-ciri sejarah kompleks ini juga sebagai bertujuan untuk pengumpulan bahan-bahan sejarah yang ada di Kompleks Sejarah Pasir Salak ini, pastinya juga menjadi salah satu daya tarikan pelancong untuk mengunjunginya.

Buah Tampoi



Buah nie di beri nama buat tampoi and hanya berbuah dalam 4 tahun sekali sahaja. So agak parah gak la kalau nak makan buah nie kena tunggu every 4 years aje. Bila eden rasa buah nie hari tu rasa macam buah rambai pun ada tapi lebih manis.

Thursday, September 20, 2007

Gua Tempurung

First time eden menjejakkan kaki ke lokasi nie. Mula-mula tu agak malas gak nak ke sini sebab eden tak pasti apa yang ada kat sini. Bila tanya kat adik eden dia pun kata dia tak sure sebab dia sendiri tak pernah kesini. So both of us decided nak ke sini and have a look apa yang ada kat sini. Mula-mula sampai tu kami kurang excited lagi but bila dah bayar harga tiket RM9.00 untuk sampai ke tempat yang mereka gelarkan sebagai "Top of the World" nie excited pulak almaklum la bila enter aje cave nie gelap aje. Ternyata tempat nie memang cantik walaupun dalam gelap.........ada few spot tu memang menarik dengan adanya stalagmites and stalactites. Not only that ada 1 spot nie they called it as "Wind Tunnel". For those yang nak lebih adventure lagi eden saran kan ambik "Grand Tour" yang nie siap nak kena merangkak and sure akan basah, duration dalam 3 jam 30 minit pergi and balik. Macam yang eden ambik tu cuma makan masa 1 jam 45 minit aje. Yang 3 jam nie mental and fizikal nak kena mantap gak la. Kali nie agak sukar untuk eden nak capture gambar dalam gua nie sebab agak gelap but ada few hasil yang boleh di banggakan.



Tuesday, September 18, 2007

Janji tinggal Janji


He he he, nie la di katakan Janji tinggal Janji eden punya la berjanji pada diri eden bahawasanya eden tak akan membeli handbag/sling bag untuk tahun 2007 nie tapi tak jugak berjaya. Eden berjanji tu bukannya sebab apa sebab masa pi Bangkok hari tu eden banyak sangat borong bag tu la sebab nya eden tak nak membeli lagi. Tapi apa kan daya kalau dah pompuan tu pompuan jugak ler.

Thursday, September 13, 2007

Wedding





Masa balik kampung hari tu eden sempat attend satu Indian Wedding. Depa nie memang kenalan my family. Wedding nie simple tapi meriah. Eden bangga jadi rakyat Malaysia sebab kami boleh tengok pelbagai bentuk wedding start from Malay, Chinese, Indian, Sikh and etc. Kalau kita duduk dan fikirkan bertapa untung jadi rakyat Malaysia yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Bila fikir2 balik makanan pun kita dapat rasa bermacam-macam jenis masakan bukannya makanan aje malahan pakaian, bahasa dan sebagainya. Tapi eden kalau bab2 bahasa nie eden cuma boleh bertutur sikit-sikit bahasa tamil. Makanan lak semua pun boleh janji "sodap" he he he.

Wednesday, September 12, 2007

Selamat Berpuasa

Selamat Meyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam...........semoga tahun ini lebih sempurna ibadah kita dari tahun-tahun sebelumnya, insyallah.