Followers

Monday, December 18, 2006

Holiday Inn


Saturday nite fever since the Devil is back......saturday nite eden lepak kat Holiday Inn Glenmarie. Tapi kali nie bukannya eden rancang tapi it just happen. 1st we thought nak keluar makan aje so eden malam tu memang pakai sempoi giler sebab ingatkan nak keluar makan aje last-last sampai ke Holiday Inn. So nak buat macam mana dah sampai nak tak nak eden kena jugak turun from kereta and masuk ke dalam. Mula-mula masa nak masuk tu eden tengok signboard ada live band kumpulan Freedom. Terus kepala otak berfikir arwah Seha singer kumpulan Freedom. So now they already have a new singer tapi tak ler sehebat arwah. Tapi malam nie eden tak boleh nak menari sebab outfit eden tak sesuai langsung, maka eden cuma duduk sambil goyang-goyang sikit aje. Malam ni crowd tak ramai sangat sebab boleh di katakan tempat nie banyak orang-orang lama aje no youngsters at all. But apa pun sesuai ler untuk eden (sedar diri he..he..he). Anyway crowd malam tu semuanya sporting giler almaklum lah otai aka orang lama.

Devil is back - Hyatt Subang

After karaoke session eden dah janji dengan geng lain pulak nak lepak kat Hyatt Subang. Ikut rasa hati malas sangat nak keluar tapi sebab dah janji and teringat pulak azam 2007 nak start keluar and sosialize. Well I accept the invitation and we went out to Hyatt Subang. Mula-mula sampai kat Hyatt Subang tu rasa macam ala malas nya nak masuk tapi sebab nak jaga hati kawan-kawan eden pun masuk and terus aje naik keatas (tempat nie ada 2 tingkat) so kami semua lepas kat atas sambil tengok live band dari atas aje. Dunia nie kecik sebenarnya sebab tengah-tengah eden layan dengar lagu tiba-tiba ada orang tepuk eden dari belakang apalagi terkejut beruk ler eden sebab boleh jumpa pulak member lama member masa zaman lepak kat HRC. Eden ingatkan dia dah cuci tangan almaklum la sebab dah kawin and futhermore anak pun dah ada 2 orang rupa-rupanya masih berkecimpung lagi. Mula-mula tu eden rasa macam bingit sangat sebab dah lama eden tinggalkan aktiviti-aktiviti macam nie (Yus devil is back.......) tapi bila dah lama-lama tu jadi syiok la pulak, mula-mula dok diam aje tengok crowd after a while apalagi mana boleh tahan once they sing all the old song.......(old song during our time at HRC.......Yus ada ingat ka????). Memandangkan dah lama tak menjalankan all the aktiviti boleh katakan berpeluh jugak ler. Apapun I'm really happy that nite. Waiting for the next invitation pulak. Devil is back.........

Karaoke




Mmmm last Friday me and my colleague having fun at the karaoke. Eden bukannya boleh menyanyi pun tapi saje nak meramai kan session karaoke. We booked for 2 hours so apalagi menyanyi la sampai hilang suara. Kami ada 8 orang jadi semuanya nak tunjuk terror menyanyi tapi eden tak nafi kan colleague lelaki eden semuanya pandai menyanyi. Depa siap boleh menyanyi lagu rock lagi. Memandangkan semua colleague eden nie lebih kurang sebaya so depa nie banyak menyanyikan lagu-lagu zaman 80an (teringat nostalgia zaman sekolah dulu ler). Lagu yang tengah hit sekarang nie lagu filem My Heart (filem indonesia) depa dok menyanyi lagu nie sampai 2 kali (syok sendiri terasa suara depa baguih....he....he....he).

Wednesday, December 13, 2006

Merry Xmas and Happy Holiday


All my fren I would like to wish Merry Xmas and Happy Holiday.......... Eden la nie tengah mood cuti coz eden akan ambik cuti from 27/12 and 3/1/2007 will come back to the office. Yahoooooo long leave less headache...........

Wednesday, December 06, 2006

Azam Tahun Baru 2007

Now dah bulan December rasa macam cepat sangat hari berlalu dah sampai penghujung tahun 06. Bila talking about azam tahun baru nie eden tak berapa nak suka sangat sebab banyak sangat tak tercapai dari tercapai. But yesterday during I'm walking to my car eden terpikir sampai bila eden nak hidup dalam keadaan yang macam sekarang nie........... Maka eden dah simpulkan bahawasanya next year eden kena buat 3 benda nie.
2007
  1. Eden akan berusaha untuk mencari kerja baru dengan tangga gaji yang memberangsangkan.
  2. Eden nak cuba kurangkan debts yang eden ada and eden nak cuba buat sikit simpanan. Eden nak cuba travel keluar dari Malaysia (memandangkan selama nie dalam Malaysia aje)
  3. Eden nak start keluar and meet people sebab dengan apa yang eden buat sekarang nie after habis kerja eden balik rumah so for me benda nie dah tak produktif lagi. If rutin itu yang eden buat untuk tahun2 akan datang eden rasa eden tak akan jumpa Jodoh sebab I believe that I need to work harder to archieve all my goals for 2007.

Tuesday, December 05, 2006

Malacca

During holiday yang panjang hari tu eden ada ler pi Malacca sebab nak kena pi ambik adik eden kat sana, terlanjur kesana eden pun saja ler bawak Mak eden jalan2 ke Malacca. Ya la bila lagi eden ada masa nak bawak Mak eden jalan2 if eden tak grab masa yang ada nie. Memandangkan Mak eden teringin sangat nak ke Kota A Famosa maka eden bawak ler dia ke sana. Mak eden nie if bab2 sejarah and geografi dia nie lebih terror from anak-anak dia. Bila sampai aje kat area Banda Hilir tu Mak eden pun start ler cerita pasal sejarah Malacca, apalagi eden dengan adik eden kena ler dengar tapi yang bestnya tu dia masih lagi boleh ingat tarikh and cerita2 pasal Malacca.....agaknya if eden dah tua nnt usahkan ingat tarikh nama tempat pun maybe eden boleh lupa. Kami cuma habiskan masa kat area A Famosa aje hari tu, tu pun kira penat gak ler. Tapi bila tengok tinggalan sejarah tu terkenang macam mana le masa zaman Malacca tengah gemilang dulu. Bila dah puas ronda kat sana kami pi ke satu kedai kat Jalan Tukang Besi, kedai tu nama nya Orang Utan. Kedai nie jual T Shirt yang di design sendiri oleh owner kedai tu. Design dia semuanya cantik2 so apalagi eden and adik eden beli ler sorang sehelai. Kedai dia kat Malacca aje ada 3 buah kedai and story about him ada keluar dekat Herald Tribune tahun 1999. Tapi kami tak di benarkan ambik gambar dalam kedai tu so kami ambik gambar luar kedai aje ler. To all my kroni's tengok ler gambar yang kami capture during kat Malacca hari tu.