Saturday nite fever since the Devil is back......saturday nite eden lepak kat Holiday Inn Glenmarie. Tapi kali nie bukannya eden rancang tapi it just happen. 1st we thought nak keluar makan aje so eden malam tu memang pakai sempoi giler sebab ingatkan nak keluar makan aje last-last sampai ke Holiday Inn. So nak buat macam mana dah sampai nak tak nak eden kena jugak turun from kereta and masuk ke dalam. Mula-mula masa nak masuk tu eden tengok signboard ada live band kumpulan Freedom. Terus kepala otak berfikir arwah Seha singer kumpulan Freedom. So now they already have a new singer tapi tak ler sehebat arwah. Tapi malam nie eden tak boleh nak menari sebab outfit eden tak sesuai langsung, maka eden cuma duduk sambil goyang-goyang sikit aje. Malam ni crowd tak ramai sangat sebab boleh di katakan tempat nie banyak orang-orang lama aje no youngsters at all. But apa pun sesuai ler untuk eden (sedar diri he..he..he). Anyway crowd malam tu semuanya sporting giler almaklum lah otai aka orang lama.
Followers
Monday, December 18, 2006
Devil is back - Hyatt Subang
After karaoke session eden dah janji dengan geng lain pulak nak lepak kat Hyatt Subang. Ikut rasa hati malas sangat nak keluar tapi sebab dah janji and teringat pulak azam 2007 nak start keluar and sosialize. Well I accept the invitation and we went out to Hyatt Subang. Mula-mula sampai kat Hyatt Subang tu rasa macam ala malas nya nak masuk tapi sebab nak jaga hati kawan-kawan eden pun masuk and terus aje naik keatas (tempat nie ada 2 tingkat) so kami semua lepas kat atas sambil tengok live band dari atas aje. Dunia nie kecik sebenarnya sebab tengah-tengah eden layan dengar lagu tiba-tiba ada orang tepuk eden dari belakang apalagi terkejut beruk ler eden sebab boleh jumpa pulak member lama member masa zaman lepak kat HRC. Eden ingatkan dia dah cuci tangan almaklum la sebab dah kawin and futhermore anak pun dah ada 2 orang rupa-rupanya masih berkecimpung lagi. Mula-mula tu eden rasa macam bingit sangat sebab dah lama eden tinggalkan aktiviti-aktiviti macam nie (Yus devil is back.......) tapi bila dah lama-lama tu jadi syiok la pulak, mula-mula dok diam aje tengok crowd after a while apalagi mana boleh tahan once they sing all the old song.......(old song during our time at HRC.......Yus ada ingat ka????). Memandangkan dah lama tak menjalankan all the aktiviti boleh katakan berpeluh jugak ler. Apapun I'm really happy that nite. Waiting for the next invitation pulak. Devil is back.........
Karaoke
Mmmm last Friday me and my colleague having fun at the karaoke. Eden bukannya boleh menyanyi pun tapi saje nak meramai kan session karaoke. We booked for 2 hours so apalagi menyanyi la sampai hilang suara. Kami ada 8 orang jadi semuanya nak tunjuk terror menyanyi tapi eden tak nafi kan colleague lelaki eden semuanya pandai menyanyi. Depa siap boleh menyanyi lagu rock lagi. Memandangkan semua colleague eden nie lebih kurang sebaya so depa nie banyak menyanyikan lagu-lagu zaman 80an (teringat nostalgia zaman sekolah dulu ler). Lagu yang tengah hit sekarang nie lagu filem My Heart (filem indonesia) depa dok menyanyi lagu nie sampai 2 kali (syok sendiri terasa suara depa baguih....he....he....he).
Wednesday, December 13, 2006
Wednesday, December 06, 2006
Azam Tahun Baru 2007
Now dah bulan December rasa macam cepat sangat hari berlalu dah sampai penghujung tahun 06. Bila talking about azam tahun baru nie eden tak berapa nak suka sangat sebab banyak sangat tak tercapai dari tercapai. But yesterday during I'm walking to my car eden terpikir sampai bila eden nak hidup dalam keadaan yang macam sekarang nie........... Maka eden dah simpulkan bahawasanya next year eden kena buat 3 benda nie.
2007
- Eden akan berusaha untuk mencari kerja baru dengan tangga gaji yang memberangsangkan.
- Eden nak cuba kurangkan debts yang eden ada and eden nak cuba buat sikit simpanan. Eden nak cuba travel keluar dari Malaysia (memandangkan selama nie dalam Malaysia aje)
- Eden nak start keluar and meet people sebab dengan apa yang eden buat sekarang nie after habis kerja eden balik rumah so for me benda nie dah tak produktif lagi. If rutin itu yang eden buat untuk tahun2 akan datang eden rasa eden tak akan jumpa Jodoh sebab I believe that I need to work harder to archieve all my goals for 2007.
Tuesday, December 05, 2006
Malacca
During holiday yang panjang hari tu eden ada ler pi Malacca sebab nak kena pi ambik adik eden kat sana, terlanjur kesana eden pun saja ler bawak Mak eden jalan2 ke Malacca. Ya la bila lagi eden ada masa nak bawak Mak eden jalan2 if eden tak grab masa yang ada nie. Memandangkan Mak eden teringin sangat nak ke Kota A Famosa maka eden bawak ler dia ke sana. Mak eden nie if bab2 sejarah and geografi dia nie lebih terror from anak-anak dia. Bila sampai aje kat area Banda Hilir tu Mak eden pun start ler cerita pasal sejarah Malacca, apalagi eden dengan adik eden kena ler dengar tapi yang bestnya tu dia masih lagi boleh ingat tarikh and cerita2 pasal Malacca.....agaknya if eden dah tua nnt usahkan ingat tarikh nama tempat pun maybe eden boleh lupa. Kami cuma habiskan masa kat area A Famosa aje hari tu, tu pun kira penat gak ler. Tapi bila tengok tinggalan sejarah tu terkenang macam mana le masa zaman Malacca tengah gemilang dulu. Bila dah puas ronda kat sana kami pi ke satu kedai kat Jalan Tukang Besi, kedai tu nama nya Orang Utan. Kedai nie jual T Shirt yang di design sendiri oleh owner kedai tu. Design dia semuanya cantik2 so apalagi eden and adik eden beli ler sorang sehelai. Kedai dia kat Malacca aje ada 3 buah kedai and story about him ada keluar dekat Herald Tribune tahun 1999. Tapi kami tak di benarkan ambik gambar dalam kedai tu so kami ambik gambar luar kedai aje ler. To all my kroni's tengok ler gambar yang kami capture during kat Malacca hari tu.
Labels:
My Vacations
Wednesday, November 22, 2006
Badminton Day
As usual la every Wednesday is our badminton day tapi eden tak jugak kurus-kurus, still sama jugak. So far from we start our badminton day nie eden tak pernah lagi ponteng kiranya macam hari-hari yang paling dinanti kan. We all main badminton dekat Sport Planet Ampang. Next year insayallah we planned nak main badminton 2 kali seminggu. Eden suka pi sport planet nie bukannya apa sebab sambil main boleh cuci mata, sebab ramai jugak ler mat saleh main futsal mana la tau ada yang boleh tersangkut (perasan je lebih). Members main badminton nie semuanya lelaki eden sorang aje perempuan (mcm mana ler nak kena mengorat) sebab dah di kelilingi lelaki-lelaki macho lagi boroi (he...he...he if depa baca blog eden dah per sure eden kena ketuk kepala). Apa pun eden hope apa yang kami buat nie will lasting ler tak ler separuh jalan je.
Monday, November 20, 2006
Hari Raya and Retirement Gathering
Last Friday kat office eden adakan jamuan Hari Raya + with retirement one of our Director (Tan Sri) dia nie kiranya salah seorang founder of our company jugak ler. Working with him so far nie eden tak menghadapi sebarang masalah ler he is very kind. He really good when he speak in Malay tak ler ada setengah2 manusia tu (i'm look stupid when i speak in malay) ha..ha..ha lawak rasanya. Apa pun masa hari tu menu dia boleh ler tahan, menu raya. Eden macam biasa ler lemang adalah juadah eden yang utama. Lepas makan kami lepak kejap lepas tu Tan Sri bagi ucapan, ok lagi masa ucapan tapi masa nak salam aje dengan dia bila dia kata "Intan long time not seen u" aduhai meleleh air mata sebab nya dia still ingat lagi nama eden bukannya apa eden tak ler selalu sangat kerja direct dengan dia, all the while pun through sec dia. Apa pun eden tabik salute ler pada dia walaupun umur dah menjangkau 70+++ tapi ingatan still lagi kuat. Group kami ada ler buat collection sikit so kami beli kan dia Ipod sebab Tan Sri nie walaupun dah tua (kiranya orang lama) tapi dia nie minat dengan benda-benda gadget nie. Well hope nanti bila eden dah tua eden akan mempunyai memory yang kuat macam Tan Sri nie.
Friday, November 03, 2006
Reunion Raya Azizian Family 06 Taman Venice, Lumut
Raya ke-4 satu hari yang mungkin tidak dapat dilupakan. Tarikh paling keramat bagi semua warga Azizian yang dapat menghadirkan diri ke reunion raya y dekat Lumut, Taman Venice. Kami berjaya mengumpulkan warga Azizian luar kawasan KL, nie kiranya kami cuba menyatukan orang yang tinggal jauh and yang tinggal di sekitar Perak. Venue nie kami pilih sebab dah dapat persetujuan dari Cikgu kami Puan Adayah (salah seorang ahli Azizian Group). Dia amat berbangga sebab kami setuju nak buat satu majlis yang simple. Majlis kali nie eden tak berapa nak titik beratkan bab-bab makanan more kepada perjumpaan kawan-kawan lama. Ada yang selepas 1992 (after form 5) ni lah kali pertama kami berjumpa balik. Boleh katakan semuanya dah berjaya dalam hidup. Bila dah berkumpul macam-macam nostalgia berputar kembali. Seronok bila dapat jumpa kawan2 lama, kenangkan balik sejarah lama. Its actually satu benda yang kita tak akan dapat balik tapi kita still boleh simpan as kenang-kenangan. Eden really hope kami akan cuba bergerak aktif dalam non profit organization nie and bercita-cita suatu hari nanti eden dapat menyatukan seberapa banyak warga Azizian. Untuk kali nie eden berbangga sebab dapat menyatukan senior 69(this guy sekarang menetap kat Itali and dah tak reti cakap Melayu),89, 1992, 1993
Majlis Berbuka for Azizian Family's
Azizian is non profit organization atau lebih dikenali sebagai group of people masa sekolah Menengah dulu ler. Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak. But as Chairman and orang penting dalam organization nie eden amat gembira sebab dapat mengumpulkan semua warga-warga sekolah eden. Sekarang nie kami dah ada yahoo group kami sendiri so sesiapa from our school boleh mendaftar diri and senang ler untuk kami tak payah ler setiap kali nak buat majlis kita kena call one by one. Now senang buat invitation lepas tu paste aje, senang gitu. Mmmm majlis yang di rancang selama 2 minggu alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Seperti sebelum nie majlis nie kiranya satu majlis yang wajib setiap kali bulan puasa bagi warga Azizian. Eden teruja sangat sebab sambutan kali nie begitu menggalakkan and lebih-lebih lagi sebab ramai Junior yang join kali nie. Furthermore kali nie boleh dikatakan semuanya bawak suami and isteri and anak-anak masing-masing. Bujang tu ada jugak la tapi dah tak ramai, salah seorangnya eden ler (bujang paling tua skali). Hopefully ler benda nie akan berterusan and kami dapat menambah bilangan ahli.
Hari Raya Celebration 2006
Masa berlalu sungguh pantas. Setelah sebulan berpuasa tiba la masa menyambut Hari Raya. Tahun nie macam tahun-tahun yang sudah jugak tak banyak perbezaan, kuih raya masih lagi kuih tunjuk (beli aje he..he..he), juadah pagi raya pun still macam tahun-tahun yang sudah, juadah wajib lemang, roti capati, nasi impit + kuah kacang, rendang tok and curry ayam (sedap giler tu sebab mak yg masak). Raya pertama biasa la kami sekeluarga memang tak akan kemana pun. Raya kedua baru ler kami balik kampung ziarah Opah and seperti biasa melawat sedara mara kat kampung and tak lupa kami akan ke kubur. Raya ketiga pulak juadah kami laksa penang (wajib for every year).
Thursday, October 26, 2006
SELAMAT HARI RAYA
Selamat Menyambut Hari Raya to all my friends. Berhati-hati semasa memandu kereta ketika pulang ke kampung untuk menyambut berhari raya.
Monday, October 09, 2006
Haze in KL
Haze in KL today getting worst, especially this morning. Jarak penglihatan pun agak terbatas. Selepas Sarawak sebelah Kuching mengalami masalah so minggu nie pulak teruk di sebelah KL. Tapi this morning around 10am raining sekejap kat KL so haze berkurangan sikit. Hopefully boleh recover cepat sebab now pun eden dah rasa gatal2 tekak, selesema. Hopefully bila nak raya nanti tak ler eden terlantar sakit. I manage to snap 2 pic before raining and after raining.
Shopping Day
We went to Mid Valley for shopping Hari Raya last Saturday. We reach there around 10.30am its really early and we can choose the parking lot (he...he...he). Once reach there we sms Along (aka ayam serama), Along still on her bed (anak dara apa nie bgn lambat). Along agree nak datang so she came around 11.30am. So apalagi bila Along vs Nurul, pening kepala eden ada aje benda yang depa nak debatkan. Tapi kali nie ada kureng skit maybe sebab bulan posa if tak sendiri mau ingat ler. Dalam pada eden yg tak nak bershopping cuba nak save, mmmm eden tak berjaya nak tahan nafsu membeli, akhirnya 2 T and 1 handbag telah di beli. Along sekarang dah bertambah kurus eden tengok after few month kami tak berjumpa. . Well no matter we are staying around KL but still we can't find the suitable time to see each other. This is fact of our life and fact of staying in city. Everyday you will trapped in d jammed so for me Saturday and Sunday is the rest day. We finish shopping around 3.30pm and time to say good bye and hope to see each other after Hari Raya.
Wednesday, October 04, 2006
Buka Puasa
Last Friday we had small gathering for buka puasa at Pelita Nasi Kandar. This time gathering with our colleague aje. Well nie adalah 1st time for eden buka puasa kat luar. Sepanjang bulan Ramadhan nie eden belum lagi beli lauk pauk kat luar cuma eden beli kuih aje kat pasar ramadhan. Bila dah menjenguk kat pasar ramadhan tu semua benda rasa sedap, semua benda kita nak beli especially bila tengok kuih muih macam2 color(dugaan bulan posa he..he..he) . Bulan Ramadhan nie eden balik keje pukul 4.30 so eden akan sampai rumah dalam kul 5 so sempat jugak ler eden nak masak makanan yang sempoi2.
Subscribe to:
Posts (Atom)