Followers

Tuesday, May 29, 2012

KemBali

25 October 2011

Flight kami sebelah petang and seperti biasa la kami travel dengan AA.  Kami selamat sampai kat Denpasar around 8.55 malam.  Tak ada masalah untuk lepasi imigresen and keluar ajer pintu terus kami mencari cari nama kami.  And yeay tu dia nama eden, Yanto begitu setia menanti kami.  Impression pertama kami owh Yanto nie rendah aje orang nya ya.

Yanto agak fasih jugak bercakap dalam B.Melayu lenggok M'sian tu ada and membuat kan eden terkejut gak.  Well kami terus aje di bawa ke hotel kami.  Bilik kami terletak kat 3rd floor tak ada lif ya, well bilik tak ler besor benor ngam2 untuk 2 orang and bilik air pun just nice ajer.



Selesai letak barang kat dalam bilik kami turun ke bawah untuk ronda-ronda area kuta.  1st place kami hehehe HRC Bali ler.  Tempat wajib buat eden untuk membeli T.Shirt and mengambil gambar.  Kenapa HRC hahahaha tak payah ler eden jawab kat sini yang penting HRC sangat nostalgia bagi eden, along and yus, hehehehe.





Selesai sahaja membeli belah dah bergambar di kawasan sekitarnya kami meneruskan perjalanan ke tempat mengurut.  Memandangkan nie kali ke 2 eden ke Bali maka dah tau dah kat mana yang best bagi acara urut mengurut nie.

Kalau anda semua berada kat area Kuta senang aje nak cari tempat urut nie sbb sepanjang jalan ada aje tempat-tempat nak mengurut cuma tak tau mana yang best la.  Pilihan eden selepas tempat yang kena bomb dulu and kedai nie memang best untuk mengurut.  Selesai sahaja acara urut kaki kami jalan balik ke hotel dan Zzzzzzz.

26 October 2011

8.30am Yanto dah pun berada di depan hotel menanti kami.  Kami terus ajer di bawa ke kedai makan Sumbar Hidup Masakan Padang/Muslim untuk breakfast terlebih dahulu.  Masa nie agak sukar sikit sebab kedai nie hanya ada nasi ajer so pagi-pagi nak makan nasi nie mmg susah ler nak turun tapi kami belasah gak ler yang penting alas perut.

Selesai breakfast kami teruskan perjalanan ke Pura Purseh hanya untuk mengambil few shot of photo.  And as everyone know Bali is very famous with all the Pura.





Selesai di Pura Purseh kami meneruskan perjalanan ke Gunung Kawi.  Hurmmm tipsnya kalau bawak family especially budak-budak kena berhati-hati sikit sebab nak turun ke bawah agak curam walaupun ada tangga batu.  Fizikal pun kena kuat gak sbb agak jauh kebawah sikit kawasan nie.  For us kenapa kami pilih sini sebabnya kami ada niat untuk mengambil gambar di sini.  Agak sukar gak for eden since eden agak berbadan besar and stamina kurang tetapi berjaya melakukannya tetapi agak slow sikit perjalanan eden.  Apa yang ada di Gunung Kawi tengok sendiri la gambar nie ya :-)






Selesai aktiviti mengambil gambar dia Gunung Kawi kami singgah ke Bas Nature Bali, saja nak tengok pokok kopi sambil melayan Yanto bersama paip nya and kami nak merehatkan diri.




Selesai acara merehatkan diri sambil melihat pohon-pohon kopi kami meneruskan perjalanan ke Kintamani Volcano.  Kat sini kami hanya mengambil few photos sebelum meneruskan perjalanan kami ke Ubud dan seterusnya pulang ke hotel untuk membuat aktiviti sendiri.





Aktiviti kami seperti biasa la pergi merehatkan diri........urut mengurut la mana lagi.  Sepanjang kami kat Bali nie hari-hari kami membuat aktiviti massage nie.  Sebab harganya jauh lebih murah dari KL tu sbb mampu nak buat hari-hari :-)

27 October 2011

Pagi nie kami mula kan dengan acara melawat Nusa Dua hehehehe.  Sebabnya ada la dema nak buat acara Paragliding la pulak kan.  Ni la hasilnya, kanak2 riang bersama acara Paraglidingnya.  Harganya tak la mahal sangat still reasonable and bila sampai aje kat lokasi nie memang ramai pengusaha mengendalikan paragliding nie.




After Paragliding Yanto bawa kami ke area Water Blow.  Why we choose here because kali nie cuti ke Bali hanya untuk aktiviti mengambil gambar sahaja.  Maka kami tak la banyak sangat melawat kawasan Puri-Puri nie.







The Grand Bali nie kawasan persendirian or private property maka idak la boleh kami pegi dekat dengan kawasan ini hanya boleh ambik gambar jauh sikit, heheheheh.

Selepas aje kami menikmati panasnya berada di tepi laut kami meneruskan perjalanan ke GWK Cultural Park.  Wow kami sungguh impressive dengan tempat nie, kerana bila kita tengok sejarah pembikinan tempat nie ya nya telah membuka mata eden personally yang mereka nie sangat determine dengan kerja-kerja yang mereka laksanakan and for info till now tempat nie belum lagi siap sepenuhnya.  Mereka masih memerlukan modal yang banyak and architect untuk melaksanakan projek ini adalah orang tempatan Bali.  Kat kawasan GWK nie ada amphitheater and kita boleh tengok culture dance seperti Barongan and Kecak Dance.  Ada certain time mereka ada culture show ini.  For me kalau nak tengok Barongan better tengok kat sini sebab pakaian mereka still lagi baru and kawasan nya selesa. 

  





Selesai kami berlibur kat kawasan GWK ini kami akan ke kawasan di mana filem eat pray love membuat pengambaran.



Acara selepas ini ialah Kecak Dance.  Yeay ini la saat yg paling menarik sebab ini adalah acara kemuncak sebab ini ada la acara paling best and eden paling enjoy.







Selesai saksikan Kecak Dance kami malam nie nak try makan Bakso.  Bakso Pendowo Malang nama diberi.......rasanya sgt yummy in term of portion sikit aje maka maybe kena makan 2 mangkuk.  Kalau nak kesini lebih baik awal since makanan kat sini cepat habis.




Berakhir la aktiviti kami hari ini and Yanto menghantar kami pulang ke hotel.  Selepas selesai kami mandi manda dan aktiviti lain kami mengambil keputusan untuk pergi bermassage, hehehehe.  Selepas acara bermassage kami pulang  ke hotel Zzzzzzz.

28 October 2011

Yanto pick up kami and bawak kami terus sarapan pagi di Warung Nikmat after sarapan kami meneruskan perjalanan ke Tamblingan Coffee Shop.  Wow kawasan nie sangat cantik.  Nama resort kat sini Saranam Eco-Resort yang dikelilingi sawah padi yang luas terbentang.






Selepas merehat kan mata dengan melihat kehijauan kami teruskan perjalanan ke Bedegul.  Kami singgah makan di Bedegul Lake View.  Best kat sini ayam bakar taliwang, mmg superb.



After lunch kami ke Bedegul and keadaan cuaca hujan renyai-renyai.  Tetapi ianya tidak mematahkah semangat kami untuk turun dari van dan check out kawasan sekeliling. :-) And kebetulan ada acara persembahan pada masa itu.



Kami meneruskan perjalanan ke Tanah Lot untuk ambik gambar sunset.  Tapi malangnya petang tu agak malu-malu pulak kan matahari nak menunjukkan kecantikkannya.




Yanto memandu kami pulang ke hotel and Yanto akan pick kami masa kami nak balik nanti.  So ke esok kan hari kami hanya akan lepak free and easy for us.

29 October 2011

Hari nie kami wake up agak lambat sikit and breakfast kat hotel ajer.  And ambil keputusan untuk jalan-jalan di sekitar Kuta area.

Tenghari nie kami makan kan Wong Solo (check out which Wong Solo yang korang nak pegi) sebab masa kami naik teksi tu si driver membawa kami ke wong solo yang sangat jauh dari Kuta area.

30 October 2011

Flight kami at 6.10am and Yanto come and pick us up and send us to the airport and time to say bye-bye to Bali hopefully we will come back again next year or the other year.


Note : 

  • Gunung Kawi Rp 15,000
  • Ulun Danu Rp 10,000
  • Kecak Dance Rp 70,000
  • The Asia Body Spa (message place)
  • GWK Rp 50,000
  • Ole-ole murah at Krishna


Friday, October 07, 2011

Jakarta - Bandung - Jakarta

Tanggal 14 September - 18 September 2011.

Trip kali me and my sis.  Flight kami pagi dari KL and alhamdullilah reach Jakarta on time.  Selesai operasi melepasi kastam and beg terus aje keluar dari airport untuk mencari bus ke Bandung but sebelum tu kami also ke kaunter pertanyaan untuk menanyakan tentang jadual keretapi ke Bandung but malangnya kami been advise by them shud ambik bus aje dari airport ke Bandung kerana timetable keretapi tak boleh nak di check oleh mereka ada problem with their sistem and now baru ler eden tau bukan eden ajer yang mengalami masalah yang sama rupanya mereka juga.

After paying our bus ticket we waited around 1/2 hours before bus kami bergerak ke Bandung.  Perjalanan selama 4 hours untuk sampai ke destinasi.  Alhamdullilah perjalanan kami smooth tak jammed langsung and we reach Bandung early then yang kami jadualkan.  Sampai aje kat Bandung kami terus ambik cab untuk ke destinasi seterusnya iaitu ke kota Bandung for check in.  After selesai acara check in kami lepak lepas kan penat and teruskan perjalanan kami berjalan kaki ke butik kebaya kami dulu and then baru ler kami pegi makan ke Pizza Hut berhampiran.


15 Septermber 2011

Pagi lagi kami dah bangun untuk sarapan pagi and supir dah pun menunggu kami dengan senyuman, hehehehe.  So acara pagi nie kami ke station keretapi untuk membeli tiket pulang ke Jakarta via train.  Then selesai pembelian kami terus saja ke Pasar Baru (yeah heaven giler sbb nak membeli barang).  Kedai pertama yang kami singgah untuk membeli kain ela kami dah pun disajikan with teh botol, hehehehe.



Sekarang nie time untuk memilih kain yang mana berkenan kat hati.  Cuma trip kali nie very limited budget maka idak ler eden beli banyak benor ya kawan-kawan, maklum ler baru lepas raya pun.



Hari nie dalam sejarah eden datang Bandung idak membeli banyak benda sebab tau lepas nie nak Jakarta pulak.  Selesai ajer pasar baru kami teruskan perjalanan kami ke Tangkuban Perahu.  Hurmm nie udah kali 3 eden ketempat nie nak buat macam mana eden jadi tourist guide kan.




Ok tempat wajib di lawati telah pun kami sampai and now kami akan ke area factory outlet pulak.  Hahahaha nie eden idak takut benor sebab biasa nya susah eden nak dapat cari barangan eden kat sini.  Selalunya sini macam size2 adik eden nie ha senang ler nak dapat size kalau badan macam eden nie beli kain ela sudah la.







Selesai saja kat area factory outlet kami terus pulang untuk merehatkan diri sebab esok kami akan pulang ke Jakarta.

16 September 2011

Kami bangun agak lewat sikit dari semalam sebabnya hari nie kami akan pulang ke Jakarta.  Selesai breakfast kami menunggu teksi untuk ke stesen keretapi.  Nak kata impress tu tak la with the station keretapi but something new and a bit nostalgik la kalau tengok kan stesen nie.




Setelah menanti kini tibalah masanya untuk kami berangkat ke Jakarta.  Kalau kawan2 tanya macam mana coachnya bersih ke tidak and jawapan ya sangat bersih and selesa.



Perjalanan kami kali nie disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik.  Kami disajikan dengan pemandangan sawah padi, pokok-pokok getah dan rumah-rumah kampung.  Its so priceless la perjalanan kami kali nie.  Eden setuju dengan phrase nie "jauh perjalanan luas pemandangan", its so damm true.  Via train also mengambil masa selama 4 jam untuk sampai ke stesen Gambir.





Sampai saja kami kat stesen gambir terus aje kami mengambil teksi untuk ke hotel and please make sure ya ambik teksi bluebird.  Huiyooo penat giler hari nie after check in kami lepak2 sekejap sementara nak tunggu masa kami nak ke lokasi wajib kami iaitu HRC Jakarta.







Selesai acara wajib kami jalan-jalan sekitar bandar Jakarta nie.  Menarik sebelah malamnya walaupun still lagi banyak kereta tapi idak ler panas benor macam siang harinya.  Shopping mall depa perghhh giler la cantik dari kita punya.






Sekarang nie time untuk kami pulang ke hotel, udah penat berjalan and dah malam pun.  Esok ada 1 more day untuk aktiviti selanjutnya.


17 September 2011


Kami bangun awal pagi nie untuk teruskan perjalanan site seeing kami.  Gambar yang kami manage untuk capture during our site seeing before kami teruskan perjalanan ke Mangga Dua for shopping.











Selesai aje sessi mengambil gambar and site seeing kami terus kan perjalanan ke Mangga II for shopping.  After Mangga II malamnya kami ronda2 town Jakarta.



18 September 2011

Time to say bye-bye to Jakarta.  Our flight pagi nie very early in morning and kami sampai tanahair pada pukul 9.30am.  Everything when smooth till end of our journey except kami kena tahan with imigresen M'sia.  Well eden tak ada mood nak layan sangat dema since kali nie eden tak membeli banyak barang so tak ada apa perlu nak takut dengan depa nie.  They ask and I answer all the questions and when i offer to open my beg and let them check tak nak pulak, so I don't really care la what they trying to do actually janji eden lepas macam tu aje.

Overall percutian yang penuh dengan pengalaman dan menarik.

Next will be Bali.