Followers

Monday, June 06, 2011

From Phnom Penh to Seam Reap

24 December 2010

Our journey begin at 7.00am from the guesthouse via tuk-tuk to the bus station.  8.00am sharp bus memulakan perjalanan menuju ke destinasi kami seterusnya Seam Reap, yehaaa.  Best giler sebab dapat pegi ke Seam Reap untuk kali yang ke 2.  Another 5 hours keadaan bus ok, selesa, bersih and yang penting aircondnya kuat ya.

Kami selamat sampai at Seam Reap around 1.30pm.  With signboard tertera nama eden kat bus stop ya bukan kat airport, hehehehe.  So naik ler kami tuk-tuk untuk menuju destinasi kami Golden Temple Villa.



Seperti biasa ler 1st day kami memang kami tak buat any aktiviti hanya merehatkan diri sambil mengupdate Facebook.  Maklum ler di sediakan free untuk semua pelanggan yang menginap di sini.  Yang penting laju ya internetnya.  Selepas makan malam di Maharaja kami saja berjalan ke Noon Nite Market tempat wajib di lawati jika anda ke mari.  Barangan yang dijual disini biasa-biasa ajer yang penting ialah kita kena wajib pandai tawar menawar.

2nd day

Tengaharinya kami meminta reception kat kami tinggal sedia kan tuk-tuk USD10 untuk kami ke Culture Village and nak tengok sunset at Tonle Sap.  Hurmm best tak terkata bila dapat tengok sunset.





Selesai aje aktiviti melihat sunset kami teruskan perjalanan untuk pulang and kami minta tuk-tuk untuk turun kan kami ke Pub Street.  Area nie sebelah malam agak happening sebab masa nie la kita boleh tengok 99% bebilang bangsa mula keluar untuk menjamu selera.  Kami seperti biasa still dengan Maharajah kami.  Selesai makan kami sekali lagi ke Noon Nite Market tapi kali nie saja gediks nak buat foot massage.  After foot massage kami pulang ke guesthouse and mintak mereka sedia kan tuk-tuk yang sama untuk ke Angkor Wat.


3rd day


Pukul 8.00am kami teruskan perjalanan ke Angkor dan kali nie kami ambik pass untuk 3 hari USD40.  Hari nie tuk-tuk kami USD15 sebab kami ambik big tour di mana kami ke Banteay Srei dan semua wat-wat yang nearby.  Banteay Srei mmg cantik sebab batunya warna kemerahan.  We manage to cover semua wat dalam masa 1 hari.





4th day


Hari nie with the same tuk-tuk buat kami buat small tour USD10.00.  Kali nie kami cover wat yang glamour seperti Angkor Wat, Four Faces Wat dan sewaktu dengannya.  Walaupun ini kali kedua tetapi tak ada perasaan jemu apatah lagi menyampah.  Tempat nie sangat menarik sebab eden suka architecture.  Cuma sayang tempat nie perlu di baikpulih so banyak yang tak original yang dapat kami lihat.  Tu sebab eden sarankan pegi la sekarang sebelum semua benda pun dema restoration nnt originality tu udah tak ada.



Selesai sahaja small tour kami, kami pulang ke guesthouse bagi membersihkan diri sebelum keluar sekali lagi untuk dinner di Maharajah.  Masa dinner nie kami berpeluang jumpa beberapa rakyat Malaysia.  Yang peliknya kami di tegur oleh seorang lelaki "from M'sia ya" saya a'ah so dia kata dah agak sebabnya dia kata dia perasan dengan t.shirt yang eden pakai "orang utan" and dia kata t.shirt nie hanya org tertentu ajer yang akan beli (bangga sat).  Its actually made by our local artist from Melaka.  So malam tu ada ler kami berpeluang untuk bercakap b.melayu with orang dari negara sendiri (tolak tepi ler adik eden, udah jemu kot).   Selesai makan kami meneruskan aktiviti ke Moon Nite Market sibuk survey harga LP.  Hehehehe kalau nak beli yang tak ori punya LP sila la beli kat Cambodia or Vietnam.

5th Day


Hari nie kami bangun lewat semata kerana hari ini aktiviti bebas bagi kami sebelum esok pagi kami akan pulang ke M'sia.  Hari nie kami ambik basikal from the guesthouse jalan-jalan area town seam reap.  Sebelah tengahari kami ke Artisan Angkor, nie tempat yang mengeluarkan silk and kraftangan.  Sessi pembelajaran bagi kami berdua bagaimana bermulanya cara membuat silk.  Dah tengok nie baru ler kami paham and tau sudah betapa susahnya nak jadikan silk and now baru ler paham kenapa mahai benor ya.




Sebelah malamnya kami ke Temple Balcony untuk menyaksikan pertunjukkan tarian kebudayaan Cambodia.  Agak menarik bagi yang tak pernah menontonnya but for eden ini untuk kali ke 2 so tak rasa apa sangat la. 



Selesai ajer menonton pertunjukkan kami pun beredar pulang ke markas bagi mengemas beg kami al maklum ler time untuk pulang ke KL........cari duit lagi and plan another vacation.  Oh ya pulang ajer ke KL kami akan rest 1 day before sambung holiday ke Kuala Terengganu with family.

Thursday, June 02, 2011

Phnom Penh

21 December 2010.

Kami meneruskan perjalanan kami via bus selama 5 jam untuk sampai ke Phnom Penh dari Ho Chi Minh.  Pengalaman menarik sebab dalam bus hanya kami ber3 ajer dari Malaysia lain2nya samada Mat Salleh or orang-orang vietnam or cambodia sendiri.








Kami sampai di Phnom Penh around 3pm.  Kami terus ambik tuk-tuk ke Top Banana.  Cost bilik kami USD15 per room.  Tuk-tuk charge us USD3 dari bus station ke Top Banana.  Selesai check in kami membersihkan diri and tido.  Kami turun untuk dinner dan masa nie kami tengok ada banyak tuk-tuk menanti pelanggan kat kawasan ini.  Apa pun tempat yang kami tinggal tu ada halal food nie rasa from India.  Selesai makan (area nie kami akui makanan agak mahal dari Vietnam) kami saja jalan-jalan tengok all the guesthouse and sehingga penghujung jalan tu kami jumpa ada tuk-tuk and masa nie la kami nego price untuk bawak kami ke Killing Fields, Tuol Sleng Muzium, Royal Palace, National Museum dan Wat Phom.  Akhirnya kami berjaya nego and the best price USD12.


Hari ke 2

Pagi hari dalam 7.30am kami dah mula kan perjalanan kami dengan tuk-tuk yang kami janji semalam.  1st destination ke Wat Phom selepas Wat Phom kami ke National Museum.  Selesai saja National Museum kami ke Royal Palace.  From Royal Palace kami singgah makan dekat Puncak Hotel apa yang boleh kami katakan makanan nya not bad cuma jauh dari tempat kami tinggal.  Selesai makan kami teruskan ke Killing Field.  Masa kat Killing Field nie perasaan sungguh sayup, sedih dan hiba.  Kawasan nie tak besar mana pun tetapi sebalik sejarah kawasan ini yang membuatkan kami rasa satu macam.  Satu pengalaman baru bagi kami ber3 dan sesuatu yang tak jangka diakal satu manusia itu boleh bertukar menjadi sangat kejam kepada beribu-ribu manusia lain tak kira peringkat umur.  Selesai aje kat Killing Field kami berpatah balik ke area town and singgah at Russian Market kat sini dalam 1/2 jam ajer tak larat sebab ramai sangat orang and harga nak tawar sangat pun tak boleh.  Last sekali kami singgah ke Tuol Sleng Muzium.  Ciss sini lagi sedih giler babas.  Tak reti nak express macam mana punya rasa ler.  But kami ber3 macam stunt and tak percaya with dengan apa yang kami lihat sangat kejam terlalu kejam, ish entah la.  Kami keluar ajer dari kawasan dalam kul 5.30pm so agak senja dah kat sana maka satu perasaan yang lagi sayup dari Killing Field tadi.











Selesai semua journey kami pulang ke guesthouse kami untuk berehat sebelum turun untuk makan malam.  Malamnya kami turun makan malam and malam nie kami mencari tiket untuk meneruskan perjalanan kami ke Seam Reap.  Akhirnya kami membeli tiket kat kawasan kami tinggal tu ada menjualnya USD8 and mereka akan send tuk-tuk untuk pick up kami pada paginya.  Selesai segala urusan kami pulang ke markas bagi menolong kawan eden berkemas memandangkan dia akan terbang balik ke KL esoknya.  Selesai berkemas apa lagi time untuk lelapkan mata dan merehatkan badan yang semestinya terlalu penat.


Day 3

Bangun pagi siap-siapkan diri untuk breakfast.  Selesai breakfast kawan eden naik tuk-tuk untuk terus ke Airport manakala kami dua beradik ambik kesempatan jalan kaki di sekitar town Phnom Penh.




Destinasi terakhir kami ialah at Central Market.  Daripada pemerhatian eden rasanya kat Russian Market lagi murah barangannya jika nak dibandingkan dari Central Market.

Kami berjalan pulang ke guesthouse bagi merehatkan diri untuk meneruskan lagi perjalanan kami esok pagi dari Phnom Penh ke Seam Reap another 5 hours.

Vietnam (Ho Chi Minh) - Phnom Penh - Cambodia (Seam Reap)

December 2010 consider dah basi tapi al maklum ler teman agak malas nak update blog teman.

Trip kali nie me, my sis and 1 of my fren.  Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur LCCT turun ke Ho Chi Minh.  Our journey begin from 16th December till 29th December 2010.

Flight from KL at 2.55pm and we safely arrive Ho Chi Minh at 3.45pm.  Here in KL itself we already started our drama.  Our departing door already close after the annoucement.  Apalagi eden terpaksa ler merayu giler babas and ending up they allow us untuk naik kapal terbang but again dah naik tu kami ingat sat ler lepas tu akan berlepas rupa-rupanya flight delay dalam 45 minutes. 

Sampai saja di Ho Chi Minh lepas kastam terus ajer kami ambik beg and terus keluar dari pintu lapangan terbang.  Keluar ajer dari pintu sila belok ke kiri anda kerana kat sana anda boleh ambik teksi yang genuine.  Sebab masuk ajer HCMC kita kena la berhati-hati sebab depa nie suka ambik kesempatan dengan menipu.  So bila belok ke kiri make sure teruskan perjalanan sampai hujung then akan nampak la sorang pompuan pakai pakaian tradisional mereka with walkie talkie.  Tunjukkan address pada dia and she will inform you all how much is the price utk ke town HCMC.  Biasanya range dalam USD10-15 satu kereta ya.




Kami check in at boss hotel.  Boss hotel nie very near with halal food and bent thant market.  1st nite kami kat sini hanya free and easy and check out the nite market saja.  After dinner kami terus proceed ke Delta Adventure Tour untuk membuat pembayaran bagi tour kami tomorrow.  Agak jauh gak ler kalau nak jalan kaki from Boss Hotel tp since kami nie nak jimat duit and backpackers kan so jalan ajer kaki and best partnya kawan eden pandai membaca map.










2nd day at Ho Chi Minh

Kami mula kan with breakfast sementara menanti bus tour kami tiba.  Hari nie tour ke Mekong river aka My Tho and tour nie take 1 whole day.








Kami selesai ajer tour and pulang ke hotel that time dah gelap maka malam nie kami still dinner kat tempat sama seperti semalam.  Akibat terlalu letih kami singgah at one place buat pedicure and manicure, hehehehe.  Heaven kot sebab cheap giler2 kat sini kalau nak dibandingkan dengan harga di Malaysia.



3rd day

Hari nie macam biasa bangun pagi for a breakfast sementara menanti bus datang untuk ambik kami ke Chu Chi Tunnel - 1/2 day tour.








Selesai saja tour kami 1/2 at Chu Chi Tunnel, kami hari nie ronda-ronda town HCMC dengan berbekalkan map di tangan and apa lagi jalan kaki la.  Nie antara tempat-tempat yang kami pegi untuk 2nd half hari nie.









Untuk malam nie kami dah penat and ending up kami pulang ke hotel untuk merehat diri.

4th day.

Kami mulakan aktiviti jalan kami ke









Berakhirnya malam terakhir kami di HCMC dengan berjalan ke night market untuk membeli ole-ole yang boleh kami sumbatkan dalam beg kami.  Esoknya perjalanan kami akan bermula awal pagi untuk ke Phnom Penh via bus selama 5 jam.







Tuesday, December 14, 2010

Xmas Deco







Xmas deco at Gardens Shopping Complex and Mid Valley.

I would like to wish everyone Merry Xmas and Happy New Year 2011.