Followers

Wednesday, July 13, 2011

Sepetang di Putrajaya

Why Putrajaya sebabnya Nad nak try her new camera plus Nadya pun ikut sekali with her new gear.  Well 3 of us with canon.  Hehehe nie la dia bakal photographer terkenal soon to be (perasan ajer lebih).  Kenapa ke arah photography kenapa yek???  Ntah ler eden pun idak boleh nak menjawabnya.  Apa yang eden tau eden suka ambik gambar.  Kalau nak kata terror ambik gambar tu idak ler tapi sekadar suka-suka dan yang penting kami tidak menggunakkan mode automatik ya kami still mencuba menggunakan manual or av mode.  Antara pics yang eden sempat capture petang ittuew.










One day trip to Melaka

25 June 2011 eden ke Melaka.  Why Melaka sebab utama nie yang paling dekat dengan KL and futhermore niat nak membeli T.Shirt orang Utan.  Kenapa T.Shirt nie sebab eden suka pada T.Shirt yang mempunyai corak yang lain dari yang lain and tak ramai lagi orang suka pakai T.Shirt macam nie cuma ada segelintir sahaja maybe masih ramai yang suka membeli T.Shirt yang ada brand. 2nd sebab kerana eden memang teringin untuk duduk kat 20 Guesthouse.  Kenapa guesthouse nie sebab eden dah banyak kali try untuk tempah tetapi tempat nie sentiasa full house cuma kali nie nasib menyebelahi eden.  Why guesthouse tu tak payah ler eden reveal kat sini biar lah eden simpan dalam hati saja.  Apa pun trip kali nie more to relaxing and enjoy the view saja.  Not much pic taken but at least gateaway from KL.










Note :

http://twentymelaka.com/



New Zealand Part II

Hari ke 7 kami bermula seawal pagi sebabnya hari nie kami nak melawat Kiwi Bird Park area Queenstown.  Tot off burung kiwi nie kecil ajer sizenya but sebenarnya tak besar gak kiwi bird nie almost like ayam ajer teman nengok.  And depa nie sangat sensitive with cahaya matahari and bunyi.  Maka kat dalam Kiwi Bird Park nie kita boleh tengok macam mana kehidupan or habitat mereka and cara mereka makan.  Sangat facinating binatang ini and cute jugak.





Selesai aje pengembaraan kami dalam Kiwi Bird Park kami ambik keputusan untuk jalan-jalan sekitar Queenstown and try depa punya fish and chip (nie 1st time kami makan kat luar kalau tak sendiri masak) sebelum meneruskan perjalanan kami ke Kawarau Bridge untuk bungy jumping.




Selepas selesai merasa makan fish and chip kami meneruskan perjalanan kami ke Kawarau Bridge for the bungy jumping by Nad.  Masa kami sampai kat kawasan nie cuaca memang sejuk and angin sangat kuat tot off memang sukar to do the jumping but alhamdullilah they say allow Nad and the rest doing the bungy.  Sebelum doing the bungy Nad ambik feel by looking at others yang sedang buat bungy and later she decide to pay and get done with it.  So operasi pertama register then timbang berat then pembayaran.  Selesai semua procedure berjalan la Nad ke titi or jambatan ituew, hehehehe.  Bila di tanya apa perasaan anda sekarang and dia mengatakan agak gemuruh and bertambah gemuruh lagi ada group dari M'sian yang agak panic untuk membuat lompatan and its kind of effect to her mental gak.  So what i did is look at her and told her u already paid for it and just get it done as quick as you can.  An wallah done and she happy with the jump.  Manage to get her ceritificate and T.Shirt for free but for photo and cd you have to paid extra.  After all for me worth to pay the cd and photo maybe its one in a life time ajer.





Selesai segala keseronokan di Kawarau kami meneruskan perjalanan ke daerah Hokitika.  Hurmm perjalanan kami kali nie sangat jauh memandangkan kami keluar dari Queenstown agak lewat maka jangka kami akan tiba di Hokitika dalam pukul 9 malam.  Perjalanan yang sungguh mencabar kerana jalan mereka mana ada lampu jalan so bayangkan la kalau kena melalui kawasan hutan mereka, gelap gulita and futhermore hanya kami berdua ajer dalam kereta and kereta pun tak banyak on the road.  Tapi nie lah antara pengalaman yang menarik and mencabar minda cuma bila pikir-pikir balik memang kami buat kerja giler kerana tak pikir pun kalau la kereta break down or maybe tayar pancit macam mana yek sebab lampu jalan tak ada and kami torchlight pun tak ada so macam mana nak tukar tayar?  Tapi tu la alhamdullilah kami tiba ke destinasi dengan selamat around 9.20pm keadaan yang sangat letih and tambahan hujan pulak.  Bila sampai saja tempat penginapan kami owner tinggal kan note bersama kunci bilik.  Maka malam tu kami tido berdua ajer dalam rumah tersebut rupanya sebab owner tinggal kat tempat lain.  Hurmm pelik tapi benar rumah dema idak berkunci pun sapa-sapa pun boleh masuk but itu lah kenyataannya sampai kami pun terkejut gak keesokkan harinya baru tau yang memang owner idak kunci umah tersebut memang itu cara dema.






Hari ke 8.

Kami hari nie bangun pagi agak lewat kerana semalam kami penat drive dari Queenstown ke Hokitika.  So selepas bangun and breakfast kami decide untuk teruskan perjalanan kami ke Fox Glacier.  Sepatutnya kami tak perlu patah balik ke lokasi nie tetapi memandangkan kami terpaksa melepasi kawasan ini semalam kerana keadaan gelap so pagi nie kami terpaksa patah balik untuk ke tempat nie.  Kalau tak berpatah balik adalah satu kerugian kerana kita tak tau bila lagi kita akan dapat ke tempat nie kan.  So kami teruskan perjalanan pagi nie dengan keadaan hujan renyai diluar sana.






Bila kami tiba di kawasan nie masih lagi hujan renyai and kami terpaksa lepak dalam kereta around 1 hour sebelum kami decide untuk memakai baju hujan untuk redah naik keatas near to glacier.  Rasa rugi pulak dah sampai kat kawasan tapi tak turun kan.




Seronok tak terkata sebab hajat kami tercapai gak nak tengok kawasan nie dengan dekat.  Selesai pengembaraan kami disini kami teruskan perjalanan untuk pulang ke Hokitika.  Perkara yang kami harus lakukan membeli barang makanan.  Tapi sebelum sampai ke Hokitika ada few pics yang kami capture.



Hari ke 9.

Kami bangun agak awal untuk berjalan-jalan kat town Hokitika tapi tu la keadaan cuaca kat luar masih lagi hujan renyai-renyai.  Kalau ikutkan hati kami nak extend aje duduk kat Hokitika but kami ambik keputusan untuk teruskan ajer perjalanan kami ke CHC.  So pagi nie kami discover few places yang menarik sekitar Hokitika and antaranya sila tengok pic kami ya.










Selepas town Hokitika kami meneruskan journey kami ke Shantytown, kalau di tanya kenapa sini sebab nie adalah antara places has been suggest kan oleh budak-budak forum plus tempat nie ada dalam buku azimat teman, hehehehe.  Well nie la antara photos yang menarik kami capture dalam town nie.  Kalau tanya worth nak singgah tak off course jawapan eden yes sangat worth untuk singgah for the 1st timer ler.









Selepas puas berjimba-jimba dalam Shantytown kami kena teruskan perjalanan untuk ke Christchurch, ya pulang ke asal maknanya cuti kami hampir ke penghujungnya.  Aduhai sedih wei nak tinggalkan NZ nie.  Few more days untuk kami berada dibumi ini sebelum pulang ke bumi Malaysia.  Perjalanan diteruskan ke destinasi and ada few photo sebelum kami sampai ke CHC.








Kami selamat sampai ke destinasi yang kami tuju.  Benda pertama sampai aje sini kami ke guesthouse kami check in and merehatkan diri since esok kami ada aktiviti selanjutnya.

Hari ke 10

Hari nie kami decide untuk melanjutkan sewa kereta kami sehingga hari terakhir kami memandangkan kalau tak ada kereta agak sukar untuk kami berjalan-jalan sekitar CHC.  After do all the necessary arrangement kami ke Sunday market.  Wah best giler kat sini, macam-macam ada cuma satu yang tak boleh nak lupakan hot choc kat sini memang best or erti kata lain memang sedap giler.  Gosh I miss my hot choc.







Selepas selesai kat Sunday Market kami ambik keputusan untuk jalan-jalan sekitar bandar CHC.  Memang nothing much to see dah selepas earthquake hari tu.  Yang kami boleh tengok hanya banyak benda yang dah pun hancur.  Nie antara gambar yang sempat kami capture kan.







Hari ke 11

Kami bangun awal untuk bersiap sedia ke destinasi seterusnya Akaroa.  Memang tak ada dalam perancangan tetapi kami redah gak ke sini memandangkan duit masih ada untuk minyak kereta.  Wah nasib baik la kami ke Akaroa kerana memang tempat nie sangat cantik.  Nasib baik jugak kerana kami masih ada wang untuk minyak kereta and plus with sewa kereta.  Nie semua kerana kami tot off memang tak nak sewa kereta sampai end of our journey here.  Maka kalau ada kawan-kawan yang membuat itinerary and budget tu jangan lupa buat budget lebih or erti kata lain mesti ada contingency plan.  Sila view pics kami sekitar Akaroa.









Akaroa adalah tempat terakhir place yang kami visit sepanjang perjalanan kami selama 11 hari di bumi NZ.  Hurmm petang nie kami pulang awal ke town CHC untuk membeli belah few more things before kami tinggalkan bumi ini yang penuh dengan keseronokkan.  Malam nie kami akan mula mengemas beg kami and seperti biasa saya akan lebih bagasi and alhamdullilah still lepas dari segi kg nya.  Antara gambar-gambar terakhir iaitu hari ke 12 kami di bumi NZ.  Insyallah ada rezeki lagi kami akan repeat kembali ke sini.